Tempat dipercayai Abu Lu'luah disemadikan di Kashan, Iran |
Abu Lu'luah merupakan seorang hamba yang berbangsa Parsi yang membunuh pemerintah islam Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua ketika beliau sedang bersolat. Abu Lu'luah beragama majusi, ada sesetengah puak pula mengatakan dia sebagai syiah. Kebanyakan Syiah percaya Abu Lu'luah adalah syiah.
Abu Lu'luah asalnya merupakan seorang hamba yang dikerah ke medan perang, asalnya dibawah komander Farrokhzad tetapi kalah dan ditangkap dalam pertempuran al-Qadisyyah pada tahun 636M apabila Parsi kalah kepada tentera islam di tebing barat sungai Furat. Selepas itu, dia di bawa ke Semenanjung Arab (Madinah) untuk diperjarakan.
Abu Lu'luah mempunyai kemahiran berperang, kuat bekerja, seorang tukang kayu yang mahir dan berkemahiran tinggi. Bakat yang dimiliki ini membuatkan dia dilepaskan dari penjara dan diletakkan di bawah penjagaan al-Mughira Ibn Shu'ba, pemerintah Basra yang mana merupakan majikan kepada Abu Lu'luah. Abu Lu'luah ke Madinah dan dibenarkan hidup bebas di sana.
Abu Lu'luah termenung memikirkan kata-kata Hurmuzan. Jafina menambah:"Mereka adalah musuh kita dan musuh kita selamanya."
"Panglima Khalid al-Khalid, Abu Ubaidah al-Jarrah dan ramai lagi panglima islam yang handal telah tiada. Sekiranya Umar al-Khattab tiada pasti islam menjadi lemah dan Parsi boleh membangun semula,"kata Hurmuzan.
"Umar al-Khattab masih hidup dan masih berkuasa,"kata Abu Lu'luah .
"Bagaimana sekiranya dia terbunuh,"sahut Jafina pula.
"Maksud kamu kita bunuh Khalifah Umar al-Khattab?,"tanya Abu Lu'luah sambil berbisik takut didengari orang.
Dengan itu bermulalah rancangan membunuh Saidina Umar al-Khattab dibuat. Abu Lu'luah atau Fairoz adalah putera Yezdager III mereka bersetuju Abu Lu'luah membunuh Saidina Umar al-Khattab manakala Hurmuzan dan Jafina bersetuju membantunya melarikan diri. Abu Lu'luah termakan hasutan Hurmuzan dan Jafina yang sememangnya membenci islam walaupun sudah menganutinya.
Namun, begitu Abu Lu'luah menghadapi kesukaran melaksanakan niat jahatnya itu kerana Saidina Umar sering ditemani sahabat handai dan keluarganya ke mana sahaja dia pergi. Hurmuzan berkata:"Lupakah kamu pada perpatah Parsi ada mengatakan sekiranya kamu tidak dapat membunuh musuh dari depan maka lakukan dari belakang."
Maka dengan itu, mereka melakukan pembunuhan ketika Saidina sedang solat di masjid. Abu Lu'luah telah nekad dengan keputusannya. Abu Lu'luah telah membuat pisau bermata dua yang hujung mata pisaunya itu telah disapu dengan racun. Apabila bertemu dengan sahabatnya dia berkata:'Inilah pisau yang akan menebus maruah bangsa Parsi." Apabila dia terjumpa kanak-kanak Parsi dia mengusap kepala kanak-kanak itu sambil berkata:"Umar al-Khattab telah merampas kehormatan kita maka dia akan mendapat balasannya."
Di pihak Umar al-Khattab pula, kelakuan aneh Abu Lu'luah ini mendapat perhatian sahabat bernama Ka'ab dan terus mengadukan kepada Khalifah Umar namun tidak diperdulikan kerana telah diberikan jaminan oleh al-Mughirah bahawa Abu Lu'luah adalah seorang lelaki yang baik.
Suatu malam Saidina Umar telah bermimpi dipatuk seekor ayam jantan lalu dia dia berjumpa dengan Asma binti Umaisy yang menyatakan bahawa Umar akan dibunuh oleh seorang yang bukan daripada bangsa Arab, tetapi Saidina Umar tidak menghiraukannya kerana dia yakin semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah juga. Sekiranya itu adalah ketentuanNya maka dia redha menerimanya.
Pada suatu subuh yang hening, Khalifah Umar tampil kehadapan menjadi imam, betul-betul dibelakangnya adalah saf paling depan adalah Abu Lu'luah disebelah kanan dan kirinya adalah Hurmuzan dan Jafina. Apabila Khalifah Umar mengangkat Takbiratul ihram dengan pantas Abu Lu'luah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Saidina Umar 3 tikaman dibelakang Saidina Umar mengakibatkan Saidina Umar tersungkur, lantas Abu Lu'luah menikam 3 kali lagi di perut Saidina Umar. Kejadian ini berlaku sangat pantas sehingga ramai kalangan sahabat yang tergamam dan tidak sempat menghalangnya.
Solat subuh diteruskan oleh Abdul Rahman bin Auf atas perintah Umar yang masih kesakitan. Selesai solat subuh Saidina Umar meminta Abdul Rahman bin Auf membalut lukanya dan mengambil wuduk untuk menunaikan kewajipan solat subuh. Setelah selesai solat subuh bersendirian. Saidina Umar terlalu lemah sehingga dipapah oleh Abdul Rahman bin Auf dan Ibnu Abbas ke rumahnya.
Di rumah beliau, keadaannya semakin parah. Abu Lu'luah yang menikamnya telah mati samada dibunuh oleh sahabat atau membunuh diri sendiri. Mereka berdua Hurmuzan dan Jafina dipanggil ke rumah Khalifah Umar , namun mereka menafikan terlibat dalam perkara itu lalu dibebaskan kerana tidak mahu memanjangkan perkara itu. Akhirnya Khalifah menerima ketentuanNya.
Umar al-Khattab meminta segelas susu kerana dahaga. Apabila Umar minum, susu itu keluar dari bekas luka di perutnya. Tahulah para sahabat bahawa Umar al-Khattab tidak dapat diselamatkan lagi. Tangisan bergema lalu Umar berkata:"Setiap yang bernyawa pasti mati dan saya merasakan saat kematian itu semakin hampir, selepas meninggal kelak saya mahu disemadikan berhampiran dengan makam Rassullulah saw."
Sakit Saidina Umar bertambah tenat dan akhirnya pada pagi Ahad 27 Zulhijah tahun 23 H Saidina Umar al-Khattab menghembuskan nafas yang terakhir setelah menjadi Khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari ketika berusia 63 tahun.
4 comments
Write commentsAssalammualaikum mSelim. Semoga Abu Lu'luah diseksa dengan seksaan paling berat di neraka. Amiin..
ReplySalam. cukup hebat perjuangan Saidina Umar Al-Khattab
Replysesungguhnya segala yang terjadi itu ketentuan ALLAH
Replytq sharing...dapat tiba ilmu
Salam jumaat... bagi orang syiah, manusia ni dianggap hero dan makamnya dikunjungi ibarat makam2 ulama dan wali padahal itu hanya binaan seakan tugu peringatan saja... jasadnya tidak ditanam di sana... tapi memang betul ketentuan Allah telah sampai cuma caranya telah menyebabkan perpecahan umat islam...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon