Raden Paku adalah putera kepada sahabat karib Raden Rahmat, iaitu Syeikh Ishak atau Maulana Ishak yang telah memberi banyak pertolongan kepada Raden Rahmat dalam jihadnya menyebarkan agama islam di Ngampel.
Sementara Raden Rahmat meneruskan dakwahnya di sekitar Ngampel , Maulana Ishak diminta pergi ke Balambang kerana ada orang di sana yang sudah masuk islam dan memerlukan seorang guru untuk mengajar mereka mengenai hal ehwal agama islam.
Sedang Syeikh Ishak mengajar di sana, beliau dipanggil mengadap oleh raja Balambangan dan meminta beliau mengubati penyakit puterinya sehingga puterinya itu sembuh.
Raja pun mengahwinkan Syeikh Ishak dengan puterinya yang telah memeluk agama islam , dan mereka mendapat anak yang diberi nama Ainul Yaqin.
Pengaruh Syeikh Ishak semakin meluas di Balambangan sehingga timbullah rasa cemburu di hati Raja , hingga diusirnya Syeikh Ishak keluar negeri itu supaya pengaruhnya sendiri tidak tergugat di kalangan rakyat yang masih beragama Hindu.
Isteri Syeikh Ishak yang muslimah itu dilarang oleh Raja mengikuti suaminya . Maka timbul kebimbangan di hari puteri itu bahawa anaknya itu kelak akan dibesarkan dalam agama Hindu , lalu diserahkan anak itu kepada seorang ibu angkat muslimah di Geresik supaya ia dididik dengan didikan islam yang sempurna.
Si ibu angkat itu kemudian menyerahkan pula anak itu kepada Sunan Ngampel supaya diberikan pelajaran agama ketika dia berumur 12 tahun.
Sunan Ngampel kemudian mengirim Ainul Yaqin ke Mekah bersama Makhdum Ibrahim untuk mendalami ilmu agama hingga keduanya menjadi alim.
Sementara Makhdum Ibrahim berdakwah di Bonang , Ainul Yaqin menyebar agama islam di sebuah perkampungan di puncak sebuah bukit di Geresik bernama Bukit Giri. Akhirnya beliau mendapat gelaran Sunan Giri.
Raden Rahmat mengambil Raden Paku sebagai menantunya. Bila Raden Rahmat (Sunan Ngampel) itu wafat , Ainul Yakin bergelar Raden Paku atau Sunan Giri itu mengambil alih tugas ayah mertuanya sebagai guru besar bagi masyarakat islam di Geresik dan Ngampel .
Petikan :
Buku "Siapa Wali"
Halaman 134-135
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon