19 KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

kelebihanmembacaalquran


Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah swt perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasullulah saw demi mencapai martabat al-mukarabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya . Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-quran, istighfar, berzikir,berselawat dan berdoa . Berikut adalah beberapa kelebihan membaca Al-Quran ialah : 


1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali . 

3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga . 

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat . 

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela . 

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga . 

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat . 

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin . 

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka . 

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit . 

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu . 

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran . 

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat . 

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup . 

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti . 

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan . 



3 Masa yang diutamakan membaca al-Quran 

1- Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah utama . 
2- Antara Maghrib dan Isyak . 
3- Sesudah solat Subuh . 

Petikan : 
Buku "Indahnya Hidup Bersyariat " 
Halaman 258-259 
Dato' Ismail Kamus 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 31, 2012 at 4:03 PM delete

Quran ada power tersendiri, mampu buat org insaf, menangis,gembira.

quran boleh selesaikan masalah kita, quran boleh dengar masalah kita.

indahnya ciptaan Allah. Alhamdulillah, Allah masih sygkan makluknya :)

bagi student elok sgt if baca antara mgrb dan isyak, dan lepas subuh. buat terang hati senang nak study

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
July 31, 2012 at 11:36 PM delete

nice sharee..moh kite bace Quran sebaik mungkin

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 8, 2013 at 11:35 PM delete

hanya yang bernas dan faham kebesaran Allah swt and the power of al Quran akan memberi komen yang merendahkan dirinya kerana jika dia sedar dia adalah seorang hamba dia akan merendahkan dirinya yang datang jauh dari sudut hati dan mindanya sendiri. Gitu kan, automatis tata tertib bertutur dan menulis pun dipandu oleh sifat peribadi yang mulia.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 17, 2014 at 4:10 PM delete

Perkongsian terbaik. Banyak sangat kelebihan Al Quran sebenarnya yang tidak kita ketahui.

Kelebihan Membaca Quran

Reply
avatar
FATEHAH
AUTHOR
January 18, 2018 at 10:07 AM delete

Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon