Sumayyah Binti Khayyat - Wanita Pertama Syahid

kisahsumayyah

Yasir bin Amir berangkat berangkat meninggalkan kampung halamannya di negeri Yaman. Setelah melakukan perjalanan yang cukup jauh akhirnya langkahnya terhenti di Mekah. Oleh kerana berasa selesa dia pun memutuskan untuk tinggal di kota Mekah dan menjalinkan persahabatan dengan Abu Huzaifah bin Mughirah. Melihat peribadian Yasir bin Amir yang baik ini Abu Huzaifah akhirnya menikahkan dengan Sumayyah binti Khayyat, seorang hamba sahayanya, tokoh yang diceritakan pada kali ini.Perjalanan hidup keluarga Yasir dan Sumayyah berjalan harmoni dan dikurniakan dengan seorang anak yang diberi nama Ammar. Abu Huzaifah pun memerdekakan Sumayyah maka sempurnalah kehidupan keluarga ini dengan penuh kebahagiaan.



Ketika islam mula memancarkan cahayanya di Mekah dan Rasullulah saw baru mendapat perintah untuk menyebarkan islam secara senyap-senyap. Sumayyah dan keluarganya termasuk orang pertama yang memeluk islam. Menurut sejarah, Sumayyah termasuk orang yang ketujuh yang mula-mula memeluk islam.

Seperti kaum muslimin lain, Sumayyah dan keluarga menjalankan perintah Allah secara senyap-senyap. Mereka melakukan solat di rumah atau digua-gua agar tidak diketahui oleh orang quraisy. Oleh kerana kaum kafir quraisy sangat memusuhi orang islam, ada sahaja kaum muslimin yang diketahui telah memeluk islam walaupun mereka beriman secara senyap-senyap. 

Jika kaum muslimin yang memeluk islam itu adalah golongan bangsawan mereka akan digertak dan diancam. Abu Jahal tidak segan-silu mengeluarkan kata-kata gertak,"Kamu berani meninggalkan agama nenek moyangmu kami akan  rosakkan perniagaanmu dan kami akan musnahkan harta bendamu!. 

Namun,orang yang memeluk islam itu dikalangan orang miskin atau golongan hamba mereka akan diseksa dan didera sesuka hati. Keluarga Sumayyah ini termasuk digolongan ini. Mereka adalah golongan yang lemah dan tidak berharta. Mereka bukan golongan bangsawan atau berpengaruh. Mereka juga bukan kumpulan orang yang mempunyai saudara yang ramai. 

Bahkan,Yasir berasal daripada Yaman dan Sumayyah adalah bekas hamba (Abu Huzaifah bin Mughirah). Berbeza dengan kedudukan kaum muslimin dalam islam. Dimata Allah semua manusia adalah sama. Tidak ada yang membezakan manusia di hadapan Allah, kecuali keimanan dan ketakwaannya. 

Dengan keteguhan prinsip itulah, Sumayyah berani menentang "Firaun" umat ketika itu iaitu Abu Jahal. Akibatnya Sumayyah,suami dan anak lelakinya Ammar juga menjadi sasaran kekejaman Abu Jahal . 

Sumayyah,suami dan anak lelakinya itu diikat kaki dan tangannya , kemudian dilemparkan ke atas batu kelikir tajam dan panas. Di atas batu kelikir itu mereka dipukul agar supaya murtad. Namum tidak terdengar daripada mulut keluarga itu perkataan murtad tapi hanya diam dan rintihan daripada pukulan yang bertubi-tubi daripada Abu Jahal. 

Seksaan yang diterima oleh Ammar dinyatakan oleh sahabat-sahabat dalam beberapa riwayat "Ammar diseksa sehingga dia tidak menyedari apa yang diucapkan." 

Ammar bin Maimun juga berkata :"Orang Musyrik membakar Ammar bin Yasir dengan api. Ketika Rasullulah saw lalu , baginda memegang kepala Ammar sambil bersabda :"Wahai api jadilah kamu sejuk di tubuh Ammar sebagaimana dahulu kamu juga sejuk di tubuh Ibrahim as"

Namun semua seksaan itu tidak mengoyangkan jiwa Ammar walaupun tubuhnya hancur diseksa. Mereka menyeksa Ammar bermula dengan hukuman dibakar dengan besi panas,disalib di atas padang pasir yang panas dengan ditindih batu laksana bara merah dan ditenggelamkan ke dalam air sehingga seksa nafas yang menyebabkan kulitnya mengelupas dipenuhi dengan luka. 

Pada suatu hari, ketika diseksa dengan berat sehingga tanpa disedari oleh Ammar dia mengikuti apa yang diucapkan oleh mereka. 

Ketika kembali sedar Ammar menyedari apa yang telah dia ucapkan. Dia menyesal, dan beberapa sahabat yang menyaksikan perbutan itu dengan segera menceritakannya kepada Rasullulah saw.

"Benar, wahai Rasullulah,"jawab Ammar sambil meratap. 

Rasullulah saw tersenyum sambil bersabda,"Jika mereka memaksamu lagi ,ucapkanlah apa yang kamu katakan tadi, tidak apa. 

Kemudian Rasullulah saw membaca firman Allah swt :

surahannahlayat106
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.(An-Nahl :106)

Berbeza dengan Sumayyah yang menentang Abu Jahal dan usaha Abu Jahal untuk memurtadkan Sumayyah tidak berjaya. Sumayyah lebih memilih untuk mempertahankan imannya walaupun apapun yang terjadi. 

Mendengar kekuatan iman Sumayyah itu, Abu Jahal menjadi lemah dia tidak habis memikirkan bagaimana seorang wanita yang lemah boleh menentangnya? Dia bukan sahaja merasa rendah diri, tetapi martabat dan darjatnya sebagai tokoh Quraisy benar-benar tercabar. 


Amarahnya menjadi-jadi semakin membara. Pada ketika itulah dia mengangkat tombak dan menjunamkannya di dada Sumayyah! Sumayyah gugur menemui Tuhannya. Sejarah mencatatkan namanya sebagai syahida (mati syahid) pertama dalam islam. 


Pengorbanan tersebut tidak sia-sia, ini kerana ia menjadi teladan, rasa simpati,kebanggaan dan kasih sayang. Dia adalah menjadi pedoman bagi generasi mendatang mencapai hakikat,kebenaran, kebanggaan agama Allah. 

Pengorbanan ini menjadi bukti tanda keteguhan imam seseorang. Perngorbanan seseorang bagi mempertahankan kesucian agama islam. Allah berfirman : 
surahalankabutayat2

Begitulah al-Quran memberikan petunjuk. Pengorbanan merupakan asas keimanan. Kekejaman dan kekerasan dihadapai dengan kesabaran,keteguhan dan pantang menyerah kalah dalam membentuk iman yang cemerlang dan mengagumkan. 

Rasullulah saw selalu mengunjungi tempat-tempat penyeksaan keluarga Yasir untuk mengenang pengorbanan mereka. Kesabaran keluarga Yasir itu yang tiada taranya mengundang doa Rasullulah saw dalam sabdanya :"Sabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya balasan kamu semua adalah syurga." 

Itulah ganjaran bagi mereka yang mempunyai keteguhan iman. Sabr dalam keadaan samada susah ataupun senang. Jangka masa keislaman  Sumayyah singkat, tidak lama tetapi namanya tetap harum sepanjang zaman. Dialah wanita yang melahirkan sahabat yang begitu dicintai Rasullulah saw.Dalam sabdanya :"Sesiapa yang memusuhi Ammar maka dia akan memusuhi Allah. Dan sesiapa yang membenci Allah, maka dia akan dibenci Allah". 

Begitu besar jasa seorang ibu yang telah melahirkan seorang tokoh . Janganlah kita berhenti berharap bahawa ramainya diakhir zaman ini wujud wanita seberani Sumayyah. Merekalah menjadi tonggak kepada kejayaan islam. 

Sumber : Tokoh 100 wanita disisi Rasullulah
Previous
Next Post »

19 comments

Write comments
January 23, 2014 at 3:40 PM delete

teringat kisah ini masa pencetus ummah hari tu, menangis mama mendengar kisah tersebut...

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
January 23, 2014 at 3:53 PM delete

As salam... suatu ketika dulu suka sgt dgn nama Sumayyah ni... sampai hafal lagu kumpulan Hijaz....

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 23, 2014 at 4:13 PM delete

Assalam MSelim3;
Subhanallah.. insan yg sungguh bertuah.. T kasih diatas perkongsian ini.

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
January 23, 2014 at 5:05 PM delete

teringat lagu sumayyah..semoga kita diberi kesabaran seteguh keluarga yasir...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 23, 2014 at 6:11 PM delete

Alhamdulillah.. Nurul suka sangat dengar lagu Sumayyah nyanyian kumpulan Hijjaz.. sebak dan bole mengalir airmata sebab rasa terharu sangat dengan pendirian beliau.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 23, 2014 at 7:44 PM delete

sungguh besar nama sumayyah
moga kita jadikannya sbg inspirasi
kisah yg menarik yg dikongsi bersama..tringat zmn sekolah menengah dulu
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

Reply
avatar
Nims
AUTHOR
January 24, 2014 at 7:24 AM delete

subhanallah. perkongsian yang menarik! ^^

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 24, 2014 at 7:26 AM delete

Entri yang menarik.

awksweetgitu.blogspot.com :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 24, 2014 at 10:43 PM delete

haritu ada kat pencetus ummah... serius tacing dengar cerita pasal sumayyah

semoga blog ni dimurahkan rezekiii...aamiiin
amal singgah sini.. selamat malam...
jemput singgah blog amal
http://cikamal.com/custom-made-sticker-kereta.html

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
January 25, 2014 at 1:29 AM delete

Allahu Rabbi.. tguhnya Aqidah... contoh yg plu diikuti... In Shaa Allah...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 25, 2014 at 11:34 AM delete

terngiang-ngiang lagu sumayyah..

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
January 25, 2014 at 12:16 PM delete

Perkongsian yg mnarik bro muslim..
baca enry ni sambil lirik lagu sumaiyah bmain di kepala :)

Reply
avatar
January 25, 2014 at 7:04 PM delete

Kisah Sumayyah ni memang satu tauladan yang sangat baik buat semua umat Islam terutama buat para wanita macam kami ni.

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
January 25, 2014 at 8:14 PM delete

kagum sungguh dengan semangat kental yang ada... kalau kita belum tentu lagi sanggup... huhuh

Reply
avatar
January 25, 2014 at 9:13 PM delete

assalamualaikum

summayyah wanit hebat.. terima kasih perkongsiannya mselim

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 27, 2014 at 12:13 PM delete

Sungguh teguh sekali iman mu Sumayyah... Contoh terbaik utk umat Islam. Berbahagialah kau di syurga...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 28, 2014 at 4:15 PM delete

Sumayyah... wanita contoh sepanjang zaman...

Reply
avatar
April 29, 2014 at 6:58 PM delete

assalamualaikum.. mohon copy ya...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon