Kisah Cinta Salman Al-Farisi

salman-al-farisi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pernahkah kita mendengar nama Salman Al-Farisi salah seorang sahabat Rasullulah saw yang disebut-sebut namanya. Salman Al-Farisi juga menjadi tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan hadis Rasullulah saw kerana beliau banyak bergaul dengan Rasullulah saw. Beliau hidup di zaman Rasullulah saw sehingga sampai ke zaman pemerintahan Khalifah islam yang ketika iaitu Saidina Uthman bin Affan. 

Apa yang dipaparkan atau diceritakan disini adalah kisah cinta Salman Al-Farisi dengan wanita yang dicintainya. Kisah bermula apabila Salman Al-Farisi meminta Abu Darda, sahabat baiknya pergi meminang wanita yang dicintainya bagi pihak dirinya. Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi pilihan Salman Al-Farisi itu. 


"Saya adalah Abu Darda dan ini adalah saudara Salman Al-Farisi Allah telah memuliakannya dengan islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan utama disisi Rasullulah saw hingga Rasullulah saw menyebutnya sebagai sebahagian daripada ahli baitnya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini untuk melamar puteri kalian untuk diperisterikan." kata Abu Darda. 

"Menerima kalian berdua sebagai tetamu dan sahabat Rasullulah saw yang mulia adalah telah menjadi penghormatan yang tidak terhingga buat kami. Kehormatan yang terbesar bagi keluarga kami juga adalah menantukan sahabat Rasullulah akan tetapi hak untuk memberikan kata putus adalah terletak pada puteri kami, kami menyerahkan kepadanya untuk menentukannya." kata wali pihak perempuan. 

Setelah pihak wali dan pengantin perempuan berbincang maka pihak wali memutuskan. 

"Terlebih dahulu kami meminta maaf atas apa yang hendak saya katakan. Kalian adalah tetamu yang kami hormati dan sahabat Rasullulah yang dicintai. Sebenarnya puteri saya telah menolak peminangan Salman Al-Farisi. Namun, jika kamu (Abu Darda) mempunyai niat yang sama puteri kami sedia menerima pinangannya dengan rasa syukur." kata wali wanita solehah itu. 

"Alhamdulillah ... syukur Allah telah memilih kawan baik saya (Abu Darda ) sebagai pengganti" kata Salman Al-Farisi. 

Dengan rasa terharu dan bersyukur kepada Allah atas kejayaan peminangan itu. Salman Al-Farisi telah memberikan semua mahar untuk peminangan yang telah disediakan untuk dirinya itu kepada kawan baiknya tanpa rasa marah atau berdendam dengan kawan baiknya, Abu Darda. Seraya berkata:"Semua mahar ini aku persiapankan ini aku serahkan kepada Abu Darda teman baikku dunia akhirat dan aku menjadi saksi pernikahan kalian" kata Salman Al-Farisi. 

Begitulah ikhlas mencintai seseorang hanya kerana Allah. Cinta kerana Allah dan RasulNya beliau adalah pencinta sejati. Cinta yang ada dalam hatinya adalah hanya tahu memberi, kerana baginya memberi itu tidak mengurangkan sedikit pun rasa cintaNya. 

Salman Al-Farisi adalah sahabat yang setia sekalipun diuji apabila cintanya ditolak oleh gadis idamannya dan apa yang mengejutkan sahabat yang menjadi 'teman bicara' telah meminang buat dirinya pula. Bagaimanakah sikap kita jika berada ditempat Salman Al-Farisi? Begitulah, tingginya nilai Cinta itu bagi Salman Al-Farisi. Beliau kuat menerima segala ketentuanNya dengan rasa syukur dan redha.  

Wassalam...
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
February 2, 2015 at 3:56 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Itulah bukti cinta sejati. Cinta kepada wanita dan cinta kepada rakan baik sendiri..

Reply
avatar
February 2, 2015 at 10:19 PM delete

Kalau ditempatnya? hmmm mungkin akan putus saudara kan... itu kalau cinta berdasarkan nafsu saja... mudah2an Allah menggantikannya dengan yang lebih baik

Reply
avatar
February 2, 2015 at 10:48 PM delete

Salam MS..Kak lya singgah sini..lama btul tak jenguk MS..moga sihat sokmo hendaknya..Aamin aamin..Salman Al Farisi membuktikan persahabatan tak ternilai harganya ..Cinta yg di tolak tak menjdkan belisu seorg pendendam tp sebaliknya..hebatnya beliau tak mudah melatah..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 3, 2015 at 11:59 AM delete

Assalamualaikum MSelim3;

Cinta hakiki menuju kepada Illahi. Perkongsian yg baik buat pengetahuan dan pelajaran semua. T kasih atas perkongsian ilmu ini ye...

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
February 4, 2015 at 6:43 AM delete

para sahabat lebih melihat kepentingan akhirat berbanding urusan dunia..

Reply
avatar
Nick Nashram
AUTHOR
February 4, 2015 at 9:26 PM delete

kalo berlaku pada kita manusia biasa ni, rasanye memang putus kawan kot..nak cari sorang dlm sejuta sifat cam salman alfarisi mmg susah,

Reply
avatar
February 7, 2015 at 12:15 PM delete

As-Salam

Walaupun Saidina Salman orang Farsi namun namanya terkenal sehingga ke hari ini

Reply
avatar
February 7, 2015 at 12:15 PM delete

Jasa Saidina Salman disanjung tinggi

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon