Hafsah : Wanita Yang Dibela Jibrail Kerana Tekun Beribadat.

hafsahbintiumar


Hafshah ialah anak perempuan kepada seorang lelaki yang terbaik iaitu Saidina Umar bin Khattab. Aisyah menceritakan sifat Hafshah sama dengan sifat ayahnya dan mempunyai kelebihan kerana mempunyai kepandaian dalam membaca dan menulis yang mana kepandaian yang tidak dimiliki oleh lazimnya wanita lain masa itu. 


Sebelum menikahi Rasullulah saw dia adalah isteri kepada Khunais bin Hudzafah as-Sahami yang berjihad di jalan Allah swt pernah berhujrah ke Habsyah kemudian ke Madinah dan gugur dalam perang badar. 

Umar sangat sedih melihat anaknya telah menjadi janda pada usia yang terlalu muda. Kemudian dia pergi ke rumah Abu Bakar dan meminta Abu Bakar menikahi anaknya namun Abu Bakar hanya diam dan tidak menjawab sepatah pun. 

Kemudian Umar pergi menemui Usman bin Affan dan memintanya menikahi anak perempuannya, namun Usman masih dalam kesedihan kerana isterinya Ruqayah binti Muhammad baru sahaja meninggal dunia. Usman juga menolak permintaan Umar. Kerana terlalu sedih Umar pun pergi ke Rasullulah dengan niat mengadu kepada Rasullulah . 


Kemudian, Rasullulah saw bersabda :"Hafshah akan menikahi seorang lelaki yang lebih baik daripada Umar dan Usman dan Usman pula akan menikahi seseorang yang lebih baik daripada Hafsah." Daripada ucapan ini barulah Umar mengetahui bahawa Rasullulah yang akan meminang anak perempuannya. 


Umar berasa sangat dihormati apabila mendengar bahawa Rasullulah saw akan menikahi anak perempuannya dan kegembiraan itu jelas kelihatan pada wajahnya lalu Umar terus bertemu Abu Bakar bagi menyatakan maksud Rasullulah itu. 

Abu Bakar berkata :"Aku tidak bermaksud menolak pinanganmu dengan ucapanku tetapi aku tahu bahawa Rasullulah saw telah menyebut-nyebut nama Hafsah. Namun aku tidak mungkin memberitahu rahsia ini kepadamu. Seandainya Rasullulah saw membiarkannya tentu akulah yang akan menikahi Hafsah. " 

Barulah Umar memahami mengapa Abu Bakar menolak untuk mengahwini anak perempuannya. Manakala Usman menolak untuk mengahwini anaknya hanya kerana bersedih dengan kematian Ruqayah dan dia berniat meminang saudaranya,Ummu Kaltsum yang membuatkan nasabnya dapat terus bersambung dengan Rasullulah saw. 

Setelah Usman menikahi Ummu Kaltsum , dia mendapat gelaran "Zunnuraini (pemilik dua cahaya). Inilah maksud ucapan Rasullulah saw bahawa Usman akan menikahi orang yang lebih baik daripada Hafsah.

Di rumah Rasullulah saw, Hafsah tidur di dalam bilik khas, sama dengan Saudah dan Aisyah . Secara fitrah Aisyah sangat mencemburui Hafsah kerana mereka sebaya. Berbeza dengan Saudah binti Zam'ah yang menganggap Hafsah sebagai wanita mulia , anak perempuan kepada Umar bin Khattab sahabat Rasullulah saw yang mulia. 

Umar berpesan kepada anaknya agar berusaha agar dekat dengan Aisyah dan mencintainya kerana Umar mengetahu bahawa kedudukan Aisyah sangat tinggi di hati Rasullulah saw . Orang yang redha terhadap Aisyah bererti redha terhadap Rasullulah saw. 
Selain itu, Umar juga mengingatkan agar Hafsah menjaga tindak tanduknya supaya antara mereka tidak terjadi perselisihan. Namun, sememangnya menjadi fitrah manusia jika antara mereka terjadi salah faham biasanya berpunca perasaan cemburu. 

Salah satu contohnya adalah kejadian ketika Hafsah melihat al-Qibtiah datang menemui Rasullulah saw menyuruhnya suatu urusan. Mariah berada jauh dari masjid dan Rasullulah saw menyuruhnya masuk ke dalam rumah Hafsah yang ketika itu pergi ke rumah ayahnya. Dia melihat tabir pintu biliknya tertutup sementara Rasullulah dan Mariah berada di dalamnya. Melihat kejadian itu , amarah Hafsah meledak. 

Hafsah menangis dengan bercampur perasaan marah. Rasullulah saw berusaha memujuk dan meredakan kemarahan Hafsah, bahkan Baginda bersumpah mengharamkan Mariah baginya jika Marih tidak meminta maaf kepada Hafsah dan Nabi meminta merahsiakan kejadian tersebut. 

Sesuatu yang wajar jika isteri-isteri Rasullulah saw berasa cemburu terhadap Mariah kerana dialah satu-satunya wanita yang melahirkan anak lelaki Rasullulah saw selepas khadijah ra. Berita kejadian itu segera tersebar padahal Rasullulah saw telah memerintahkan untuk menutup rahsia tersebut. Berita ini, akhirnya diketahui oleh Rasullulah sehingga membuatkan Rasullulah saw marah. 

Rasullulah saw mahu menceraikan Hafsah tetapi Jibrail datang menemui Rasullulah saw supaya mempertahankan Hafsah sebagai isterinya kerana dia merupakan wanita yang berpendirian teguh. 

Rasullulah saw mempertahankan Hafsah sebagai isterinya kerana Hafsah sangat menyesal atas perbuatannya yang membuka rahsia sehingga membuat Rasullulah saw marah. 

Umar bin Khattab mengingatkan kembali anaknya agar tidak membangkitkan kemarahan Rasullulah dan sentiasa mentaati dan mencari keredhaan Baginda. Hafsah memperbanyakkan ibadah terutama pada bulan ramadan dan solat malam. Kebiasaannya itu terus berlarutan sehingga Rasullulah saw wafat. 

Antara karya terbesar Hafsah dalam sejarah islam adalah terkumpulnya al-Quran di tangannya setelah mengalami penghapusan. Dialah isteri Nabi saw yang pertama menyimpan al-
Quran dalam bentuk tulisan pada kulit, tulang, dan pelepah kurma sehingga kemudian menjadi sebuah kitab yang sangat agung. 

Mushaf al-Quran yang asli itu berada di rumah Hafsah sehingga dia meninggal dunia. 
saidinahafsah

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Hafsah meninggal dunia pada tahun ke 47 pada zaman Muawiyyah bin Abu Sufyan. Dia dimakamkan di perkuburan Baqi bersebelah dengan makam isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. 

Sumber : 100 tokoh wanita di sisi Rasulullah
Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
February 5, 2014 at 2:53 PM delete

Salam mSelim, alangkah bertuah insan yang dijaga Malaikat..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
February 5, 2014 at 5:11 PM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah.. insan yg tergolong dikalangan org2 yg bertuah.. Allahuakbar..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 5, 2014 at 5:14 PM delete

wanita pertama yg menyimpan ayat2 Al-quran...
perkongsian yang berguna bro muslim, :)

Reply
avatar
February 5, 2014 at 8:28 PM delete

allhuakbar begitu beruntung sekali ^_^ moga kita dapat jadi seperti itu.. berusaha membaiki diri

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
February 5, 2014 at 8:48 PM delete

Salam Rabu MS..Thanks for sharing..Bertuah empunya badan di jaga malaikat!!

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
February 6, 2014 at 7:47 AM delete

assalam,

subhanallah..
inilahsalah seorang bidadari syurgalah ni...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 6, 2014 at 10:45 AM delete

nice sharing...bru taw cerita Hafsah ne :)
sllu dgr sal Saiditina Khadijah dan Aisyahja :)

Reply
avatar
Linda
AUTHOR
February 6, 2014 at 1:11 PM delete

Salam ukhwah, saya follow sini ;)

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
February 6, 2014 at 6:49 PM delete

Subhanallah... sama2 mcontohinya

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
February 6, 2014 at 9:21 PM delete

Adakah lagi wanita yg dibela jibrail? Wallahualam...tapi inilah contoh insan terpilih.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 6, 2014 at 11:13 PM delete

subhanallah . ayat quran ditulis pada tulang ...

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
February 7, 2014 at 10:25 AM delete

Mahasuci Allah.. pelbagai perasaan bermain dibenak sehabis membaca entry ini.. cemburu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan, walau siapa pun dia, melainkan mereka yang benar-benar bertawakal kepada Allah.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 7, 2014 at 12:24 PM delete

Subhanallah... mulianya Hafsah sehingga dibela oleh malaikat...

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
February 7, 2014 at 1:07 PM delete

salam mselim3,
sgt bertuah kan dijaga malaikat..thanks share mselim.. :)

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
February 7, 2014 at 3:17 PM delete

menarik perkongsian ini...satu contoh wanita yang terpilih

Reply
avatar
THE AUTHOR
AUTHOR
February 7, 2014 at 10:53 PM delete

perkongsian yang baik....

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 8, 2014 at 11:46 PM delete

Assalamualaikum, kisah yang menarik dan memberi banyak pedoman kepada kita sebagai umat islam.

Reply
avatar
February 9, 2014 at 8:36 AM delete

Allahuakbar, semoga kita juga turut tergolong dalam golongan itu, sekiranya.... kita berusaha untuk ke arah itu...

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
February 9, 2014 at 9:29 AM delete

assalam,

bunda singgah hujung minggu...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 11, 2014 at 4:07 PM delete

kita kena perbaiki diri ari hari ke hari .. betapa hinanya diri ini di pandangan Allah .. :'(

Reply
avatar
February 12, 2014 at 9:52 AM delete

pernah juga baca kisah hafsah ini dulu-dulu, tapi sudahn hampir lupa. Mujur ada yg sudi terbitkan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon