Kezuhudan Saidina Umar al-Khattab

kisah-para-sahabat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Saidina Umar al-Khattab adalah diantara 10 sahabat Rasullulah saw yang dijanjikan syurga oleh Rasullulah. Merupakan seorang sahabat Rasullulah saw yang rapat dan merupakan salah seorang Khulafah ar-Rasyidin. Beberapa lama kemudian terdapat beberapa orang sahabat termasuk Ali ra, Uthman ra, Zubair ra dan Thalhah ra mengusulkan agar kos sara hidup Umar ra ditambah. Ini kerana kos sara hidup terlalu sedikit , tetapi tidak seorang pun yang berani mengusulkan secara langsung kepada Umar ra. Akhirnya mereka menemui Hafsah ra puteri Umar ra dan juga merupakan Ummul Mukminin isteri Rasullulah saw

Akhirnya mereka menemui Hafsah ra meminta agar ia mengajukan usul yang telah disepakati tentang kos sara hidup Umar ra ditambah. Apabila usul itu diberitahu kepada Umar ra. Maka marah Umar tentang usul itu dan lalu bertanya kepada Hafsah ra puterinya itu.

Sekarang Hafsah ceritakanlah kepadaku tentang pakaian Rasullulah saw yang terbaik pernah dimiliki? 
Rasullulah saw memiliki dua pakaian berwarna kemerahan yang biasa beliau pakai pada hari jumaat atau ketika Rasullulah menemui tetamu. 
kisah-saidina-umar-al-khattab-makan-roti

Sekarang Hafsah ceritakan kepadaku makanan apakah yang terlazat atau enak yang pernah dimakan di rumah Rasullulah? 
Roti yang terbuat daripada tepung kasar lalu dicelupkan ke dalam bekas berisi minyak. Kami memakannya ketika masih panas kemudian dilipat menjadi beberapa lipatan. Pernah suatu hari saya menyapu sekerat roti dengan bekas-bekas mentega yang terdapat dalam sebuah bekas minyak yang hampir kosong. Beliau Rasullulah saw memakannya dengan penuh nikmat dan membahagi-bahagikan dengan orang lain. 

Sekarang Hafsah sebutkanlah alas tidur yang terbaik yang pernah digunakan oleh Rasullulah semasa tidur di rumah?
Sehelai kain tebal, pada musim panas kain itu dilipat empat dan pada musim dingin dilipat dua separuh digunakan untuk alas tidurnya dan separuh lagi untuk selimutnya. 

Sekarang pergilah dan katakan kepada mereka bahawa Rasullulah telah memberikan contoh kehidupan yang terbaik yang harus aku ikutinya. Perumpamaanku, adalah seperti ini, jika Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar telah menempuhi jalan yang sama dalam menuju destinasi yang sama. Jadi perlukah aku menempuhi jalan yang lain untuk sampai ke destinasi yang sama.  

Inilah contoh kehidupan yang sangat ditakuti oleh para raja pada masa itu. Namun, beliau telah menjalani kehidupan kehidupan dengan penuh kezuhudan. Pernah beliau berkhutbah di depan para sahabat dengan mengenakan kain sarung yang mempunyai 12 tampalan salah satunya kulit. Ketika itu beliau pernah terlambat solat berjemaah dengan berkata:"Maafkan saya, terlambat kerana mencuci pakaian saya terlebih dahulu ini kerana saya tidak mempunyai baju lain yang dapat saya pakai." 

Pernah suatu hari, ketika Umar ra sedang menikmati makanannya datang pelayan beliau memberitahu bahawa Utbah bin Abi Farqad ingin menemui beliau. Lalu beliau mengajaknya makan bersama. Utbah bin Farqad menerima pelawaan Saidina Umar itu lalu masuk ke dalam rumahnya. Tetapi roti yang dihidangkan adalah roti keras dan tebal sehingga menimbulkan kesulitan untuk menelannya. Lalu Utbah bin Farqad bertanya:"Mengapakah tidak menggunakan tepung yang baik untuk membuat roti? 

"Adakah semua orang islam mampu memakan roti daripada tepung yang baik?,"Jawab Saidina Umar.

"Tidak semuanya" sahut Utbah. 

"Perlukah kita menikmati semua nikmat di dunia ini,"Jawab Saidina Umar. 

Pada zaman ini memang sangat penting untuk menjaga keseimbangan dunia dan akhirat ketika orang-orang tengah disibukkan oleh kenikmatan duniawi sehingga timbul persaingan untuk mendapatkan harta. Pandangan mereka hanya tertuju kepada kebendaan mereka merasa rugi jika ada orang lain yang lebih kaya daripada mereka.    

Kisah zuhudnya Saidina Umar al-Khattab ini seharusnya kita contohi. Zuhud bukanlah bererti meminggirkan kehidupan dunia semata-mata, tetapi apa yang benar. Zuhud itu adalah kehidupan dunia ini didalam tangan dan kehidupan akhirat itu dikejar. Kehidupan ini adalah fatamorgana semata-mata...

Daripada; 
mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
January 28, 2015 at 8:29 PM delete

org di zaman ni lbg byk merungut sedangkan kehiduan yg mrk miliki lbh baik berbanding zmn rasulullah s.a.w

Reply
avatar
Tunsha Ayunie
AUTHOR
January 28, 2015 at 10:52 PM delete

Sebenarnya Sha banyak mengeluh dengan kehidupan ni... tercabar dengan kehidupan orang yang lebih baik... sepatutnya sha bersyukur dengan apa yang ada...

Assalamualaikum wbt, Mselim..
Terima kasih atas perkongsian cerita ni :)

Reply
avatar
February 2, 2015 at 10:56 PM delete

Alhamdulillah ..syukur dgn apa yg telah diberikan Allah utk kita ..Sama2 kita panjatkan rasa kesyukuran yg tak terhingg dgn nikmat kehidupan yg Allah bg utk kita..Contohi peribadi Saidina Umar ra..sesungguhnya dunia takkan kkl ..yg kkl hanyalah kehidupan di akhirat sana..terim kasih MS ats perkongsian ini..

Reply
avatar
Farina
AUTHOR
June 19, 2015 at 1:21 AM delete

hebatnya keperibadian para sahabat yang perlu kita ikuti dan contohi. sifat zuhud ni perlu ada dalam diri kita agar tiada sifat sombong dalam diri tu. islam suka kesederhanaan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon