Ummu Waraqah binti Naufal - Imam Para Wanita di Zamannya

Ummu Waraqah binti Naufal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Ummu Waraqah binti Naufal- Imam Para Wanita di Zamannya - Dia merupakan anak perempuan kepada Abdullah bin al-haris bin Umair bin Naufal al-Anshariyah. Dia dikenali dengan gelaran Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenali dengan nama Ummu Waraqah binti Naufal dinisbahkan kepada datuknya. 

Dia termasuk dalam kalangan wanita yang paling mulia pada ketika itu. Rasulullah saw telah mengunjunginya beberapa kali dan baginda memberikannya gelaran asy-Syahidah. Ummu Waraqah ialah wanita yang mempunyai semangat tinggi terhadap islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah. 

Oleh kerana itu, dia tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapat pahala mujahidin. Semasa Rasulullah saw hendak berangkat ke Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah saw , "Wahai Rasulullah izinkanlah aku berangkat bersamamu supaya aku dapat mengubati orang yang tercedera antara kamu dan merawat orang sakit antara kamu agar Allah mengurniakan aku mati syahid." 
Rasulullah saw menjawab ,"Sesungguhnya Allah akan mengurniakan kamu Syahidah (Orang yang akan mati syahid) " 

Ummu Waraqah turut mengumpulkan al-Quran dan pandai membacanya." Disebabkan itu Rasulullah saw memerintahkan supaya dia menjadi imam bagi para wanita untuk mereka. Disebutkan dalam al-Musnad dan as-Sunan daripada hadis Abdul Rahman bin Khalad daripada Ummu Waraqah menyatakan bahawa Rasulullah saw berkunjung ke rumahnya dan memberikan seorang muazin untuknya. Abdul Rahman berkata:"Aku melihat muazin tersebut seorang lelaki yang sudah tua." 

Rumah Ummu Waraqah ra menjadi rumah Allah di dalamnya didirikan solat lima waktu. Alangkah terhormatnya wanita yang menduduki kedudukan sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah ra.

Ummu Waraqah sentiasa istiqamah menjaga syariat  Allah sehinggakan pada suatu ketika hamba dan jariahnya yang telah dijanjikan untuk dimerdekakan setelah membunuh Ummu Waraqah. Tiba-tiba waktu pagi Umar bin al-Khattab berkata:"Demi Allah aku tidak mendengar suara bacaan al-Quran daripada ibu saudaraku semalam."

Kemudian Umar ra masuk ke rumahnya namun dia tidak melihat apa-apa(Ummu Waraqah). Apabila dia masuk ke biliknya ternyata jasad Ummu Waraqah telah dibungkus dengan kain ditepi rumah. Dia telah meninggal dunia. Umar berkata:"Alangkah benar sabda Rasulullah saw bersabda , "Marilah pergi bersama-sama kami untuk mengunjungi wanita yang syahid."

Seterusnya Umar ra naik ke atas mimbar dan menyampaikan berita tersebut dan seraya berkata:"Bawalah dua orang hamba tersebut kepadaku yang telah membunuh Ummu Waraqah. Umara memerintahkan supaya kedua-dua hamba tersebut disalib. Mereka berdualah orang yang pertama sekali disalib dalam sejarah islam.

Semoga Allah merahmati Ummu Waraqah . Semoga Allah membalas semua kebaikannya dengan istiqamah membaca al-Quran dan mengumpulkannya. Dia adalah imam para wanita di zamannya yang sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mati jihad untuk mendapat pahala mujahidin. Akhirnya Allah mengabulkan permohonannya dan dia mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah dan Rasul-Nya. 


Sekian ,

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com

Terima kasih membaca artikel Ummu Waraqah binti Naufal- Imam Para Wanita di Zamannya
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
ajax85
AUTHOR
July 30, 2015 at 7:24 PM delete

Salam nak tanya je..betul ke hamba itu di salib dalam sejarah islam

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
July 30, 2015 at 10:21 PM delete

hebat kisah beliau..

Reply
avatar
August 7, 2015 at 4:09 PM delete

Perkongsian yang berguna. Terima kasih tuan.

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
August 12, 2015 at 3:24 PM delete

nice story selim..oh ya pasal kesalahan bapa tue kan..bukan di pampers...tapi baju

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
August 12, 2015 at 3:47 PM delete

ooo.. salah lah jawapan mselim3 tu... hehehe.

mselim3

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
August 12, 2015 at 4:17 PM delete

HEBATNYA UMMU WARaqah ni..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 12, 2015 at 7:14 PM delete

Serikandi Islam..saya baru tahu ni..Alhamdulillah ada ilmu baru sejarah Islam hari ni

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon