Kisah Para Wali : Kayu Api Berkata-Kata kepada Syeikh Salih Al-Husaini

kisahwaliallah
Syeikh Salih tidak pernah menyalakan kayu api lagi.

Syeikh Salih Al-Husaini terkenal di Mesir seorang alim yang besar pernah belajar daripada beberapa orang alim ulama besar seperti Syeikh Al-Iraqi dan Ibnu Hajar, tetapi kemudian beliau memasuki alam tasawuf hingga kelihatan banyak karamahnya. 


Syeikh Salih pernah mendengar pohon tamar meminta beliau memakan buahnya. Ketika berada di Makkah beliau telah membeli seikat kayu api untuk dinyalakan pada musim dingin atau sejuk. Tiba-tiba kayu api itu berkata:"Wahai Syeikh Salih aku diperolehi dengan cara haram." Syeikh Salih tidak jadi menyalakan kayu itu, dan selama berada di Makkah beliau tidak pernah menyalakan kayu api lagi. 


Ketika menunggang unta dalam perjalanan ke Makkah beliau turun dan berjalan kaki di samping untanya. Ketika ditanya, beliau berkata:"Aku terpaksa turun sesudah untaku berkata:"Wahai Salih aku penat kerana engkau terlalu lama menunggangku. Syeikh Salih akan menunggang untanya semula apabila untanya berkata :"Wahai Salih aku telah cukup istirehat. Naiklah ke atas belakangku" 

Syeikh Salih wafat di Mesir tahun 835 H dan dikuburkan di Alburqugiah hampir dengan kubur Syeikh Waliyuddin Al Iraqi. 
(Petikan Buku Siapakah Wali)
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
September 11, 2014 at 2:10 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Kita sangat mengagumi manusia yg meninggalkn keseronokan dunia kerana Allah.

Reply
avatar
Umie Amirain
AUTHOR
September 11, 2014 at 5:24 PM delete

terima kasih berkongsi...begitu zuhud sekali hati beliau...

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
September 11, 2014 at 8:40 PM delete

Assalamualaikum mselim,
Sampai begitu sekali Allah memelihara para wali! Allahuakbar...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 13, 2014 at 3:02 AM delete

Assalam MSelim3;
Tiada apa yg dpt saya katakan kecuali.. Subhanallah...

Reply
avatar
Cik Rose
AUTHOR
September 15, 2014 at 9:18 AM delete

Allahuakbar.. terima kasih sudi berkongsi kisah ni

Reply
avatar
Mar Mansor
AUTHOR
September 17, 2014 at 5:04 PM delete

Allah jua Maha Mengetahui..betapa hebatnya mereka..

Reply
avatar
arzmoha
AUTHOR
September 18, 2014 at 3:30 PM delete

Hebatnya wali Allah. sehinggakan kayu yang dibeprolehi dengan cara haram yang sepatutnya ditanggung oleh penjualnya pun tidak digunakan. Subahanallah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon