Walaupun Saidina Ali k.wh. terkenal dengan kesatriaannya, namun, ada pihak yang ingin membunuhnya terutama dari golongan Khawarij. Suatu ketika sekelompok orang Khawarij berkumpul untuk membincangkan nasib keluarga dan teman mereka yang telah terbunuh dalam peperangan.
Mereka berpendapat tanggungjawab atas terjadinya pertumpahan darah selama ini harus dipikul oleh tiga orang iaitu Saidina Ali k.wh., Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Ash.
Mereka menganggap tiga orang ini adalah pemimpin yang sesat. Salah seorang daripada mereka yang bernama al-Barak bin Abdullah bangun sambil berkata,
“Aku berjanji akan membunuh Muawiyah bin Abi Sufian.” Kemudian diikuti Amru bin Bakar dengan berkata,
“Aku berjanji akan membunuh Amru bin Ash.” Dan tidak ketinggalan Abdul Rahman bin Muljam juga berdiri sambil berkata,
“Aku berjanji akan membunuh Ali bin Abi Thalib.”
“Aku berjanji akan membunuh Muawiyah bin Abi Sufian.” Kemudian diikuti Amru bin Bakar dengan berkata,
“Aku berjanji akan membunuh Amru bin Ash.” Dan tidak ketinggalan Abdul Rahman bin Muljam juga berdiri sambil berkata,
“Aku berjanji akan membunuh Ali bin Abi Thalib.”
Tiga orang sahabat tersebut bersepakat untuk melaksanakan pembunuhan tersebut dalam satu malam secara serentak. Maka bergegaslah Abdul Rahman bin Muljam meninggalkan Makkah al-Mukarramah menuju ke Kuffah. Setibanya di Kuffah dia singgah di rumah salah seorang kawan lamanya. Di situ dia bertemu dengan seorang gadis bernama Qitham binti al-Akhdar. Muka gadis tersebut sungguh cantik dan menawan. Tiada gadis lain yang dapat menandingi kejelitaannya.
Bapa dan abang Qitham adalah pengikut Khawarij yang mati terbunuh dalam peperangan Nehrawan. Ketika melihat gadis tersebut, Abdul Rahman bin Muljam sangat terpegun. Dengan berterus terang dia telah melamar gadis tersebut lalu berkata,
“Apakah maskahwin yang harus aku berikan kepadamu?” Qitham tersenyum lalu berkata,
“Aku hanya inginkan empat perkara sahaja darimu.”
“Apakah empat perkara tersebut?” Abdul Rahman menyoal tak sabar.
“Pertama, wang berjumlah 3,000 Dirham. Kedua, seorang hamba lelaki. Ketiga, seorang hamba perempuan dan keempat, kesanggupanmu untuk membunuh Ali bin Abi Thalib.”
“Mengenai permintaanmu berupa wang sebanyak 3,000 Dirham, seorang hamba lelaki dan seorang hamba perempuan, aku pasti dapat memenuhinya, tetapi tentang membunuh Ali bin Abi Thalib bagaimana aku boleh melakukannya?” Abdul Rahman bin Muljam mengeluh.
“Engkau mesti mencari kelemahannya. Jika engkau dapat membunuhnya kita akan dapat bersama dan hidup aman damai” Qitham memberi semangat. Akhirnya, Abdul Rahman bin Muljam bersetuju untuk membunuh Saidina Ali k.wh..
Abdul Rahman bin Muljam, Amru bin Bakar dan al-Barak bin Abdullah bersepakat untuk membunuh mangsanya di waktu Subuh secara serentak. Amru bin Bakar tidak berkesempatan untuk membunuh mangsanya kerana Amru bin Ash secara kebetulan telah jatuh sakit. Dia tidak keluar bersembahyang Subuh di masjid. Dia telah memerintahkan Kharijah bin Huzafah supaya mengimamkan solat Subuh sebagai penggantinya. Amru bin Bakar menduga bahawa Kharijah itu adalah Amru bin Ash. Kemudian Kharijah ditikam dengan pedang. Ketika itu juga dia meninggal dunia dan Amru bin Bakar telah ditangkap lalu dibunuh.
Adapun Muawiyah yang menjadi sasaran al-Mubarak bin Abdullah telah ditetak tetapi tidak meninggal dunia kerana tetakannya hanya mengenai punggung sahaja. Al-Barak ditangkap dan di hadapkan kepada Muawiyah. Ketika al-Barak di hadapkan di depan Muawiyah dia berkata,
“Aku membawa berita baik untukmu.”
“Berita apakah itu?” Tanya Muawiyah ingin tahu. Al-Barak telah menceritakan apa yang telah dilakukan dua orang kawannya pada serentak waktu Subuh tersebut.
“Malam itu ketika tiba waktu Subuh…. Ali bin Abi Thalib akan mati dibunuh. Biarlah aku engkau tahan dahulu. Jika benar dia terbunuh, terserahlah apa yang engkau hendak lakukan terhadapku. Tetapi jika dia tidak dibunuh, akulah yang akan membunuhnya. Kemudian aku akan kembali menyerah diri kepadamu. Seterusnya terserahlah hukuman apa yang akan engkau kenakan terhadapku.”
Akhirnya, al-Barak ditahan dan setelah terdengar berita tentang terbunuhnya Saidina Ali k.wh., al-Barak dibebaskan.
Allah s.w.t. rupanya menginginkan Saidina Ali k.wh. tercedera pada waktu Subuh 19 haribulan Ramadan, tahun 40 Hijrah. Ketika Saidina Ali k.wh. menuju ke masjid, sesudah mengambil wudhu untuk solat Subuh, Abdul Rahman bin Muljam berpura-pura mengekorinya untuk bersama-sama bersembahyang jamaah.
Ketika Saidina Ali k.wh. sedang sujud dalam solat, Abdul Rahman bin Muljam telah menetak lehernya. Dia tidak dapat melarikan diri kerana Saidina Hasan dan Saidina Husain, kedua anak Saidina Ali k.wh. telah menangkapnya. Beberapa sahabat Saidina Ali k.wh. memanggil beberapa orang tabib untuk merawat lukanya yang agak parah. Seorang tabib yang bernama Atsir Ibnu Amru bin Hani juga telah merawat luka yang dialami oleh Saidina Ali k.wh.. Setelah memeriksa luka di lehernya, dengan keadaan cemas dia berkata,
“Wahai Amirul Mukminin, katakana sajalah apa yang anda hendak wasiatkan. Sesungguhnya pukulan beracun orang terkutuk tersebut telah mengenai selaput otak anda.”
“Wahai Amirul Mukminin, katakana sajalah apa yang anda hendak wasiatkan. Sesungguhnya pukulan beracun orang terkutuk tersebut telah mengenai selaput otak anda.”
Saidina Ali k.wh. tidak mengeluh. Beliau memanggil kedua orang puteranya lalu berkata,
“Saya berwasiat kepada anda berdua supaya bertakwalah kepada Allah s.w.t. Kerana sesungguhnya seksaan Allah s.w.t. itu sangat berat. Semoga Allah s.w.t. sentiasa menjaga dan memelihara anda berdua. Wahai para Ahlul-Bait, saya ucapkan selamat tinggal sebaik-baiknya kepada anda dan saya ucapkan pula Assalamualaikum Warahmatullah…. Wahai Bani Abdul Muthalib, saya tidak ingin anda semua mengambil tindakan pembalasan sehingga menumpahkan darah kaum muslimin dengan alasan Amirul Mukminin meninggal dibunuh. Janganlah anda membunuh orang selain orang yang membunuhku. Ingatlah jika saya meninggal kerana tetakan ini, bunuhlah orang yang menetakku dengan tetakan yang sama. Janganlah sampai anda mencincang lumat orang tersebut.”
Tidak lama kemudian dengan air mata berkaca sebak, Saidina Ali k.wh. menoleh kepada orang sekitarnya lalu berkata,
“Semalam saya adalah sahabat anda. Hari ini saya adalah contoh yang selalu mengingatkan anda dan esok saya akan berpisah meninggalkan anda. Semoga Allah s.w.t. mengampuni dosaku dan dosa anda semua.”
“Semalam saya adalah sahabat anda. Hari ini saya adalah contoh yang selalu mengingatkan anda dan esok saya akan berpisah meninggalkan anda. Semoga Allah s.w.t. mengampuni dosaku dan dosa anda semua.”
3 comments
Write commentsSedih. Itulah kuatnya peranan dendam. Semoga Allah sucikan hati kita dari sifat mazmumah ini.
Replyrasa tertarik dengan blog tuan ni ya. akan singgah lagi kat sini ya..
Replydah follow
Terima kasih etuza berminat dengan blog saya yang tidak seberapa ini.
ReplyTerima kasih saya ucapkan sekali lagi..
salam perkenalan..salam persahabatan
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon