100 Tokoh Wanita Disisi Rasullulah : Nailah Binti Farafisoh

kisahnailahisterikhalifahusmanbinaffan


Nama penuhnya ialah Nailah binti Farafisoh bin al-Ahwas al-Kalbiyah. Dia merupakah seorang ahli bahasa dan memiliki pendapat yang bernas serta seorang yang berani. Dia dinikahi oleh Amirul Mukminin, Usman bin Affan yang dibawa oleh saudaranya, Dhab. 


Dhab telah memeluk islam. Manakala ayahnya beragama nasrani dan memerintahkan anaknya Dhab untuk beragama nasrani, tetapi Dhab tidak mahu mengikuti agama nasrani. 


Hasil perkahwinan Nailah dengan Saidina Usman mereka mendapat anak yang bernama Khlid, Arwa dan Aban As-Suhgra. 



Nailah sangat menyayangi Saidina Usman sehingga ketika Saidina Usman terbunuh dia berkata: 
"Ketahuilah bahawa sebaik-baik manusia selepas tiga orang sebelumnya dibunuh oleh orang yang datang daripada Mesir. Adakah aku menangis sedangkan keluargaku menangis? Kemuliaan Amr telah tertutup bagi kami." 

Ketika peristiwa pembunuhan Khalifah Usman bin Affan terjadi, Nailah segera mengirim surat dan jubah Saidina Usman yang masih berlumuran darah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan yang ketika itu berada di Damsyik. Surat ini dibawa oleh Nu'man bin Basyir. Isi surat yang panjang ini menyatakan tentang peristiwa pengepungan rumah Saidina Usman dan kepada sesiapa yang terlibat dalam tragedi pembubuhan itu. Keaslian surat ini dicurigai kerana terdapat kejanggalannya : 

Pertama, kertas pada ketika itu sangat sukar didapati. Jika ada kertas pun harganya sangat mahal. Keadaan ini, berlawanan dengan helaian surat Nailah yang banyak. 

Kedua, dalam surat itu ada dinyatakan masa pengepungan berlangsung selama 50 hari dan ia dilakukan oleh penduduk Madinah. Sedangkan tentera Mesir adalah sebagai penyokong sahaja. 

Para sejarah banyak menyebutkan bahawa pengepungan berlangsung selama 40 hari dan tentera yang mengepung ialah tentera dari Mesir, Basrah, dan Kufah. Sedangkan penduduk Madinah, seperti Husin dan Hassan, anak lelaki Saidina Ali bin Abi Talib, Muhammad bin Thalhah, dan Abdullah bin Zubir bertindak sebagi penjaga yang menjaga Khalifah Saidina Usman. 

Ketika Saidina Usman bin Affan baru sahaja terbunuh, Saidina Ali terus menampar anak lelakinya Hassan lantaran tidak berjaya menjaga Khalifah Saidina Usman. Setelah dijelaskan jumlah perusuh begitu ramai dan ada yang masuk melalui bumbung rumah Usman barulah reda kemarahan Saidina Ali. 

Namun, jubah dan Mushaf Usman yang berlumuran darah memang dikirimkan ke Damsyik. Dengan barang itulah yang digunakan oleh Muawiyah bin Sufyan untuk menuntut balas atas pembunuhan Saidina Usman. Begitulah yang ditulis oleh Joesoef Sou'yb dalam karyanya Sejarah Daulat Khalifah ar-Rasyidin.
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
January 5, 2014 at 5:59 PM delete

sebuah cerita yang benar-benar bagus...saya tak pernah tahupun sebelum ni

Reply
avatar
January 5, 2014 at 6:09 PM delete

perkongsian yang menarik, kadang kita tak tahu kisah begini....

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
January 5, 2014 at 7:46 PM delete

Assalammualaikum mselim,
thanks share..tambah lg ilmu niesa tentang tokoh2 dalam islam ni kan.. :)

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 5, 2014 at 9:44 PM delete

Salam mselim3,
Perkongsian yang sangat menarik krn tak pernah tau akan kisah ini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 5, 2014 at 10:37 PM delete

thanks for sharing..

yg tidak tahu kisah ni, boleh tambah lagi pengetahuan sikit.. terima kasih sekali lg. :)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 5, 2014 at 11:41 PM delete

Assalam MSelim3;
Bagus entri ni.. kisah yg baik utk dikongsikan buat anak2 juga sbg renungan & ilmu.. t kasih. Semoga sentiasa diberkati Allah.. aamiin.

Reply
avatar
January 6, 2014 at 9:15 AM delete

Assalamualaikum... byk entry yg berunsurkan islamic yg berilmu di siini yg manfaat buat kita semua

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
January 6, 2014 at 10:09 AM delete

sangat bermanfaat perkongsian ini mselim.. pengetahuan baru untuk aiza.. tak pernah mendengar kisah ini sebelum ini..

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
January 6, 2014 at 12:13 PM delete

byk kisah2 yang Fiza dapat dari blog mselim nie.. teruskan publish cerita2 mcm nie untuk ilmu, pengajaran dan tauladan buat kita semua...

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 6, 2014 at 2:28 PM delete

puteri pun belum pernah tahu tentang kisah ini. Tambah lagi pengetahuan puteri. Terima kasih :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon