Masih Maunat ialah putera kedua Raden Rahmat dan adinda Makhdum Ibrahim yang juga menerima ilmu agama daripada ayahnya sendiri.
Raden Rahmat yang bergelar Sunan Ngampek itu melihat dari awal bahawa Masih Maunat mempunyai otak yang amat cerdas hingga beliau dapat menguasai segala ilmu yang diajarkan kepadanya dengan mudah.
Melihatkan kecerdasannya yang luar biasa itu, Sunan Ngampel pun memutuskan untuk mengirimkan Masih Maunat ke daerah Sedayu kerana Sedayu memohon seorang guru yang alim sedangkan Raden Rahmat keberatan untuk pergi meninggalkan Ngampel.
Masih Maunat pun bekerjalah menyebarkan ilmu agama kepada penduduk di Sedayu hingga beliau mempunyai ramai muridnya sendiri .
Beliau sangat disegani kerana alimnya dan dimuliakan oleh rakyat di Sedayu dan di wilayah sekitarnya hingga beliau mendapat gelaran Sunan Drajat .
Petikan :Buku"Siapa Wali"
Halaman 134
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon