Kisah Sahabat Nabi - Penyesalan Abu Lubabah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Abu Lubabah atau nama sebenarnya Mubsyit bin Abdul Munzir adalah suku kaun Aus yang terawal memeluk islam dihantar oleh Rasullulah untuk menjadi orang tengah untuk berunding dengan kaum Yahudi Bani Quraizah setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasullulah saw. Ini kerana ketika Perang Khadaq, kaum Yahudi Bani Quraizah bersekongkol atau membuat pakatan dengan musyikin Quraisy membentuk pakatan yang disebut "pakatan al-Ahzab untuk menyerang Madinah. 

Sebagai warga Madinah sepatutnya mereka bersama-sama Rasullulah yang telah memateri perjanjian untuk mempertahankan umat islam menghadapi ancaman luar. Namun sebaliknya mereka bertindak memungkiri perjanjian dan berpihak kepada musuh. Mereka merancang untuk membuka jalan kepada Quraisy supaya memasuki Madinah dan menghapuskan umat islam yang berada di Madinah hingga ke akar umbi.

Selesai peperangan Khadaq, Rasullulah saw segera berangkat ke perkampungan Yahudi Bani Quraizah dan mengepung mereka selama 15 hari 15 malam secara berterusan sehingga mereka terdesak dan menyerah kalah.

Perundingan Abu Lubabah dengan Yahudi Bani Quraizah 
Bani Quraizah memilih Abu Lubabah untuk membuat rundingan dengan mereka. Ini kerana Abu Lubabah suku kaum aus, sekutu mereka masa zaman jahiliyah dan mudah mereka untuk mencari persefahaman serta menagih simpati kerana hubungan rapat mereka suatu masa dahulu.    

Lalu Abu Lubabah pun berunding dengan Bani Quraizah. Abu Lubabah sangat bersimpati dengan wanita dan kanak-kanak yang dikepung oleh umat islam. Abu Lubabah telah memberitahu Bani Quraizah akan dibunuh melalui isyarat tangannya yang diletak dilehernya yang membawa maksud bahawa keputusan Rasullulah saw adalah mereka akan dibunuh. 

Mendengar keputusan itu, Abu Lubabah telah dihalau oleh Bani Quraizah. Abu Lubabah sangat menyesali atas perbuatannya kerana menjatuhkan hukuman terhadap Bani Quraizah terlebih dahulu tanpa berbincang dengan Rasullulah saw. Satu dosa besar yang dirasai oleh Abu Lubabah ke atas Rasullulah kerana gagal dalam perundingan ini.

Tanpa bertangguh setelah menyesali perbuatan yang dilakukan itu, Abu Lubabah terus ke Masjid Nabawi untuk mengikat atau merantai diri di tiang masjid ini lalu tiang ini dikenali dengan sebagai "Tiang Abu Lubabah atau Tiang Taubat".


Di Masjid Nabawi ini beliau terus mengikat dirinya tanpa makan dan minum. Beliau bersumpah tidak akan membebaskan dirinya sehingga Rasullulah saw sendiri yang melepaskannya. Anak Abu Lubabah hanya membuka ikatannya sekadar untuk beliau solat dan menunaikan hajat sahaja. Abu Lubabah mengikat dirinya ditiang ini selama 6 hari berturut-turut. Akhirnya Rasullulah saw membuka ikatan Abu Lubabah setelah Allah menurunkan wahyu menerima taubatnya yang ikhlas itu.


surahtaubahayat102
Maksudnya : 
Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Taubat : 102)

Sebelum itu dikatakan ayat al-Quran yang turun berhubung dengan apa yang dilakukan Abu Lubabah ini. 


surahalanfaalayat27

Maksudnya : 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
-(Surah Al-Anfaal : 27)

Baginda saw juga selalu duduk di tiang ini selepas solat subuh dan berbual-bual dengan golongan miskin dan lemah serta saudara baru islam sambil menceritakan wahyu yang baru. Tiang ini bertentangan dengan makan Rasullulah dan kepala Baginda yang mulia. Abu Lubabah wafat masa zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Thalib.
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
BinMuhammad
AUTHOR
February 10, 2015 at 3:58 PM delete

Salam mselim
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun...Bertaubatlah sebelum terlambat

Reply
avatar
Qaseh Abadi
AUTHOR
February 10, 2015 at 4:28 PM delete

setiap manusia tidak lari dari buat salah.. bertaubat adalah sebaiknya.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 10, 2015 at 9:15 PM delete

alhamdulillah..bertambah ilmu..terima kasih kongsi ye..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 10, 2015 at 9:54 PM delete

Assalamualaikum MSelim3... terkesan membaca kisah ini.. cukup mendalam penyampaiannya. T kasih atas perkongsian ini ye...

Reply
avatar
nOe suhaimi
AUTHOR
February 11, 2015 at 11:41 PM delete

terima kasih atas perkongsian selim

Reply
avatar
February 11, 2015 at 11:52 PM delete

Assalamualaikum.. done follow ke sini.
Byk ilmu baru dan berguna kat sini..

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
February 12, 2015 at 9:08 AM delete

Assalammualaikum mSelim. Para sahabat juga tidak terlepas dari kesalahan, cuma bezanya mereka mengakui dan bertaubat.

Reply
avatar
kuchalana
AUTHOR
February 15, 2015 at 9:34 AM delete

hebat sungguh keimanan para sahabat nabi..

Reply
avatar
February 17, 2015 at 12:11 PM delete

Mulianya sahabat ini... mengingkari yg begitu saja pun sampai sedemikian bertaubat padahal kita tau sudahnya kaum Yahudi itu tetap dihukum mati... bagaimana lah peribadi kita yg sering melanggar perintah Allah dan Rasulnya dan menganggap itu tidak salah...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon