Fadhilat Dan Khasiat Surah Ad-Dukhan




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atau Asap’.

Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.

Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:
Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.
Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujanditurunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;

44:10
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat).(Ad-Dukhan; Ayat:10)

Suasana Alam Akhirat


Suasana alam akhirat telah digambarkan seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59daripada surah Ad-Dukhan di atas. Terjemahan ayat tersebut dengan sendirinya sudahmemberikan gambaran kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti. Betapagerunnya kita dengan bekalan yang tidak seberapa dan sewajarnya dijadikan pemangkindalam beribadat kepada-Nya.

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan


Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu nerakajahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan, maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya denganmudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Malam Jumaat


1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akanmembinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).
3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
3.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan

  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
  2. Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12            – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 68-73   - Dapat membantu memenangi berhujah.

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhan bersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok difahami erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk  pembacanya.
.
.والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
May 31, 2012 at 1:46 PM delete

Insyaallah lps ni nk rajin amalkan.

Reply
avatar
June 27, 2013 at 3:50 PM delete

Surah adukhan ada 59 ayat.. tp khasiat ayat pd no.4 tu macam tersalah pula

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 27, 2013 at 5:58 PM delete

Assalammualikum...ezdiana,

terima kasih atas teguran itu... pape nanti saya rujuk balik.. k...

mselim3

Reply
avatar
June 19, 2015 at 12:57 PM delete

satu lagi yang suka saya kongsikan dan selalu saya amalkan ; selalulah sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu-bapa kita (masih hidup ataupun yang sudah pergi), setiap hari, insya-Allah, akan murah rezeki kita, dipermudahkan segala urusan kita.
alhamdulillah, memang berkesan.
yang penting, niat kena betul kerana mengharap keredhaan Allah dan untuk membalas jasa kedua ibu-bapa kita.
amalkan selalu, saya cuma berkongsi perkara yang saya dah rasa kesannya sahaja.
#blogspot:rawatankanser2013

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon