Nusaibah lebih dikenali dengan nama Ummi Amarah. Suaminya Ghazi bin Amru seorang sahabat pejuang yang berani, Keluarganya ini amat istimewa kerana semua terlibat dengan perang Uhud yang terkenal dahsyatnya.
Nusaibah bermula pada garis belakang. Ia membantu menyiapkan makanan dan minuman serta merawat pejuang yang terluka, tetapi kerana pasukan islam terdesak sampai garisan belakang. Maka Nusaibah segera membantu menghunus pedang menghalang musuh.
Nusaibah yang hanya berpedang akhirnya berhadapan dengan Ibnu Qomiyah. Salah seorang pemimpin kelompok kafir Quraisy. Nusaibah dapat membalas sebatan pedang Ibnu Qomiyah meskipun sedikit terluka.
Ketika sahabat pengawal Rasullulah ada yang gugur , maka Rasullulah semakin terdesak. Bahkan ada beberapa pasukan muslimin yang undur menyelamatkan diri kepada mereka Rasullulah saw berseru :"Lepaskan pedang untuk melindungi diri dari pedang lawan." Ia terus ikut berjuang membantu pertahanan Rasullulah saw.
Meskipun ia ikut berjuang ia tidak melupakan tugas sebenarnya iaitu merawat pejuang yang terluka. Bahkan ia tidak menyedari anaknya terluka sehingga diberitahu oleh Rasullulah saw.
Nusaibah segera berlari mendapatkan anaknya dan membalut luka anaknya itu. Apabila selesai ia menyuruh anaknya segera bangkit dan bertempur lagi. Melihat hai itu Rasullulah saw berkata:"Siapa yang sanggup melakukan hal ini sebagaimana yang telah engaku lakukan Ya Ummu Amarah?". Belum sempat Nusaibah menjawab, tiba-tiba datang serangan dari orang yang telah melukai anaknya. Ia dengan pantas membalas dan akhirnya musuhnya itu tewas.
Semangat juang Nusaibah tidak hanya pada masa Rasullulah saw saja. Pada masa Abu Bakar menjadi khalifah pun ia tetap bersemangat.
Dalam perang Musailamah, si Nabi Palsu ia ikut berperang. Pada masa Khalid bin Walid, ia membuktikan kesetiaannya pada islam. Ia terluka oleh pedang tangannya terpotong dan bahkan anaknya mati syahid.
Semangat juang, pergorbanan dan keberanian Nusaibah dalam menghadapi musuh islam patut diteladani. Memang berat menghadapi musuh islam, di masakini meskipun kita tidak harus menghunus pedang, kita harus tetap berjuang untuk tetap menjadi manusia pilihan Allah , manusia yang baik budi dan berani kerana benar.
Sumber :
Cerita-Cerita Motovasi Untuk Hidup Bertakwa
14 comments
Write commentsperkongsian menarik...thanks
Replysubhanallah, hebat sungguh keperibadiannya, teringat pula ika kisah hidup Ahmad Ammar :)
Replysemoga kita jadikan mereka contoh terbaik dalam mendekatkan diri kepada Allah dan menegakkan Islam :)
Assalam.. t kasih diatas perkongsian ilmu..
ReplySubhanallah..sungguh berani Nusaibah demi syahid..tiba2 meremang bulu roma baca sbb terus terkeluar kisah ammar yg mati syahid.. :') perkongsian yg sgt menarik..thanks mselim3..
ReplyTerima kasih tuan atas perkongsian ini...
ReplySungguh hebat orang2 di zaman itu....
Alhamdulillah..marilah mencotohi peribadi dan akhlak mulianya..
ReplyKagum dengan perjuangan Nusaibah ini. Untuk zaman kita ini, okok kepada perjuangan kita pada hari ini adalah menjaga keimanan kita dari godaan duniawi yang semakin mengkhayalkan.
Replybegitu tinggi keperibadian beliau dlm mempertahankan agama....kita sekarang blm tentu sanggup macam tu...
Replyperkongsian yg baik.. smoga kita sama2 mengambil iktibar..
Replyallahuakbar !! kagum betul jadinya ..semoga kita ambil semangat ini
Replykagum dengan semangatnya yang berani... al-fatihah..
Replykagum dengan kisah ini..moga kita ambil iktibar dari kisah ini :)
ReplyAllahu..nak tepis nafsu pon berat apatah lagi nak pegang pedang.. =(
ReplyFiza kagum dengan keperibadian Nusaibah. Semoga kita bersama-sama mengambil pengajaran drpd cerita ini. Terima kasih yer kerana berkongsi :)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon