Mimbar Rasullulah Saw

Di dalam sebuah hadis Rasullulah saw telah bersabda : 

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku terletak di atas kolamku (pada hari kiamat)"

(Sahih Al-Bukhari No.1196, Sahih Muslim No.1391) 

Jumhur ulama berpendapat tempat Nabi saw menyampaikan khutbah itu akan dikembalikan semula dan diletakkan di tepi kolam Nabi saw pada hari kiamat nanti . 
(Lihat Ad-Durrah Ath-Thaminah 131,Fathul Bari 4/120) 

Rasullulah saw bersabda : 
" Sesiapa yang bersumpah palsu di atas mimbarku maka tempatnya adalah di neraka." 
(Imam Malik, Al-Muwatta 2/727, Fadhail Madinah 499, Al-Albani, Irwa' Al-Ghalil 8/313 No.2697 (sahih). 


Pertukaran Mimbar 

Pada awalnya Rasullulah saw telah menggunakan batang tamar untuk bersandar ketika menyampaikan khutbah. Kemudian pada tahun 8 Hijrah datang seorang perempuan Ansar menawarkan untuk satu tempat yang lebih elok untuk Baginda menggunakannya dan Baginda Rasullulah saw menyetujuinya. 


Perempuan tadi kemudiannya membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai tiga anak tangga Rasullulah saw mendapatinya selesa dan sesuai untuk diduduki di antara Khutbah. Tetapi apabila Baginda Rasullulah mula memgunakan mimbar baru itu, batang tamar tadi menjadi begitu sedih dan menangis teresak-esak seperti tangisan kanak-kanak


Apabila Rasullulah saw menyedari hal ini terus mengambil batang tamar itu lalu memeluknya lalu membuat tawaran samada akan kembali hidup dan berbuah semula atau terus mati dan akan dihidupkan semula dalam taman Syurga nanti. Batang tamar itu memilih tawaran kedua. Baginda kemudiannya bersolat di belakangnya. 

Kemudian selepas itu, batang tamar itu ditanam di tempat asalnya dan ada yang mengatakan ia ditanam di bwah mimbar. 

Rasullulah saw sentiasa berdiri di anak tangga yang ketiga mimbar itu ketika menyampaikan khutbah. Apabila Saidina Abu Bakar ra menjadi khalifah beliau berdiri di anak tangga yang kedua, Saidina Umar bin Al-Khattab ra pula berdiri di tangga pertama dan Saidina Usman bin Affan ra berdiri sebagaimana Saidina Umar ra berdiri selama enam (6) tahun. Selepas itu, beliau kembali ke kedudukan asal seperti Rasullulah saw.
(Lihat Ad-Durrah Ath-Thaminah 126-133, Tarikh Al-Masjid An-Nabawi 121-124) 

Sumber : 

Buku "Madinah Kelebihan dan Sejarah"
Halaman 45-47
Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
Mimie
AUTHOR
November 25, 2013 at 12:54 PM delete

betapa tgginya darjat Rasulullah..ada baca kisah mimbar nih dulu...sedihh

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 25, 2013 at 2:10 PM delete

Tazkirah isnin... :D thanks bro...

Reply
avatar
Farid Adam
AUTHOR
November 25, 2013 at 2:35 PM delete

Batang pohon tamar pun menangis sebab Rasulullah dah tak bersandar padanya. Kita yang jauh daripada Rasulullah ni macam mana pula? Renung-renungkanlah...

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
November 25, 2013 at 2:54 PM delete

macam mana agaknya rupa mimbar tersebut kan?
ika bayangkan ia sangat cantik dan selesa :)

tamar tersebut sangat bertuah~

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
November 25, 2013 at 3:08 PM delete

Rasulullah banyak menyampaikan pesanan baginda melalui khutbah, diantaranya termasuklah larangan riba yang menjadi pesanan terakhir baginda.

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
November 25, 2013 at 3:48 PM delete

Asslammualaikum mselim3,
sedikit sebanyak ada jugak ilmu yg niesa dpt dr perkongsian mselim3 ni..thanks sharing.. :)

Reply
avatar
November 25, 2013 at 5:24 PM delete

acik pernah baca tentang kisah ini ,Rasullulah mempunyai peribadi yang unggul dan hebat :) kagum dengan baginda

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 25, 2013 at 9:29 PM delete

Batang tamar pun dijanjikan syurga ...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
November 25, 2013 at 9:49 PM delete

salam bro muslim..
alhamdulilah perkongsian yg baik..
x tahu sbelum ini nabi hanya bersandar di batang tamar..
utk berkhutubah.. :)

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
November 25, 2013 at 10:31 PM delete

Nauzubillahi minzalik.. daripada sumpah palsu...
Allahu Rabbi,betapa agungnya Rasulullah S.A.W...
Mari berselawat..InsyaAllah..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 26, 2013 at 12:02 AM delete

Semoga kita semua terhindar dari melakukan sumpah palsu.. nauzubillah.
T kasih diatas perkongsian..

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
November 26, 2013 at 8:36 AM delete

salam...kisah rasulullah ni bagus untuk dijadikan panduan hidup

Reply
avatar
November 27, 2013 at 8:49 AM delete

kisah penuh inspirasi dan motivasi untuk kita manusia...tidak malukah kita kepada makhluk lain?

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon