MAKHDUM IBRAHIM (SUNAN BONANG)

sunanbonang


Makhdum Ibrahim ( Sunan Bonang ) ialah anak lelaki Raden Rahmat ( Sunan Ngampel ) yang tua hasil perkahwinannya dengan  Nyi Ageng Manila, puteri Bupati Tuban yang telah memeluk agama Islam. 

Makhdum Ibrahim menerima pelajaran agama Islam daripada ayahnya sendiri Raden Rahmat ( Sunan Ngampel ) yang telah menumpahkan segala ilmunya kepada puteranya itu, hingga arus penyebaran Islam bertambah deras dan lebih ramai rakyat mendapat manfaatnya . 


Kemudiannya, dikirimnya pula Makhdum Ibrahim ke Makkah bersama putera sahabatnya Maulana Ishak yang bergelar Raden Paku , untuk mendalami ilmu agama . 


sonanbonang

Pulangnya dari Makkah , Makhdum Ibrahim meneruskan jihad ayahnya hingga beliau dikenal dengan gelaran Sunan Bonang . 
Gelarab itu diberikan kepadanya kerana beliau telah memilih Bonang , yang letaknya tidak jauh dari Toban sebagai pusat dakwahnya .

Petikan : 
Buku "Siapa Wali" 
Halaman 133-134
Mustaffa Suhaimi    
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon