Nama sebenarnya adalah 'Amir bin Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri al-Quraisy al-Makki. Beliau adalah salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau mudah mesra, tawaduk dan pemalu. Namun di saat peperangan beliau bagaikan singa yang kelaparan mencari mangsa. Kualiti iman yang ada dalam dirinya melalui sabda Rasullulah saw :"Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah"(HR al-Tirmizi).
Manakala diriwayatkan oleh Saidina Aisyah r.a.h beliau berkata:"Rasullulah saw pernah ditanya:"Siapakah yang engkau cintai dari golongan lelaki?"
Baginda menjawab:"Abu Bakar ra". Kemudian siapa lagi.
Baginda menjawab :"Abu Ubaidah al-Jarrah" (HR al-Tirmizi Ibnu Majah) Dalam riwayat lain mengatakan bahawa Rasullulah saw mengatakan Umar al-Khattab.
Abu Ubaidah ra dilahirkah di Makkah di dalam sebuah keluarga suku Quraisy yang dihormati disegani dalam kabilah masyarakat Arab. Abu Ubaidah al-Jarrah adalah golongan yang awal-awal masuk islam sehari selepas Abu Bakar as-Siddiq memeluk islam hasil usaha dakwah Abu Bakar as-Siddiq kepada Abu Ubaidah al-Jarrah.
Pengislaman Abu Ubaidah disaksikan oleh Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Maz'un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam di hadapan Rasullulah saw. Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kebanyakkan sahabat yang lain dalam perjuangan menegakan syiar islam.
Walaupun Abu Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah dan yang paling mencabar yang dihadapinya adalah ketika Perang Badar. Ketika di dalam Perang Badar Abu Ubaidah menyerang musuh-musuh islam dengan hebat sekali dengan hati dan semangat yang tidak takut mati pada jalan Allah. Namun dugaan yang melampaui jangkaan apabila semangat berjuang yang menggerunkan tentera musyrikan sehingga mereka mengelak daripada bertempur dengan Abu Ubaidah tetapi kali ini bertempur beliau bertempur dengan bapanya sendiri, Abdullah bin al-Jarrah. Setiap serangan bapanya itu dia mengelak dengan segera dan berlakulah pertempuran yang sengit sehingga memaksa dia menetak bapanya membuatkan ayahnya tersungkur ke bumi.
Allah telah menurunkan firmanNya berhubungan tindakan Abu Ubaidah itu;
Maksudnya ;
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
Ketika Perang Uhud Abu Ubaidah adalah salah seorang sahabat yang melindungi Rasullulah saw. Mereka mempertahankan dan melindungi Rasullulah saw dengan dada dan tubuh mereka seolah-olah mereka adalah tembok yang menghalang panahan dan tombok musuh. Dalam peperangan ini gigi kacip Rasullulah saw patah, dahinya luka dan rantai baju perisai Rasullulah terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu Ubaidah menawarkan diri untuk memberikan pertolongan. Abu Ubaidah bimbang jika dicabut mata rantai itu akan menyakitkan Rasullulah saw lalu dia mencabut dengan menggunakan gigi kacipnya dengan mengigitnya sehingga mata rantai tercabut dan mengakibatkan sebahagian giginya terlerai ke bumi.
Abu Ubaidah adalah seorang yang zuhud.. Ketika islam berkembang pesat di bawah pimpinan Umar al-Khattab dan hampir-hampir membebaskan Baitul Maqdis daripada belenggu Rom. Umar al-Khattab telah singah dan mengunjungi khemah Abu Ubaidah tidak terlihat sesuatu pun didalamnya yang berharga kecuali pedang,perisai dan pelana kudanya.
Abu Ubaidah al-Jarrah menyertai semua peperangan islam dan mempunyai kesempatan untuk mengumpul kekayaan dalam setiap peperangan itu tetapi beliau berperang semata-mata kerana Allah dan RasulNya. Beliau berjaya menakluki semua wilayah negeri tersebut. Ketika wabak taun merebak di negeri Syam sehingga ramai yang terkorban terkena wabak tersebut termasuklah Abu Ubaidah.
Kemudian Abu Ubaidah berpaling kepada Muaz bin Jabal,"Wahai Muaz imamkan mereka (ketua)".
Apabila Abu Ubaidah meninggal dunia, Muaz bin Jabal pun bangun di hadapan rakyat dan berucap,"Wahai manusia sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan atas kematian lelaki ini. Demi Allah! saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia, jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta mati dan paling bertanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah merahmati kamu semua."
Abu Ubaidah al-Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah di Jordan dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Romdan Parsi. Ketika berumur 58 tahun.
3 comments
Write commentsMembaca kisah para sahabat nabi yang berjuang bersama Rasulallah selalu membawa semangat baru! Para sahabat begitu kuat dalam iman sehingga mahu mengorbankan harta bahkan jiwa demi tegaknya Islam di bumi Allah SWT. Tulisan yang sangat bermanfaat, sangat menginspirasi ^_^b
ReplySalam mselim,
ReplyBetapa sayang nya sahabat nabi kpd Rassulullah saw. Tidak terbanding...
Terfikir sejenak...apa yg kita lakukan ketika Nabi dihina dalam bentuk kartun oleh musuh Islam?
Assalammualaikum mSelim. Perjuangan yang semata-mata kerana Islam. Semoga ramai lagi sepertinya dizaman kita ini..Amiin
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon