WALI SONGO (WALI SEMBILAN)

walisongo


Dalam sejarah perkembangan agama islam di Indonesia atau ditanah jawa , khususnya nama wali songo ( wali sembilan ) sangat terkenal di seluruh dunia dunia Melayu . Kisah Karamah sembilan wali ini begitu termahsur di Jawa hingga ramai penulis yang taksub telah merebut kesempatan menambah-nambah riwayat hidup mereka yang luar biasa sehingga akhirnya begitu sukar untuk membezakan mana yang fakta dan mana yang dongeng . 



Tetapi suatu hal yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun ialah bahawa sembilan orang Wali itu berjasa besar dalam kegiatan dakwah hingga akhirnya agama Islam tersebar luas ke seluruh Pulau Jawa . 
Bahkan berkat kegigihan mereka dan Karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka beberapa buah kerajaan Islam dapat ditegakkan di seluruh Jawa, hingga akhirnya kerajaan Hindu Majapahit yang gagah perkasa itu dapat ditundukkan . 

Kejayaan cemerlang itu memang luar biasa sekali, menimbang bahawa kesemua Wali Songo itu asalnya adalah para mubaligh dan pendatang baru yang berasal dari luar alam melayu, sedangkan kekuasaan Majapahit telah bertunjang umbi di sana sekian lama . 
Dan berkat kegigihan dan karamah mereka itulah pada hari ini Islam menjadi agama majoriti penduduk Indonesia yang berjumlah lebih 150 juta . 

Oleh kerana begitu sukar sekarang untuk memisahkan kisah benar daripada dogeng mengenai Karamah sembilan Wali itu , berikut dirakamkan secara ringkas hanya fakta peribadi mereka dan peranan yang mereka mainkan sehingga agama Islam tersebar luas di Jawa dan seluruh kepulauan Melayu Umumnya .

Jika al-Quran itu diakui sebagai mukjizat Nabi Muhammad saw yang terbesar dan abadi, maka keislaman hampir seluruh penduduk Indonesia sekarang adalah hasil dari jihad yang diperjuangkan oleh para Wali Songo itu sejak lebih lapan abad yang lalu dan berkat Karamah serta jasa para mubaligh lain yang sezaman dengan mereka . 

Seperti telah dibuktikan oleh sejarah bahawa Islam sudah datang ke kepulauan Melayu sejak tahun 495 Hijriyah atau tahun 1101 Masihi. 


Tetapi permulaan usaha dakwah secara besar-besaran dan penglibatan Wali Songo secara langsung dalam kancah dakwah disana mungkin bermula agak lewat sedikit kerana tulisan di perkuburan Maulana Malik Ibrahim di Geresik di catat tahun 1419 masihi atau tahun 882 hiriyah


1- Maulana Malik Ibrahim 
2- Raden Rahmat ( Sunan Ngampel)
3- Makhdum Ibrahim ( Sunan Bonang ) 
4- Masih Maunat ( Sunan Drajat ) 
5- Raden Paku ( Sunan Giri ) 
6- Muhammad Said ( Sunan Kali Jaga ) 
7- Syeikh Jaafar Sadiq ( Sunan Kudus ) 
8- Sunan Bayat 
9- Sunan Gunung Jati 

Petikan : 
Buku "Siapa Wali" 
Halaman 130-139 
Mustaffa Suhaimi
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
August 13, 2012 at 2:40 PM delete

Owhh baru M tau...sebelum ni dengaq gitu2 ja pasai wali songo

Reply
avatar
December 2, 2013 at 3:43 AM delete

HEBAT perjuangan wali songo ini. nanti Tuan boleh kongsikan juga bagaimana Wali Songo mengendalikan Sheikh Siti Jenar

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
December 2, 2013 at 4:38 PM delete

lama sudah sy ingin tahu berkenaan wali songo ini...cuma sblm ni hanya melihat lakaran gambar sahaja...tanpa niat utk mengenali mereka tersebut secara ilmiah...sy cuba susuri entri anda . t. kasih M.selim.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon