Ummu Zlayyadh Berjuang di Jalan Allah

wanitadisisirasullulah

Disebalik kejayaan Rasullulah saw dan para sahabat ada para pejuang wanita yang menyokong perjuangan Rasullulah dalam mempertahankan agama islam yang dicintai ini. Dia salah seorang pejuang wanita yang menyertai perajurit muslim dalam perang Khaibar. Riwayatnya dikeluarkan oleh Abu Nasai, dan Ibnu Abi Ashim. Rafi' bin Salamah meriwayatkan daripada Zlayyadh al-Asyja'i bahawa Ummu Zlayyadh akan keluar dengan Rasullulah saw dalam perang Khaibar bersama enam orang wanita lain. 


Ketika Rasullulah saw mengetahui hal itu, baginda datang menemui mereka dan dengan raut wajah yang marah , baginda berkata:"Siapakah yang mengizinkan kamu keluar untuk berperang?" 

Mereka menjawab,"Mereka keluar dengan membawa ubatan untuk mengubati mereka yang tercedera, mencabut panah daripada tubuh mereka, memberi makanan mereka dan turut berjuang sekuat tenaga kami di jalan Allah.." 

Rasullulah saw menjawab,"Jika begitu berangkatlah" 

Ketika Khaibar berjaya ditakluki Rasullulah saw membahagikan kurma kepada para pejuang wanita sebagaimana baginda membahagikannya kepada pejuang lelaki. 

Daripada penceritaan ini jelas Rasullulah sentiasa melayani pejuang wanita sama macam pejuang lelaki tanpa ada membeza-bezakan antara pejuang lelaki dan wanita. Ini jelas wanita juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu peperangan dalam islam itu. Ini menunjukkan wanita juga adalah tulang belakang dalam kejayaan sesuatu peperangan itu dalam urusan pemberian ubat-ubatan, mencabut panah di badan pejuang lelaki dan memberikan makanan. 

Sumber : 100 wanita disisi Rasullulah saw.
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
Niesa
AUTHOR
January 20, 2014 at 4:09 PM delete

assalammualaikum mselim,
sungguh pun kudrat wanita ni tak sehebat kudrat lelaki utk bertungkus lumus berperang..mereka juga mampu menyumbang tenaga dlm hal yg lain kan..

Reply
avatar
January 20, 2014 at 4:19 PM delete

Rasulullah melayan wanita dengan penug adab dan tidak meletaknya di kelas kedua, berbeza dengan kebanyakkan negara Islam hari ini, terutama di timur tengah atau asia barat

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
January 20, 2014 at 11:31 PM delete

ternyata wanita juga memainkan peranan penting di dalam membangunkan syiar islam..

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
January 21, 2014 at 2:54 AM delete

Allahu Akbar... pkongsian yg sngat baik... tokoh1 yg plu dcontohi...

Reply
avatar
January 21, 2014 at 8:34 AM delete

satu perkongsian yang menarik dan hebat.. terima kasih memberi info begini.. suka beno mama membacanya... klik iklan satu kali..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 21, 2014 at 4:19 PM delete

Assalam MSelim3;
Semoga beliau menjadi contoh & tauladan yg baik buat kita semua... aamiin..

Reply
avatar
Atiqah Wadiah
AUTHOR
January 22, 2014 at 11:45 AM delete

Beraninya kaum wanita zaman dahulu..sanggup perjudikan nyawa utk membantu mengubati org lain

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 22, 2014 at 9:51 PM delete

kaum wanita turut memainkan peranan..beraninya mereka. Semoga mereka menjadi contoh kepada kaum wanita sekarang :)

Reply
avatar
Zaza Iman
AUTHOR
January 23, 2014 at 2:29 AM delete

wanita di zaman Rasulullah sungguh berani.. :) kagum dgn kisah2 mereka..

Reply
avatar
Long Cham
AUTHOR
January 23, 2014 at 1:59 PM delete

seronok baca kisah wanita solehah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon