Raden Rahmat ini lebih terkenal dengan panggilan Sunan Ngampel kerana Ngampel ialah nama tempat beliau mengajar dan menyebarkan agama islam kepada orang tempatan .
Beliau dipercayai dari keturunan Arab . Ayahnya ialah seorang pendakwah dari tanah arab yang dipercayai datang ke Aceh . Dikatakan juga bahawa ibunya ialah adik kandung Puteri Champa yang berkahwin dengan Angkawijaya Raja Majapahit .
Raden Rahmat telah dikirim oleh datuknya ke Jawa . Tujuan pemergian itu tidak jelas , tetapi dalam perjalanannya ke Jawa itu beliau singgah di Palembang .
Beliau dikatakan mentap hanya dua bulan di Palembang tetapi berjaya memujuk Adipati ( Wakil ) Majapahit di Palembang yang bernama Aria Damar , memeluk islam agama islam . Keislaman Adipati dirahsiakan .
Ini adalah suatu kejayaan besar yang dianggap luar biasa , kerana bukan mudah untuk memujuk seorang Adipati Hindu kepada Islam dalam masa dua bulan sahaja . Kejayaan ini dipercayai adalah berkat Karamahnya .
Raden Rahmat Kemudian meneruskan perjalanannya ke Jawa . Kedatangannya disambut baik oleh Bupati Tuban yang telah memeluk islam . Beliau kemudian dikahwinkan dengan Puteri Bupati bernama Nyi Ageng Manila . Dari perkahwinan ini mereka beroleh dua orang putera .
Anaknya yang tua bernama Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) . Seorang lagi puteranya bernama Masih Ma'unat (Sunan Drajat) .Raden Rahmat memilih kampung Ngampel , sebuah perkampungan orang Arab di Surabaya sebagai pusat penyebaran dakwahnya sehingga beliau diberi gelara Sunan Ngampel .
Dari Ngampel beliau membuat hubungan dengan Majapahit . Dengan ditemani oleh seorang sahabatnya bernama Maulana Ishak, Raden Rahmat berjaya mengadap Batara (Raja) yang bersedia mendengar penjelasannya mengenai agama islam .
Batara (Raja) memang tertarik dengan penerangan kedua-dua pendakwah itu tetapi belum berhasrat untuk membuang agama yang diwarisi dari nenek moyangnya , Shiwa Budha .
Sebagai tanda simpati kepada mereka , baginda telah mengisytiharkan bahawa baginda tidak menghalang rakyatnya memeluk islam . Bahkan baginda membenarkan Raden Rahmat meneruskan dakwahnya dari Ampel hingga agama islam tersebar luas ke Madura .
Raden Rahmat kemudian melantik Syeikh Husin sebagai Khalifahnya di Madura .
Berbagai tanda Karamahnya dicatatkan dalam kisah kegiatan dakwah Sunan Ngampel , tetapi Karamahnya yang terbesar dan abadi ialah kebolehnya menyebarkan agama islam dengan cepat di Majapahit .
Bekat usahanya juga , para mubaligh yang datang sesudahnya tidak lagi harus menempuh cabaran besar untuk mengislamkan seluruh Jawa .
Sunan Ngampel wafat pada tahun 1481 dan dimakamkan di Ngampel, Surabaya .
Petikan :
Buku "Siapa Wali"
Halaman 132-133
Mustaffa Suhaimi
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon