Kanak-Kanak Pertama Memeluk Islam-Saidina Ali bin Abu Talib

saidinaali

Biodata Saidina Ali


Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib 
Keturunan : Bani Hashim 
Tempat Lahir : 10 Tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 M.
Tempat Lahir : Dalam Kaabah di Mekah Al-Mukarramah. 
Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin
Hubungan Dengan Nabi : Sepupu belah bapa 
Tarikh Menjadi Khalifah : 35H bersamaan 655 M.
Tempoh Pemerintahan : 4 Tahun 
Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41H 661M
Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah.
Gelaran : Abu Hasan/ Abu Turab

Sifat Peribadi Saidina Ali

  • Bersifat adil
  • Bijaksana 
  • Berwawasan
  • Pintar 
  • Berfikiran luas 
  • Suka mencari ilmu 
  • Berani menegakkan kebenaran 
  • Berfikiran terbuka 
  • Taat mengerjakan suruhan Allah 
  • Kreatif dan sanggup berkorban kerana Allah 

Keluarga Rasullulah Saw 

  • Mempunyai hubungan kekeluargaan rapat dengan Rasullulah 
  • Sepupu dan Menantu Rasullulah saw 
  • Sejak kecil tinggal bersama Rasullulah saw dan dididik oleh Rasullulah saw
  • Sangat mencintai dan menyayangi Rasullulah 

Kanak-Kanak Pertama Memeluk Islam 


  • Memeluk islam ketika berumur 10 tahun 
  • Kanak-kanak pertama memeluk islam
  • Terkenal dengan panggilan "karramallahu Wajhah" bermaksud Allah swt memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala.
  • Tidak pernah dikotori keburukan zaman jahiliyah.
  • Mentaati dan tidak pernah membantah Rasullulah saw
  • Salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga.
Seorang Cendekiawan Terulung 

  • Terkenal dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera,ilmu hisab dan kehakiman sehingga digelar gedung ilmu. 
Pemuda Yang Berani 

  • Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang 
  • Menggunakan pedangnya bernama "zulfakar" dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali perang Tabuk.
  • Semasa peperangan Khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid
  • Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman

Pemerintah Yang Adil dan Kreatif 

  • Dilantik oleh Rasullulah saw menjadi hakim di Yaman
  • Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah
  • Melengkapkan angkatan tentera berkuda islam
  • menubuhkan pasukan polis diberi nama "As-Syurtah" 
  • Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya. 
Pengorbanan dan Jasa Saidina Ali bin Abu Talib 

  • Jurutulis Perjanjian Hudaibiah
  • Mengetuai  misi dakwah di Hamada (Iraq)
  • Mengembangkan ilmu islam
  • Penasihat kehakiman kepada ketiga-tiga Khalifah Ar-Rasyidin
  • Menerima jawatan Khalifah dalam keadaan huru-hara 
  • Penulis wahyu
  • Berusaha menyatu-padukan umat islam yang berpecah kita zaman pemerintahannya.
Penyebab Berlaku Peperangan Di Zaman Pemerintahan  

  • Berpunca daripada perancangan jahat kaum musyrikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba' . Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali. 
  • Contohnya : Dalam peperangan Jamal , tentera Saidina Ali telah mencapai kata sepakat dengan Kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai. Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak .
Sumber : Indahnya pendidikan islam   
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Hanim
AUTHOR
July 24, 2013 at 3:04 PM delete

Dan Abdullah Bin Saba inilah yang menjadi pencetus syiah. Membawa ajaran sesat yang kononnya didokong atas nama Islam.

Thanks for sharing mselim :)

Reply
avatar
krole
AUTHOR
July 24, 2013 at 5:50 PM delete

kanak-kanak pertama memeluk islam dan tidak pernah menyembah berhala...karramaallahu Wajhah. Seronok baca ni bro mselim...dapat refresh lagi, indahnya kehidupan sekarangni sekiranya kita mempunyai pemimpin seperti ini~ apa yang dilakukannya hanyalah kerana Allah S.W.T

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
July 25, 2013 at 3:52 PM delete

Beliau insan terpilih...kisah dan keperibadian yg boleh dijadikan contoh.

Reply
avatar
February 2, 2023 at 8:57 AM delete

Nice sharing makcik :)

https://harianteknologi.com/

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon