Hukum Orang Muslim Masuk Gereja?

gereja-st.paul-di-melaka

Pertanyaan : 

Bolehkah orang muslim memasuki gereja lama atas tujuan melancong? Bolehkah memasukinya sekiranya atas tujuan menghadiri majlis perkahwinan mereka?


Jawapan 
Syeikh Atiyyah Saqr menjawab adapun memasuki gereja atas tujuan melancong, maka tiada dalil yang menegah. Bahkan sebahagian tabiin mengharuskan solat di dalamnya, antaranya al-Sya'bi , Ata' dan Ibn Sirin. Begitu juga terdapat sebahagian sahabat yang solat di dalamnya antaranya Abu Musa al-Asy'ari. 

Al Bukhari berkata :"Ibn Abbas pernah solat di dalam bi'ah yang ada patung. Umar pernah menerima surat dari Najran yang melaporkan bahawa penduduk di sini tiada tempat yang paling bersih dan baik berbanding bi'ah (gereja).
Lalu Umar membalas surat itu :"Basuhlah dengan air campuran daun bidara dan solatlah di situ."

Manakala dinukilkan pendapat daripada Ulama Hanafi dan Syafie bahawa makruh solat di dalamnya secara mutlak.

Atas asas ini, masuk bukan dengan tujuan solat tidak haram seperti untuk menyaksikan majlis perkahwinan dan takziah kematian. Dan syarat yang asasi adalah tidak melakukan sebarang upacara keagamaan yang bertentangan syariat. 

Walau bagaimana yang lebih patut ialah tidak memasukinya melainkan ada keperluan seperti demi menjaga hubungan baik dengan rakan atau jiran, ataupun sebagai mencegah berlaku sesuatu yang tidak diingini . 

Sumber : 

Mausu'ah Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Syeikh Atiyyah Saqr
Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
November 20, 2013 at 11:00 PM delete

perkongsian yg bagus :)

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
November 20, 2013 at 11:14 PM delete

perkongsian yang bermanfaat,
ika ada kawan yang belajar architecture di luar negara, antara salah satu kajiannya di sana ialah mengkaji seni binaan gereja,
kesian juga sebab dia selalu kena kutuk sebab masuk gereja :/

Reply
avatar
November 21, 2013 at 1:05 AM delete

Nice sharing..saya suka entri ni

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 21, 2013 at 4:06 AM delete

Alhamdulillah.. t kasih diatas perkongsian.. :)

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
November 21, 2013 at 9:34 AM delete

Senang cerita, kalau takda apa-apa keperluan yang mendesak, elok tak payah masuk. Betul tak? Hehe

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
November 21, 2013 at 9:41 AM delete

Fiza pun rasa tak salah dengan syarat jgnla ikut apa yang dorg lakukan.. tp kalau boleh elakkan la.. kalau tetiba je nak masuk gereja mmg pelik..

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
November 21, 2013 at 9:44 AM delete

Alhamdulillah.. akhirnya Abak jelas tentang hukum ini..sebelum ni cuma tahu solat didalam gereja hukumnya makruh... Rupanya kita boleh masuk dan lihat upacaranya..

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
November 21, 2013 at 10:27 AM delete

nice share.. tu la, rasanya x de masalah kalau sekadar masuk..

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
November 21, 2013 at 12:26 PM delete

terima kasih mselim untuk perkongsian nie

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 21, 2013 at 12:41 PM delete

Idah pernah masuk kuil hindu... hadiri majlis perkahwinan seorang sahabat.. :D

Reply
avatar
Cik Puan
AUTHOR
November 21, 2013 at 12:47 PM delete

Assalamualaikum mselim3.

Terima kasih dengan perkongsian yang sangat berguna ne.Cik pernah di jemput oleh rakan untuk menghadiri perkahwinan merka.Sebab cik masih ragu2 ,asa tu cik tak datang..Majlis kat dewan baru cik datang..

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
November 21, 2013 at 12:56 PM delete

ramai yang masih tidak tahu termasuk aiza.. terima kasih di atas perkongsian ini mselim.. ilmu baru untuk aiza..

Reply
avatar
November 21, 2013 at 4:16 PM delete

alhamdulilah , sangat bagus entri ini ..ramai yang tak tahu nie ..perlu di sebarkan

Reply
avatar
November 21, 2013 at 5:24 PM delete

kalau tidak ada ilmu, susahlah kita..terima kasih perkongsian ilmu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 21, 2013 at 6:57 PM delete

ooo..yumida baru tahu
klo xde urusan better xyah masuk kan mselim
melainkan klo de undangan, tu pun mcm kata atas yg mselim ckp, utk jaga perhubungan

Reply
avatar
Farah
AUTHOR
November 21, 2013 at 9:47 PM delete

Terima kasih share. Dah lama Farah tertanya persoalan ni :-)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 21, 2013 at 10:19 PM delete

terima kasih atas perkongsian ini ... amat bermanfaat pd semua

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
November 22, 2013 at 12:28 PM delete

perkongsian yg bagus...semoga kita semua dpt memanfaatkan ilmu bru nih...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
November 22, 2013 at 12:32 PM delete

salam jumaat bro muslim..
perkongsian yg bgus.. sbab saya pun x brapa tahu hukum berkenaan perkara ini :)

Reply
avatar
Syed Wazien
AUTHOR
November 22, 2013 at 12:59 PM delete

Tak salah. Sedangkan banyak sekolah dalam negara kita pun didirikan atas gereja.

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
November 23, 2013 at 5:20 PM delete

nice info...banyak perkara yang kita perlu tahu dan faham.....

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
November 25, 2013 at 12:13 PM delete

Assalammualaikum mselim3,
perkongsian yg saat bermanfaat.. :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon