Dunia Ini Adalah Fatamorgana .

fatamorgana


Pernahkah kita mendengar lagu dendangan Kumpulan Hijjaz suatu masa dahulu berkenaan dengan "Fatamorgana". Tahukah apa itu "Fatamorgana". 


Fatamorgana merupakan sebuah fenomena di mana optik yang biasanya terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir atau padang es. Fatamorgana adalah pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeda, sehingga bisa membuat sesuatu yang tidak ada menjadi seolah ada. Fenomena ini biasa dijumpai di tempat panas dan Gunung Brocken di Jerman

Seringkali di gurun pasir, fatamorgana menyerupai danau atau air atau kota. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin. Kata 'Fatamorgana' adalah nama saudari Raja Arthur, Faye le Morgana, seorang peri yang bisa berubah-ubah rupa.

Sebenarnya bukanlah tajuk utama untuk menceritakan perihal fatamorgana ini tetapi adalah untuk mengaitkan kehidupan kita dalam seharian. Kehidupan kita yang singkat ini kita sering terperdaya dengan indahnya dunia ini seolah-olah kita akan hidup buat selama-lamanya. Ingatlah dunia yang fana ini pasti akan kita tinggalkan esoknya atau lusa. Apakah yang kita banggakan kehidupan yang sementara ini. 

Kita andaikan dunia ini adalah fatamorgana yang kononnya tempat kita cari atau tempat yang kita sangkakan air tadi, tapi adabila kita pergi ke tempat air itu ternyata tiada air yang disangka-sangkakan itu. Begitulah kehidupan ini kita menyangka bahawa dunia ini sungguh nikmat dan kita sering terlupa akan "bekalan" yang perlu kita bahawa untuk bertemu denganNya. 

Silau dunia ini memang mudah membuatkan kita lupa dan alpa dalam menyukuri setiap nikmat dan rezeki yang diberikanNya kepada kita. Apakah yang kita banggakan, Adakah kita mempunyai kereta yang besar?Rumah yang mewah? Atau isteri yang cantik?.Sesungguhnya semua ini adalah perhiasan dan bila-bila masa sahaja boleh diambil olehNya. Sesungguhnya dunia ini pasti kita akan tinggalkan dan semuanya yang kita banggakan pasti akan kita tinggalkan. 
Dunia ini adalah perhiasan dan secantik-cantik perhiasan adalah isteri yang solehah. Serta ingatlah bahawasanya : 
apabilamatianakadam

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputuslah ia semua hal kecuali tiga perkara itu; sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendokannya.

surahalankabutayat57
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
~surah al-ankabut ayat 57~

Ini kerana mati itu adalah pasti, lambat atau cepat kita pasti akan datang menemui Allah dan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dilakukan di dunia ini. 

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku, dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku, serta perbaiki akhiratku yang merupakan kembaliku (selamanya), jadikanlah masa hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan. 

pls: Entry ini adalah untuk ingatan mselim3 sendiri. Maaf andai ada menyinggung perasaan sesiapa. Tidak ada niat apa-apa hanya untuk ingatan diri ini yang kekadang sering lupa dan perlu diingatkan. 

Previous
Next Post »

18 comments

Write comments
Khir Khalid
AUTHOR
March 23, 2014 at 1:09 PM delete

Assalam MSelim3;
T kasih atas peringatan ini... semoga kita semua ttp berada diatas jln yg lurus & dikasihi Allah sentiasa... aamiin..

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
March 23, 2014 at 1:25 PM delete

Nice sharing...peringatan utk diri sendiri...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
March 23, 2014 at 1:54 PM delete

terima kasih ats pongsian..
bguus untuk pringatan kita bersama..
mnabung :P

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 23, 2014 at 4:31 PM delete

aaamin . peringatan yg bermanfaat dihujung minggu .

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
March 23, 2014 at 5:05 PM delete

assalam,

Sebagai ingatan untuk diri bunda juga...sama2lah kira saling berpesan2 dan saling ingat mengingati atas perkara yang baik2 ...

INsyaAllah...

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
March 23, 2014 at 7:14 PM delete

terima kasih kerana mengingatkan aiza juga.. selamat berhujung minggu mselim.. :D

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 23, 2014 at 10:17 PM delete

tiada apa yg kekal dalam dunia ni.. "dakwat kekal" pun x kekal.. hehehe

Reply
avatar
March 24, 2014 at 12:27 AM delete

dunia hanya persinggahan sementara kita.. terima kasih peringatannya

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
March 24, 2014 at 9:20 AM delete

Walaupun dunia ini tempat persinggahan yang sementara sahaja, masih ramai lagi yang leka dan alpa dengan godaan fatamorgana di dunia ini hingga melupakan dunia akhirat yang kekal abadi.

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
March 24, 2014 at 11:25 AM delete

terima kasih mengingatkan puteri...agar tidak terus leka dengan dunia yang hanya persinggahan

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
March 24, 2014 at 2:49 PM delete

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah..

teringat lirik Lagu tu..perkongsian yg sgt2 bermanfaat mselim..

Reply
avatar
Linda
AUTHOR
March 24, 2014 at 4:20 PM delete

Betul tu...hanya fatamorgana...

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
March 24, 2014 at 9:23 PM delete

Salam,
Memang terasalah mselim, terasa betapa diri ini selalu lalai dan terlupa, terima ksih kerana memberi ingatan ini. Inilah peranan sahabat, saling mengingati dan sentiasa membimbing kearah jalan yang lurus dan benar.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 24, 2014 at 10:21 PM delete

Salam...
Ameen..! TK atas peringatan bermanfaat ini...

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
March 25, 2014 at 8:46 PM delete

datang singgah menabung sini..

Reply
avatar
March 28, 2014 at 9:59 AM delete

dunia penuh dengan perkara yang melalaikan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon