Munafik Dari Segi Bahasa,Orang yang menyembunyikan perkara dan maksud sebenar . Dari Segi Syarak,Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikan nya di dalam hati .
Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran islam dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini .
TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK :
1- Iman Tidak Tetap dan Tidak Teguh .
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah arah angin . Orang yang tidak teguh imannya sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan . Mereka sangat mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan persekitaran .
2- Tindak-Tanduk Yang Sentiasa Berubah .
orang munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon hebat . Ketika dia bersama orang yang sedang beribadat, dia akan turut sama melakukan ibadat tersebut walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya . Sebaliknya yang terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak, dia akan mengikut kata hatinya dengan tidak melakukan amal ibadat .
3- Tidak Tetap Kata .
Dia sentiasa mengubah pendiriannya . Sewaktu bersama dengan orang Mukmin lainnya dia memuji-muji islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang orang mukmin secara senyao dia meghina islam .
4- Sentiasa Mengharapkan Kebaikannya Dibalas .
Jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa, dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit dan pangkat .
5- Jiwanya Tidak Tenteram .
Dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura-pura di hadapan orang ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya .
6-Menjadikan Dunia Sebagai Matlamat Hidup .
Mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan . Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos dan khayalan .
"Bayangkanlah betapa hinanya jika tergolong dalam golongan munafik ini kerana segalanya penuh dengan kepura-puraan . Lagi pula , balasan di akhirat amat berat."
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan paling bawah sekali di dalam neraka . ( Surah An-Nisa ayat 145 )
Petikan :
Buku "Indahnya Hidup Bersyariat"
Halaman 21-22
Dato' Ismail Kamus
5 comments
Write commentsbw and follow here :) nice blog
ReplyAssalamu'alaikum Akhi..bersama ini saya ambilkan ayat-ayat Al-Qur'an yang berbicara tentang tanda-tanda kemunafikan.
ReplyTanda-tanda munafik:
1.QS.2:8
2.QS.2:11
3.QS.2:205
4.QS.2:205
5.QS.2:206
6.QS.4:81
7,QS.9:56
8.QS.9:74
9.QS.63:2
10.QS.58:16
11.QS.63:4
12.QS2:14
13.QS.2:14
15.QS.9:65
16.QS.4:141
17.QS.4:142
18.QS.4:143
19.QS.4.60-61
20.QS.63:2
22.QS.9:67
23.QS.9:86
24.QS.8:49
25.QS.4:138-139
26.QS.59:11
27.QS.5:51-52
28.QS.47: 26 dan 29
29.QS.9:64
30.QS.9:54
31.QS.59:16
32.QS.33:60
33.QS.4:77
34.QS.58:14 dan QS.5:52
35.4:72-73 dan QS.3:120
36.3:119
37.QS.9:107
38.QS.9:47-48
39.QS.47:28-29
40.QS.9.56-58
41.QS.9:79
Sikap kita terhadap orang munafik.
1.QS.9:73
2.QS.4:63
3.QS.68:8
4.QS.9:83 dan QS.9: 94 , 96
5.QS.9:80
6.QS.9:84
demikian moga bermanfaat, selamat menjalankan ibadah puasa ,
10 hari akhir bulan ramadhan kita berdo'a kepada Allah SWT agar jauh dari neraka dan mohon dimasukkan kedalam sorga
huh.semoga kite jauhhh jauhh mnjauhii sifat2 munafiq!
Replysemoga kita terhindar dari sifat munafik itu..amin.. :) trime kseh sudi singgah ke blog hanna hari tu..huhu
Replyterima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.. :)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon