100 Tokoh Wanita Di Zaman Rasullulah Zunairah Ketabahannya Menyembuhkan Butanya.

kisahtokohwanitadisisirasullulah


Ketika hati sudah turun ke hati seorang hamba tiada siapa dapat menghalang. Walaupun dia seorang hamba kulit hitam seorang hamba sahaya yang boleh dijual beli seperti barang. Namun, imannya tidak dapat dicabut oleh sesiapa pun sekalipun majikannya. Ini kerana majikan juga seorang hamba Allah. Hanya kepada Allah lah tempat kita semua makhluk memperhambakan diri kepada penciptaNya. 


Antara hamba Allah yang begitu teguh pendiriannya pada zaman Rasullulah saw adalah Zunairah. Dia merupakan hamba Abu Jahal seorang pembesar Quraisy yang sangat-sangat membenci Rasullulah saw. 

Apabila mengetahui Zunairah memeluk islam lalu ditanya oleh Abu Jahal :"Zunairah betulkah kamu telah menganut islam?"tanya Abu Jahal. 

"Benar aku percaya pada seruan Muhammad kerana itu aku mengikutnya"jawab Zunairah.

Bagi mengoyangkan keimanan Zunairah :"Wahai sahabat-sabahat adakah kamu mengikuti seruan Muhammad?" 

"Tidak ."jawab mereka serentak. 

"Sekiranya agama yang dibawa oleh Muhammad benar tentu mereka akan mengikutinya terlebih dahulu"kata Abu Jahal.

Oleh kerana Zunairah tetap berpegang teguh pada imannya lalu Abu Jahal bertindak kasar dengan memukul muka dan kepala hambanya itu bertubi-tubi tanpa belas kasihan menyebabkan mata Zunairah menjadi buta. 

Apabila melihat hambanya telah buta bukan bertambah kasihan pada Zunairah tetapi Zunairah diejek dan mengetawakannya. 

"Matamu menjadi buta kerana memeluk islam cuba kamu tinggalkan agama Muhammad tentu matamu akan sembuh kembali,"katanya. 

"Kamu semua pembohong dan tidak berperikemanusiaan Latta dan Uzza yang kamu sembah itu tidak dapat berbuat apa-apa apatah lagi memberikan mudarat atau manfaat,"balas Zunairah. 
ustazazharidrus

Mendengar kata-kata Zunairah itu , semakin mendidih hati Abu Jahal lalu memukul hambanya itu sekeras-kerasnya sambil  berkata:"Wahai Zunairah, ingatlah kepada Latta dan Uzza iaitu berhala sembahan nenek moyang kita,tidak kamu takut murka mereka kepadamu dan tinggalkan lah segera agama Muhammad itu!!!

"Wahai Abu Jahal sebenarnya Latta dan Uzza itu lebih buta daripada mataku yang buta ini akibat seksaanmu, meskipun aku buta tidak sukar bagi Allah mengembalikan penglihatanku. Bukan seperti tuhanmu Latta dan Uzza itu!!!.



Atas kekuasaan Allah keesokkan harinya mata Zunairah itu sembuh seperti sedia . Abu Jahal menyaksikan dengan hairan, dan berkata :"Ini mesti sihir Muhammad." 

Lalu menyeksa Zunairah lagi, namun nasib Zunairah baik kerana Abu Bakar datang untuk memerdekakannya setelah memberikan tebusan atau pampasan kepada Abu Jahal. 

Sumber : Dioleh semula mselim3 
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
January 10, 2014 at 2:57 PM delete

kisah yang begitu menyayat hati dan penuh pengajaran

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
January 10, 2014 at 6:39 PM delete

Allahu Rabbi..setiap patah perkataan daripada ceritanya mmbuatkan rasa terketar ketar.. begtu tguhnya imannya.... jika dibandingkan dgn kita!!...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 10, 2014 at 6:43 PM delete

Assalam MSelim3;.. subhanallah.. seorang wanita yg tabah & ttp berpegang pada tali Allah walau pelbagai halangan melanda. Kisah yg penuh pengajaran buat renungan kita semua. T kasih diatas perkongsian. Salam Jumaat.. :)

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
January 10, 2014 at 9:21 PM delete

subhannallah kisah yg sungguh memberi inspirasi.. bro :)

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 10, 2014 at 9:38 PM delete

Sungguh teguh imanmu Zunairah...Semoga imanku dapat menjadi seteguh imanmu.

Reply
avatar
Invisible Me
AUTHOR
January 10, 2014 at 9:42 PM delete

Tambah ilmu tentang kisah zaman Rasulullah. TQ mselim :)

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 11, 2014 at 1:08 PM delete

begitu cekal Zunairah menghadapi semunya :)

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
January 11, 2014 at 3:15 PM delete

Assalammualaikum mselim,
betapa teguhnya iman Zunairah wpn diseksa sedemikian rupa.. suka ayat dari gmb UIA tu..thanks share mselim..

Reply
avatar
January 12, 2014 at 12:48 PM delete

teguh sungguh iman nya... allahuakbar..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon