Halimah as-Saadiah Ibu Susuan Rasullulah Saw

kisahhalimahassaadiah

Siapa yang berbicara tentang sejarah Rasullulah saw pasti akan menemui nama Halimah as-Saadiah yang terkenal dengan keperibadian mulia dan kelembutan hatinya. Takdir Allah swt telah menentukan Halimah as-Saadiah menjadi ibu susuan Rasullulah saw yang datang bersama para wanita Bani Saad. Pada masa itu, tiada ada bayi yang disusui kecuali hanya cucu Abdul Mutalib yang yatim itu. 


Halimah as-Saadiah berasal daripada keturunan Bani Asad bin Bakar Hawazin sampai pada garis keturunan Qais 'Ailan. Oleh kerana, kemuliaan akhlak serta kelembutannya, Halimah as-Saadiah dipilih oleh Abdul Mutalib untuk menyusukan kedua-dua cucunya iaitu Muhammad bin Abdullah dan Abu Sufyan bin Haris. 


Selama 4 tahun, Rasullulah saw diasu dan dididik oleh Halimah as-Saadiah dengan akhlak bangsa Arab yang berperibadi mulia, kebenaran dan kejujuran. Selain itu, ketika dibesarkan dalam kawasan pergunungan, tempat tinggal Halimah as-Saadiah Rasullulah saw dapat belajar bahasa Arab dengan fasih ini berbeza dengan bahasa Arab kota yang kadang kalah tidak fasih dan kasar. 

Rasullulah saw juga dapat menikmati udara pergunungan yang nyaman sehinggakan tumbuhbesaran badan Rasullulah saw adalah benar-benar sempurna. Ini antara hikmah mengapa Rasullulah saw disusukan oleh Halimah as-Saadiah yang tinggal jauh dari kota Mekah.

Ketika Rasullulah berumur 5 tahun 1 bulan, Halimah as-Saadiah mengembalikan Rasullulah saw kepada keluarganya setelah dapat merasakan kurniaan Allah ketika mengasuh Rasullulah saw.

Cinta Rasullulah saw kepada Halimah begitu mendalam sehingga suatu hari seorang wanita datang memberitahu tentang kematian Halimah as-Saadiah. Baginda terus menangis setelah itu, wanita tersebut berkata :"Sesungguhnya saudara-saudara sesusuan memerlukanmu." 

Baginda pergi menemui mereka , Baginda dan saudara-saudaranya merasakan belaian kasih sayang seorang ibu, yang lemah lembut. Kasih sayang Halimah as-Saadiah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Baginda. Maka tidak hairanlah apabila mendengar berita kematian ibu susu Baginda ini , mengalir air mata Baginda Rasullulah saw. 

Antara bentuk pergorbanan Rasullulah saw terhadap Halimah as-Saadiah adalah seperti disebutkan dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Abu Ya'la, dan daripada Imarah bin Tsauban , daripada Abu ath bahwa ketika Rasullulah saw sedang membahagikan daging di al-Ja'ranah, seorang wanita daripada suku Badwiah datang. Ketika wanita itu datang mendekati Rasullulah saw, Rasullulah membuka serbannya dan mempersilakan wanita itu duduk di atas serbannya. 

Abu ath-Thufail bertanya :"Siapakah dia?"


Para sahabat yang lain menjawab ,"Dialah wanita yang menyusukan Rasullulah saw."Orang yang dimaksudkan itu ialah Halimah as-Saadiah.


Cerita daripada sumber asal 100 tokoh wanita di sisi Rasullulah diolah semula mselim3
Previous
Next Post »

23 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
January 12, 2014 at 2:19 PM delete

Assalam MSelim3.. perkongsian yg baik & bermanfaat.. mmg kita semua patut mengenali beliau dgn lebih mendalam... harap2 kita semua tidak melupakannya begitu shj walaupun dah tahu... slmt berhujung minggu

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
January 12, 2014 at 3:24 PM delete

Alhamdulillah...mmbaca smbil mngambil pngajaran.. In Shaa Allah...

Reply
avatar
Ann Ishak
AUTHOR
January 12, 2014 at 4:16 PM delete

sangat besar darjat ibu susuan Halimah as-Saadiah di sisi baginda SAW

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
January 12, 2014 at 5:27 PM delete

Bila baca sirah Nabi ni...terasa rindu dan terharu sangat..

Reply
avatar
January 12, 2014 at 6:06 PM delete

perkongsiaan yang bermanfaat.. ^_^ suka membacanya

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
January 12, 2014 at 8:39 PM delete

assalammualaikum mselim,terima kasih kongsi kisah yg bermanfaat ni..salam maulidurrasul ya.. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 12, 2014 at 10:06 PM delete

Alhamdulillah....entri yang sentiasa memberi pengajaran

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 12, 2014 at 11:13 PM delete

baginda telah didik sejak kecil untuk menjadi insan yang mulia .

Reply
avatar
miss yatie
AUTHOR
January 13, 2014 at 8:43 AM delete

memang hebat dan tiada ganti...

Reply
avatar
Cik Tieka
AUTHOR
January 13, 2014 at 10:15 AM delete

Assalamualaikum.. subhanallah, inilah tunggak belakang mengapa Rasulullah membesar dgn sihat (atas izin Allah..) nice info Mselim ..:)

Reply
avatar
January 13, 2014 at 11:50 AM delete

saya suka sangat dengan kisah Halimatus Saadiah ni...

Reply
avatar
January 13, 2014 at 12:26 PM delete

perkongsiann yg sgt bermanfaat :) terima kasih atas ilmu ini.

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 13, 2014 at 12:37 PM delete

Rasullullah SAW...tidak pernah melihat bapanya. Disusui pula bukan oleh ibunya... Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammmad SAW. Salam Maulidur Rasul.

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 13, 2014 at 1:21 PM delete

perkongsian yang memberi pengajaran..terima kasih berkongsi :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 13, 2014 at 2:37 PM delete

Assalamualaikum Selim thanks sebab share kisah ni salam maulidur rasul 1435 H untuk semua :)

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
January 13, 2014 at 3:44 PM delete

susah nak jumpa org macam ni zaman sekarang nie

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 13, 2014 at 3:45 PM delete

ta berkongsi cerita yer n maaflah lama x menjgk, leps baik sakit mood berblog turut jatuh merundum lah ! !

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
January 13, 2014 at 4:51 PM delete

perkongsian yang baik..

Reply
avatar
Invisible Me
AUTHOR
January 14, 2014 at 11:41 AM delete

Cerita yg patut diinati.
Salam Maulidur Rasul, mselim3. Selawat dan salam buat Rasulullah S.A.W :]

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
January 15, 2014 at 8:39 PM delete

Assalamualaikum mselim..Alhamdulillah atas peekongsian yg baik...boleh dijadi rujukan utk diceritakan kpd anak anak nanti

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
January 15, 2014 at 10:13 PM delete

teringat lagu nasyid "halimatus sa'diah" nyanyian inteam.. sedap..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon