Pada masa Nabi Muhammad saw hidup tidak timbul perselisihan pendapat dikalangan umat islam kerana boleh merujuk terus kepada baginda . Tetapi setelah baginda wafat pada 2 Rabiul Awal tahun 11 hijrah atau 8 Jun 632 M, maka wujud perbezaan pendapat di kalangan umat islam .
Akibat perbezaan itu maka tercetuslah perang Jamal dan perang Sifin yang mengorbankan ramai umat islam . Ekoran itu wujud kaum Syiah dan Khawarij . Kemudian muncul pula fahaman Muktazilah yang diketuai Washil bin Athak dan Umar bin Ubeid . kemudian muncul pula fahaman Qadariyah dan Jabariyah .
Akhirnya muncul pula fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang diketuai Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al Maturidi .
Di bawah ini dinyatakan perbezaan fahaman-fahaman tersebut :
1- Kaum Syiah - kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina Ali bin Abi Talib . Malah dikatakan mereka tidak mengakui Khalifah Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab dan Uthman Affan . Namun fahaman syiah juga berpecah kepada 22 aliran .
2- Kaum Khawarij - kaum yang sangat membenci Saidina Ali bin Abi Talib malah ada yang mengafirkannya. Mereka sanggup membunuh Saidina Ali bin Abi Talib dan keluarganya . Mereka tidak sependapat dan berpecah kepada 20 aliran .
3- Kaum Muktazilah - kaum yang berfahaman bahawa tuhan tidak mempunyai sifat . Kerana itu manusia berkuasa ke atas dirinya sendiri . Baik dan buruk bergantung kepada pilihan sendiri . Mereka berpendapat manusia tidak boleh melihat tuhan walaupun di dalam syurga . Mereka berpendapat syurga dan neraka berserta penghuninya tidak kekal . Israk dan Mikraj Nabi Muhammad saw berlaku dengan roh sahaja . Fahaman Muktazilah juga berpecah kepada 20 aliran .
4- Kaum Murjiah - mereka berpendapat sesiapa yang sudah masuk islam dan beriman jika melakukan maksiat tetap masuk syurga seperti orang kafir yang membuat kebajikan tetap masuk neraka .
5- Kaum Najariyah - mereka berpendapat manusia melakukan sesuatu perbuatan sudah ditentukan tuhan . Mereka juga menyatakan sifat tidak ada .
6- Kaum Jabariyah - mereka berpendapat untung nasib setiap manusia sudah ditentukan sejaka azali lagi . Manusia tidak mempunyai daya dan upaya untuk mengubahnya . Contohnya seseorang itu sudah ditentukan tempatnya di Syurga .
7- Kaum Musyabbihah - mereka berpendapat tuhan juga bersifat seperti manusia , ada tangan, mata, kaki, duduk di atas kursi dan sering turun naik antara langit dan bumi .
Petikan :
Buku "Imam-Imam Yang Benar"
1 comments:
Write commentsitulah manusia..hehhe
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon