Kisah Wali Allah Ummu Syuraik - Nafas Menjadi Keju

kisahwaliallahummusyuraik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Beliau adalah Ghaziyah binti Jabir bin Hakim atau lebih dikenali dengan nama Ummu Syuraik. Beliau seorang wanita dari Quraisy dari Bani Amir bin Lu'ai dan pernah menjadi isteri Abu al-Akr ad-Dausi. Cahaya iman mula menerangi hati apabila Rasulullah berdakwah di Makkah. Sejak itu, beliau yakin dengan kebenaran Rasulullah saw serta membenarkannya dengan utuh. Beliau bukan sahaja memiliki keimanan yang mantap malah sangat memahami kewajipannya untuk berdakwah sehingga beliau sanggup mengorabankan dirinya demi menyebarkan dakwah dan meninggikan kalimah Allah serta mengibarkan panji ﻻاله اﻻ الله .


Ummu Syuraik ialah salah seorang wanita soleheh yang segera menurut perintah berhijrah ke Madinah oleh Rasulullah saw. Ummu Syuraik Addusiah mengikut seorang isteri yahudi dalam kabilah perjalanan hendak ke Madinah. Beliau tidak membawa apa-apa. Oleh itu, beliau berpuasa sepanjang perjalanan. Ketika isteri Yahudi itu hendak memberikan air kepadanya beliau menolaknya. Bila mereka tiba disuatu tempat untuk berehat di malam hari. Ummu Syuraik melihat timba air ditempat dia berehat lalu minum air itu hingga kenyang. 

Esoknya orangYahudi bertanya kepada isterinya apakah dia memberikan air kepada ummu syuraik kerana dia mendengar wanita itu minum air malam itu. Tetapi isterinya menafikan kerana dia ada memberikan air tetapi ditolak oleh ummu syuraik. 

Ibnu Saad meriwayatkan dari Hammad dari Yahya bin Said bahawa pada suatu ketika Ummu Syuraik ada menyimpan sebuah kotak berisi keju. Bila seorang sahabatnya meminta sedikit keju daripadanya Ummu Syuraik melihat keju dalam simpanannya telah habis setelah dibahagi-bahagikan sesama kabilah. Beliau pun menghembuskan nafasnya beberapa kali dalam kotak itu lalu dijemur di tengah panas. Waktu kotak itu diambilnya ia telah penuh dengan keju. 

 Sumber : Siapakah wali
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
Umie Amirain
AUTHOR
February 18, 2015 at 5:25 PM delete

terma kasih berkongsi...cerita yang menarik

Reply
avatar
Mieza S
AUTHOR
February 18, 2015 at 7:43 PM delete

masyaallah . hebat sungguh

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 18, 2015 at 9:28 PM delete

dgn hanya sekali hembusan saja , kotak itu sudah penuh dgn keju ... subhanallah .

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 18, 2015 at 9:33 PM delete

Seronok cik akak baca kisah ini..
Perkongsian yang hebat

Reply
avatar
February 20, 2015 at 7:20 PM delete

masyallah... sungguh betul... sekiranya kita beriman benar benar kepada Allah, alam ini akan menjadi hamba kepada kita dan berbakti selayaknya kita sebagai tuan

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
February 21, 2015 at 6:54 PM delete

subhanallah, aturan Dia, apa sahaja boleh berlaku, kan?

ika singgah jenguk mselim, maaf lama tak blogwalking, sibuk dgn urusan kerja

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon