Hukum Meraikan atau Merayakan Hari Kekasih?

hukumharikekasih

Valentine day atau Hari Kekasih merupakan isu yang tidak asing lagi malah perayaan ini telah perayaan ini telah menjadi budaya dikalangan masyarakat islam di Malaysia khususnya di kalangan muda-mudi sejak sekitar akhir tahun 1980-an lagi. Perayaan ini disambut setiap tahun pada 14 Februari ,oleh setiap pasangan yang hangat bercinta untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Walaupun kita sudah maklum bahawa umat islam tidak boleh menyambutnya dan hari kekasih ini adalah taqwim remaja penganut agama kristian. 



Apakah Hukum Menyambut Valentine's Day? 

Majoriti ulama-ulama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Hari Valentine's Day ini adalah bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amlan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran islam."

Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 november 2005 memutuskan ; 
"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan islam . Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya bercampur dengan maksiat adalah dilarang oleh islam. Oleh itu, amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama islam. "

Sejarah Valentine's Day

Terdapat 3 pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine's Day: 

Pendapat Pertama : 
Hari Valentine's bermula semasa pemerintahan empayar Rom dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom. Hari berikutnya 15 Februari maka bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut , nama-nama gadis Rom di tulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas . Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlangsung. 

Pendapat Kedua : 
Pada 14 Februari 270 Masihi, S Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan dan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah tabah dan kuat berada di medan  perang berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Raja Claudius II menghalang pemuda Rom dari berkahwin. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St.Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret yang akhirnya dijatuhi hukuman belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari , dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan. 

Pendapat Ketiga : 
Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah ditempat kedua tertinggi selepas pope.Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan islam, timbul kegemparan rakyat cordova kerana St.Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi yang sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella , lalu memenjarakan buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari kekasih untuk St.Valentine sendiri. 

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan pihak kristian, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama kristian.

Implikasi Pada Ummah 


Perbuatan meraikan sambutan hari kekasih amat bercanggah dengan agama islam kerana mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada maksiat. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini diraikan dengan adegan berdua-duaan,berpeleseran dan terjerumus kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap "hari berbulan madu" bagi remaja sehingga mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk sehingga mengadaikan "mahkota diri" demi membuktikan kesucian cinta mereka kepada pasangan masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan jauh daripada pegangan agama islam.  
Dalam erti lain, umat islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan ibadah agama lain. Ini berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: 
"Katakanlah (wahai Muhammad):Hai orang kafir ,Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah  (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (surah al-Khafirun ayat 1-6). 

Nabi saw dengan tegas melarang kita daripada meniru budaya yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud: "Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka masuk ke lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya;Adakah mereka itu yahudi dan nasrani?
Baginda menjawab:Siapa lagi kalau bukan mereka." 

Justeru, umat islam khususnya remaja-remaja islam diseru agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang membawa kepada sikap seperti berikut; 

1- Sikap keluar berfoya-foya bersama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya; 

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine's Day yang tertera gambar pari-pari yang mempunyai sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian. 

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih atas tujuan mempamerkan rasa gembira dan percaya pada hari tersebut. 

4- Kebanyakan barat, mengadakan parti sempena hari tersebut dengan pesta seks dan tari menari. Kebanyakkan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan coklat kepada kekasih yang mereka cintai. 

5- Menghantar pesanan ringkas (sms) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang sempena Hari Kekasih (Valentine's Daya) sebagai tanda percaya "keajaiban" hari tersebut.

Ibu bapa juga perlu memainkan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan malakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga perlu proaktif untuk memastikan tidak wujudnya sambutan Hari Kekasih ini. Media massa pula seperti televisyen hendaklah menghadkan iklan dan filem yang bertema hari kekasih ini. 

Kesimpulannya, islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam syariat yang dibenarkan. Hubungan kasih sayang bukanlah hanya perlu ditonjolkan hanya sempena hari tertentu, seperti hari ibu,hari bapa,hari kekasih, dan seumpamanya. Jelasnya di sini hubungan kasih sayang yang utuh adalah wujud perasaan "kasih sayang" tanpa mengira waktu dan sempadan atau hari tertentu sahaja. 
"Sayangilah Allah dan Rasullulah saw" 

Malah satu daripada 7 golongan yang akan mendapat arasy ialah mereka yang berkasih sayang (bertemu dan berpisah) kerana Allah swt . Maka beruntunglah mereka yang ukhuwah dan berkasih sayang. 

Wassalam...


Firman Allah swt :"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
~Surah al-Ghaafir ayat 39~

Petikan : 

Majalah "At-Takwa" 
Sumber Rujukan "Buku Elak Sambut Valentine's Day 
Terbitan Jakim
Diolah semula mselim3
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Bin Muhammad
AUTHOR
May 31, 2013 at 12:06 PM delete

Dulu2 xde pun tahu pasal hari kekasih ni...Bila komunikasi semakin global, ianya menjadi ikutan. Inilah cabaran masa kini dalam mengekalkan akidah umat Islam yg sering cuba dirosakkan secara halus oleh Barat.
Kuatkan iman dan perlu ada ilmu.

Reply
avatar
Syarih
AUTHOR
June 4, 2013 at 3:39 PM delete

biarlah kita rayakan hari kemenangan Islam dari mengikut apa yang kita tak ketahui.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 23, 2015 at 8:59 PM delete

Assalamualaikum MSelim3.. tak perlulah kita semua nak terikut budaya agama lain kan. Setiap hari adalah hari utk kita berkasih syng mengikut syaraknya. Tak perlu bermusim yg akhirnya memudaratkan diri & msykt...
Banyak zina bila sampai hari valentine ni...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon