Nama penuhnya Asma binti Abu Bakar. Tetapi perjalanan hidupnya agak panjang sesuai dengan umurnya yang panjang. Allah memberikan kecerdasan fikiran sehingga dia dapat mewarnai kehidupan para generasi tabiin dengan suasana kehidupan para zaman Rasullulah.
Asma termasuk kumpulan wanita yang pertama memeluk islam. Nama Asma tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasullulah saw dan ayahnya, Abu Bakar. Dialah yang menghantar bekalan makanan dan minuman kepada kedua-dua kekasih Allah itu.
Melalui peristiwa, Asma digelar 'zatin nithaqain' (wanita yang memiliki dua tali ikatan pinggang.) Gelaran ini diberikan ketika Asma hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang dihantar kepada Rasullulah saw dan Abu Bakar. Ketika itu Asma tidak mempunyai tali untuk mengikatnya. Dia pun memotong tali ikatan dan satu lagi untuk mengikat tempat minuman.
Ketika Rasullulah saw mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah menganti tali pinggang Asma dengan dua tali pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.
Asma telah berkahwin dengan Zubair bin Awwan, seorang biasa yang tidak memiliki harta kecuali seekor kuda. Namun begitu Asma tidak kecewa dan dia tetap setia melayani tugas sebagai isteri yang dipertanggungjawabkan.
Jika suami sedang sibuk menggalas tugas daripada Rasullulah , Asma tidak segan-silu menjaga dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinanya dengan Zubair, Allah telah mengurniakan seorang anak lelaki yang cerdas bernama Abdullulah bin Zubair.
Asma memiliki beberapa keistimewaan selain cantik sama seperti saudara Aisyah , dia juga cergas dan lincah. Sifat pemurahnya menjadi teladan ramai orang.
Waktu terus berjalan. Anaknya Abdullah bin Zubair dilantik menjadi Abdullah bin Zubair dilantik menjadi khalifah mengantikan Yazid bin Mu'awwiyah yang meninggal dunia. Bani Umayyah tidak rela dengan kepimpinan Abdullah bin Zubair . Mereka menyediakan tentera yang besar di bawah pimpinan panglima Hajaj bin Yusuf ats-Tsaqafi untuk mengulingkan khalifah Abdullulah bin Zubair. Perang antara kedua-dua pihak ini tidak dapat dihindari. Akhirnya dengan jumlah angkatan tentera yang tinggal sedikit Abdullah bin Zubair pun mengetuai pasukannya.
Namun, ramai tenteranya yang telah belot kepada Bani Umayyah. Akhirnya dengan jumlah yang tinggal itu Abdullah bin Zubair berundur ke Baitul Haram untuk berlindung di bawah Kaabah. Sebelum kekalahannya, dia pergi menemui ibunya.
Asma binti Abu Bakar bertanya :"Mengapa engkau datang ke sini padahal batu-batu besar dilontarkan oleh Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruh kota Mekah?"
"Aku datang hendak berbincang dengan ibu."jawab Abdullah bin Zubair dengan rasa hormat.
"Tentang apa?"tanya Asma lagi.
Tenteraku ramai yang belot kerana takut kepada Hajjaj dan menginginkan sesuatu yang dijanjikan oleh Hajjaj . Sementera it, para utusan Bani Ummayyah menawarka kepadaku apa sahaja yang aku minta berupa kemewahan dunia asalkan aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia melantik Abdul Malik bin Marwan menjadi Khalifah.
Bagaimana pendapat ibu?" tanya Abdullah.
Asma menjawab dengan suara tinggi,"Wahai Abdullah terserah kepadamu. Apabila kamu yakin dengan kebenaran teguhkanlah hatimu seperti perajuritmu yang gugur,tetapi jika kamu menginginkan kemewahan dunia sudah tentu kamu seorang yang pengecut . Ini bererti kamu mencelakakan diri dan menjual nilai maruah seorang pahlawan."
Abdullah bin Zubair menundukkan kepala di hadapan ibunya yang kelihatan kecewa. Meskipun ibunya sudah tua dan buta, Abdullah sang panglima tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana perasaan kormat dan kasihnya .
Tetapi hari ini aku akan dibunuh!"kata Abdullah lembut.
"Itu lebih baik daripada kamu menyerahkan diri kepada Hajjaj. Pada akhirnya kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh Bani Umayyah dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sukar dipercayai,"jawab ibunya tegas,
"Aku tidak takut mati ibu! tetapi aku khuatir mereka akan mencencang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam,"kata Abdullah lagi.
"Tidak ada apa yang perlu ditakuti atas perbuatan orang hidup terhadap orang yang sudah mati. Bukankah kambing yang sudah disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat kulitnya?"jawab Asma. Ibu hanya risau jika kamu mati di jalan yang sesat.
Nasihat Asma binti Abu Bakar semakin memantapkan Abdullah bin Zubair untuk mempertahankan dan membela kebenaran . Sebelum matahari terbenam, Abdulah bin Zubair menemui Tuhannya.
Sumber : diolah semula mselim3.
20 comments
Write commentsAssalam MSelim3;
ReplyLama sudah saya tidak baca ttg Asma ini. Satu perkongsian & penerangan ilmu yg cukup bermanfaat. T kasih, semoga sentiasa beroleh keberkatan Allah swt... aamiin..
Hebat wanita2 gitu..zaman ni ada lagi ke wanita cm tu? 1 bilion jumpa 1 jea!!
Replygood sharing..
ReplyTq share...sangat bermanfaat kagum dengsn semangatnya..
Replynice sharing abg selim kagum gila
ReplyAllahu Akbar...contoh kpada umat manusia..
Replyterima kasih atas perkongsian yang bermanafaat, bila membaca kisah ini, terharu rasanya..
Replysedapnye nama gelaran asma.. zatin ..tokoh wanita yg tak pernah Fiza baca di mana2 lagi...
ReplySalam mselim3,
ReplyAdakah lagi seorang ibu yg sanggup melihat anaknya terkorban dari membiarkannya sesat. Sungguh kagum dgn Asma...
Assalamualaikum
Replywanita yg hebat
KY pun dah lama tak kongsi tentang serikandi islam ni, suka baca kisah wanita hebat
Assalammualaikum mselim,
Replythanks share..sungguh hebat wanita2 zaman rasullulah kan..
sangat bermanfaat perkongsian ini mselim.. ramai yang tidak tahu mengenai sejarah tokoh wanita islam di zaman rasullullah saw ini..
ReplyAsma Binti Abu Bakar, wanita yang sangat hebat. Memang puteri kagum bila membaca kisah-kisah tentang wanita-wanita yang hebat :)
Replybegitu terharu dengan kisahnya Asma
ReplyTerima kasih atas perkongsian... :)
Replywanita zaman dulu ngan wanita zaman sekarang lain..sangat² berbeza hrmm
Replytahniah abg selim nice infoo
Replycerita yang baik...tersentuh kancil membacanya
ReplyWanita yang hebat... melahirkan anak yang hebat juga..
ReplyWanita hebat, isteri yg hebat, ibu yg hebat.. Allahuakbar.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon