Kisah Istana Saidina Umar Al-Khattab

umar-bin-al-khattab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pada satu hari ada seorang Yahudi daripada Mesir baru sahaja tiba di Madinah. Apabila sampai di Madinah si Yahudi itu bertanya dengan seorang lelaki di mana letaknya istana Khalifah atas sesuatu urusan. Maka lelaki itu memberitahu lepas zohor nanti beliau akan berjumpa dengan khalifah duduk berehat di depan masjid di bawah batang kurma. 

Si Yahudi terbayangkan istana akan keindahan istana khalifah difikirannya. Namun begitu apa yang difikirkan olehnya ternyata salah sama sekali. Dia bingung dan pelik apa yang dilihatnya, ternyata tempat yang ditunjukkan lelaki itu tidak ada satu pun bangunan megah yang mirip istana. Apa yang dilihatnya hanya sebatang pohon kurma di bawah pohon kurma ada seorang lelaki berjubah kusam yang sedang bersandar yang kelihatannya memejamkan mata sambil berzikir-zikir. Si Yahudi itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali mendekati lelaki tersebut. 

"Maaf saya ingin bertemu dengan Umar bin Al-Khattab?" tanya lelaki Yahudi itu. 

"Akulah Umar bin Al-Khattab" jawab lelaki itu seraya bangun berdiri. 

Si Yahudi itu terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya lalu bertanya lagi. 

"Saya maksudkan Umar, Khalifah yang memerintah negeri ini." jawab si Yahudi dengan tegas. 

"Ya akulah Umar yang memerintah negeri ini,"jawab Umar Al-Khattab dengan tegas juga. 

Si Yahudi tadi termenung sebentar memikirkan apa yang dilihatnya jauh berbeza dengan para rahib dan rajanya yang hidup serba mewah dengan kekayaan yang melimpah ruah. Dia sungguh tidak menyangka bahawa ada pemimpin islam yang beralaskan sehelai tikar dibawah pohon kurma berlantaikan langit di tengah-tengah kemewahan rakyat yang hidup makmur dan bahagia. 

"Dimanakah istana tuan,"tanya si Yahudi itu lagi. 

"Rumahku terletak di sudut jalan itu, rumah ketiga yang terakhir."jawab Umar ra.

"Adakah rumah yang kecil dan kusam itu rumah tuan?"tanya si Yahudi lagi.

"Ya itu adalah rumahku, tetapi istanaku adalah di hati yang tenang dan tenteram beribadah kepada Allah,"jawab Umar ra. 


Si Yahudi yang pada mula-mulanya merasakan seolah-olah dipermainkan itu berasa sungguh terharu kerana zuhudnya kehidupan Saidina Umar ra. Seorang khalifah islam yang mempunyai empayar yang besar tetapi mempunyai hati yang cukup tawaduk. Ini membuatkan si Yahudi itu benar-benar tersentuh hati lalu memeluk islam. Dia kemudian menangis dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Saidina Umar ra, seorang Khalifah atau pemimpin yang mempunyai kehalusan budi pekerti, tawaduk dan zuhud dari kenikmatan dunia yang hanya bersifat sementara. 

mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
January 29, 2015 at 6:29 PM delete

pemimpin zmn sekarang jauh panggang dari api ...

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
January 29, 2015 at 7:05 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Alangkah bahagianya jika para pemimpin kita punyai istana 'sehebat' Saidina Umar itu..

Reply
avatar
January 29, 2015 at 9:16 PM delete

kalau kita tunduk pada dunia... dunia ini akan mengagahi kita... kalau kita gagah kepada dunia...dunia ini akan tunduk kepada kita...

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
January 30, 2015 at 10:40 AM delete

Walaikumsalam warahmatullah.. sungguh tersentuh hati Nurul membaca entry ini Mselim..

Reply
avatar
el
AUTHOR
January 30, 2015 at 11:15 AM delete

Masyallah..hebat2 khalifah umar ni
Semoga pemimpin2 kita pun menjadi spertinya amin

Reply
avatar
Fadzi Razak
AUTHOR
January 30, 2015 at 5:03 PM delete

Berbeza sungguh pemimpin sekarang dengan pemimpin dulu.

Salam singgah dari follower #1218

Reply
avatar
January 31, 2015 at 9:46 PM delete

perkongsian yang menarik

Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

Reply
avatar
February 2, 2015 at 10:53 PM delete

Sangat2 meninggalkan kesan bil baca kisah Saidina Umar Al Khattab ini..seorang sahabat kpd rasulullah..seorang pemimpin hebat pd zaman rasulullah saw sanggup meninggalkan segala kekayaan dunia demi islam..subhanallah maha suci Allah..klau laa zaman kita sekarang ni ada pemimpin spt saidina umar nescaya rakyat negara kita akan hdup aman damai ..

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
February 5, 2015 at 12:33 AM delete

itu sebaik-baiknya ciri pemimpin yang kita nak..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon