Ummu Anas (Ibu Imran Bin Anas) adalah Wanita Yang Berani Bertanya.

kisah-ummu-anas-tokoh-wanita-disisi-rasullulah


Ummu Anas ialah isteri Abu Anas dan ibu kepada Imran bin Abi Anas. Selain keutamaannya dalam hal ibadah , dia juga termasuk wanita yang berani bertanya sesuatu perkara yang dapat menambah ilmu dan meningkatkan amalnya. 


Terdapat sebuah hadis Ummu Anas dengar daripada Rasullulah saw. Ia sebuah hadis yang dapat membawa pelakunya masuk syurga bersama golongan teratas iaitu golongan yang dianugerahkan nikmat oleh Allah daripada para nabi, para shiddiqin (orang berpegang teguh pada kebenaran) ,para shuhada dan orang soleh. Mereka adalah sebaik-baik pendamping. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Muhammad Ismail al-Anshari daripada Musa bin Imran bin Abi Anas daripada neneknya bahawa Ummu Anas berkata :"Aku pernah datang menemui Rasullulah saw dan berkata :"Allah menjadikan kamu wahai Muhammad berada pada darjat tertinggi di syurga. 

Bagaimanakah caranya agar aku dapat bersamamu?" 
Kemudian Rasullulah saw bersabda :"Dirikan solat kerana ia adalah sebaik-baik hijrah dan perbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t kerana ia adalah amalan yang sangat dicintaiNya. " 

Dalam riwayat lain Thabrani meriwayatkan daripada Ishaq bin Ibrahim bin Basthas, daripada Muraba, daripada Ummu Anas bahawa Ummu Anas berkata kepada Rasullulah saw :"Wahai Rasullulah , berilah aku nasihat?" 

Rasullulah saw bersabda :"Tinggalkanlah maksiat kerana ia adalah sebaik-baik hijrah."

Dalam riwayat lain ditambah.. Perbanyakkan zikir kepada Allah kerana sesungguhnya tiada ada amalan yang lebih disukai Allah ketika kamu menemui Nya kecuali amalan zikir kepadaNya. 

Author By mselim3 
Sumber : Tokoh Wanita Disisi Rasullulah saw  
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Karen Monica
AUTHOR
January 6, 2014 at 2:32 PM delete

bila kita berani bertanya, pastinya banyak ilmu baru yang akan kita perolehi.

Reply
avatar
January 6, 2014 at 2:59 PM delete

Wanita yang hebat..mungkinkah ada lagi wanita sebegini zaman ini..

Reply
avatar
January 6, 2014 at 3:24 PM delete

subhanaAllah...sally ni kadang nak bertanya pun takut, malu...jauh beza dgn beliau T_T

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
January 6, 2014 at 3:27 PM delete

cinta Allah swt adalah cinta yang kekal kan mselim...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 6, 2014 at 5:35 PM delete

tahun baru 2014 berazam untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.......Insha Allah

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 6, 2014 at 10:04 PM delete

Assalam MSelim3;

Subhanallah... t kasih diatas perkongsian ye

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
January 6, 2014 at 11:11 PM delete

Wanita hebat didunia dan diakhirat...

Reply
avatar
fizalinolie
AUTHOR
January 7, 2014 at 9:55 AM delete

Sikap yg harus dicontohi. Perkongsian yg menarik mselim. Terima kasih yer :)

Reply
avatar
January 7, 2014 at 3:31 PM delete

wanita yang hebat dan patut di jadikan contoh ..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon