Di kesempatan ini mselim3 ingin berkongsi sedikit ilmu untuk tatapan pengunjung setia blog ini. Tahu tak pengunjung sekalian 4 kitab Allah iaitu kitab taurat,zabur,injil dan Al-Quran. Mari kita sama baca dan mengkaji antara 4 kitab Allah ini :
1- Kitab Taurat
Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as dalam bahasa Ibrani. Dalam kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad saw) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail as . Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.
2- Kitab Zabur
Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Daud as dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan . Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita , zikir , doa dan hikmah-hikmah. Oleh sebab itu, Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri , ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa as.
3- Kitab Injil
Kitab injil telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Isa as dalam bahasa Suryani . Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar meng-Esakan Allah swt . Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman iaitu Nabi Muhammad saw. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebesaran Allah swt . Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible". Kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagi kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagian Injil yang dinamakan dengan perjanjian baru (New Testament).
4- Kitab Suci Al-Quran
Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw . Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al-Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia maupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam A-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap terpelihara oleh Allah. Al-Quran merupakan mukzijat Nabi Muhammad saw yang terbesar dan berkekalan sehingga hari kiamat.
Kredit : Sumber
16 comments
Write commentstq sama2 kongsi yer
Replysubhanallah....
Replyinfo yang sangat berguna ^_^
ReplySalam, Percaya kepada kitab...Salah satu rukun iman, Tidak lengkap iman sesorang Mukmin jika tidak mempercayainya. Selain mempercayai, wajib juga mengetahui apakah dia kitab2 tersebut. Terima kasih memberi pengetahuan ini, semoga saling mengingati dan memberitahu...
Replyp/s: Terima kasih diatas kunjungan ke Relaks Minda dan sudi menjadi Sahabat. Amat2 saya hargai. Salam perkenalan.
perkongsian ilmu yg menarik..^__^
ReplyMohon share ye.....amat2 bermanfaat
ReplyBagus entry ni... Baru M tau...nice sharing MSelim
Replyperkongsian yang bagus sekali. banyak perkara yang kita tidak tahu..
ReplyIdea Mselim tuk kongsikan perkara mcm nie mmg terbaik..
Replyizin nyimak ya...:)
ReplysubhanaAllah
ReplyTq mselim!!! Hehe.
ReplySubhanAllah terima kasih banyak2 kerana memberi info ini dan memberi ilmu pengetahuan..terima kasih Ya Allah
ReplyjazakALLAH
ReplyBagus
ReplyAlhamdulillah dapat ilmu baru
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon