Kisah Durrah Binti Abu Lahab

durrahbintiabulahab


Tidak banyak kisah yang diketahui tentang dirinya sebelum memeluk islam. Setelah memeluk islam dan berhijrah, Durrah termasuk dalam golongan sahabat wanita yang begitu mulia akhlaknya. Berbicara tentang Durrah binti Abul Lahab , Imam az-Zahabi mengatakan terdapat satu hadis berkenaan dengannya al-Haris bin Naufal. 


Ia adalah hadis yang sama yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam Isobah bahawa Durrah binti Abu Lahab ketika di Madinah semasa hijrah tiba di kampung Rafi bin al-Ma'la kemudian para wanita daripada Bani Zuraiq berkata kepadanya, Celakalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan celaka .

" Justeru , buat apa lagi kamu berhijrah?"


Mendengar kata-kata itu,Durrah binti Abu Lahab menemui Rasullulah saw dan menceritakan apa yang dialaminya. 

Kemudian Rasullulah saw berkata:"Duduklah!" 

Tidak lama kemudian baginda solat Zuhur dan duduk di atas mimbar dan berkata:"Wahai manusia sekalian, mengapa aku dicela dalam keluargaku? Demi Alah sesungguhnya syafaatku (pengampunan) akan diterima oleh keluargaku sehingga orang yang keras, lemah bahkan besar akan mendapatkannya pada hari kiamat." 

Ad-Daruquthni meriwayatkan dalam kitabnya , bab Ukhwuah dan Ibnu Uday dalam al-Kamil dan Ibnu Mundih daripada Durrah binti Abu Lahab bahawa Rasullulah saw bersabda:"Seseorang yang hidup itu tidak menanggung derita lantaran keburukan yang dilakukan oleh orang yang sudah mati." 

Melalui riwayat di atas, kita hendaklah selalu menghormati orang yang sudah meninggal dunia meskipun orang tersebut sangat memusuhi kita. 


Sumber 100 wanita disisi rasullulah diolah semula oleh mselim3.
Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
January 18, 2014 at 9:26 PM delete

assalamualaikum kisah ini sangat mengisafkan ..terima kasih mselim

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
January 18, 2014 at 10:11 PM delete

sangat bermanfaat perkongsian ini mselim.. :D

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
January 18, 2014 at 11:10 PM delete

Alhamdulillah ilmu yang dikongsi..salam sabtu MS...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 19, 2014 at 9:29 AM delete

betulkan mselim..even jahat mana org yg dah meninggal tu..usahlah dikenang..sedekahkan al fatihah buatnya..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 19, 2014 at 11:33 AM delete

Assalam MSelim3;

Saya pernah terbaca kisah ini tp dah lama & terlupa pula sehingga saya membaca entri ini.. T kasih diatas perkongsian & mengingatkan.. Semoga sentiasa beroleh keberkatan Allah swt.. aamiin..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 19, 2014 at 2:38 PM delete

kita dituntut untuk mengasihi semua orang wpun mrk tak suka kita
kerana kita tidak layak membenci hamba Allah !

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 19, 2014 at 3:19 PM delete

kisah yang bermanfaat moga menjadi pengajaran untuk kita

Reply
avatar
January 19, 2014 at 5:16 PM delete

subhanallah... satu perkongsian yang menarik,... terima kasih juga kerana mengingatkan..

Reply
avatar
January 19, 2014 at 5:57 PM delete

dalam dunia islam hari ini pula, kalau emak atau ayah yang buat salah, anak-anak kecil yang tidak bersalah pun turut dinista dan dicaci. Lupa sudah mereka pesanan Rasulullah

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
January 19, 2014 at 6:09 PM delete

Subhanallah satu perkongsioan yang menarik...banyak manfaatnya..terima kasih..

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
January 20, 2014 at 11:04 AM delete

terima kasih ats pkongsian bro..sngat memberi inspirasi..

Reply
avatar
lelamaisara
AUTHOR
January 20, 2014 at 2:25 PM delete

boleh dijadikan pengajaran...thanks for sharing.. :)

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
January 20, 2014 at 2:45 PM delete

perkongsian yg hebat..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon