Kisah Ummu Mahjan - Pembersih Masjid Nabawi

KisahUmmuMahjan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kisah Ummu Mahjan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam, miskin dan lemah bernama Ummu Mahjan yang biasanya sehariannya membersihkan masjid nabawi. Suatu hari, Rasulullah saw sudah sekian lama tidak melihat Ummu Mahjan lantas Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat. Lalu para sahabat menyatakan bahawa Ummu Mahjan telah meninggal dunia. 


Lalu Rasulullah saw menyatakan,"Mengapa kalian tidak memberitahu hal ini kepadaku?" 
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa para sahabat yang lain menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah perkara atau hal yang kecil yang tidak perlu diperbesarkan. 
Hal ini menyebabkan Rasulullah bergegas meminta para sahabat menunjukkan tempat kubur Ummu Mahjan. 

Setelah itu, Rasulullah saw pun menyolatkan lalu bersabda,"Sesungguhnya kubur ini telah terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya. 
~H.R An-Nasai~

 Semoga Allah SWT merahmati Ummu Mahjan ra yang mana sekalipun seseorang itu miskin dan lemah akan tetapi ia tetap berguna kepada ummah sesuai dengan kemampuannya. Beliau telah memberikan pengajaran kepada kaum muslimin bahawa kita tidak boleh menganggap mudah atau enteng sesuatu amal itu sekalipun kecil. 

Beliau begitu mulia kerana mendapat perhatian daripada Rasulullah saw sekalipun tidak begitu diendahkan oleh para sahabat yang lain sehingga meninggal dunia. Lalu Rasulullah saw berserta sahabat yang lain bergegas menyolatkannya agar Allah SWT menerangi kuburnya dengan solat Rasulullah saw. 


Terima kasih kerana sudi membaca entry Kisah Ummu Mahjan Pembersih Masjid Nabawi ini.

Daripada;
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
September 9, 2015 at 3:04 PM delete

Perkongsian yang berguna mselim, Berkat menjadi pencuci masjid. Allah SWT muliakan nya.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 9, 2015 at 10:37 PM delete

Allahu..betapa Rasulullah SAW sangat menghargai perkara baik walau pun kecil yang dilakukan orang lain..

Reply
avatar
September 10, 2015 at 2:25 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Begitulah darjat manusia miskin yang sering dipandang hina oleh orang lain tapi siapa tahu disisi Allah dia lebih mulia..

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
September 11, 2015 at 10:18 AM delete

Hanya mereka yang mengetahui... faham akan nilai dan kemuliaan seseorang itu kerana kita adalah sama di sisi Allah SWT.

Reply
avatar
Belang Tarung
AUTHOR
September 11, 2015 at 3:30 PM delete

kutip debu pun tggi darjatnya apa lagi satu masjid

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
September 13, 2015 at 9:21 AM delete

ASSALAM..MASING2 KITA ADA PERANANNYA DLM KEHIDUPAN INI N ALLAH N RASULNYA MENGETAHUINYA...
SALAM KENAL MSELIM..

Reply
avatar
September 13, 2015 at 9:40 AM delete

walaikummusalam...

salam kenal daripada mselim3 gak...

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
September 13, 2015 at 5:28 PM delete

asalam selim..datang balin nak jejak teman maya..antaranya Meslim ya..terbaik blog dakwah kita ni..teruskan usaha

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
September 13, 2015 at 5:45 PM delete

hampir menitis air mata membaca kisah ni..ni lah amalan yang kecil itu sebesar2 di mata Allah..

Reply
avatar
nor azman
AUTHOR
September 14, 2015 at 12:45 AM delete

sekarang semua orang berebut nak bekerja di mekah,,amin

Reply
avatar
September 14, 2015 at 2:45 PM delete

Sangat bahagia Ummu Mahjan kerana dimuliakan oleh Nabi s.a.w

Reply
avatar
September 14, 2015 at 9:34 PM delete

Assalamualaikum tuan..manusia jarang perasan kepada orang lemah dan miskin..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon