Laila Binti Khatim - Lamarannya Ditolak Rasulullah Saw

wanitadisisirasulullah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Laila Binti Khatim Lamarannya Ditolak Rasulullah Saw - Antara isteri Nabi Saw yang belum disetubuhi ialah Laila binti Khatim . Nama asalnya Laila al-Khatim ialah Thabit. Laila merupakan saudara perempuab kepada Qais bin al-Khatim bin Adiyy. Adiyy dan Amru ialah anak Ad bin Zafr. Nama asalnya Amru ialah an-Nubair bin Malik bin Malik bin al-Aus. 


Ibnu Saad menyebutkan,:Ashim bin Umar bin Qatadah menyatakan Laila binti al-Khatim menyerahkan dirinya kepada Rasulullah saw tetapi Rasulullah saw tidak menerimanya. Di merasa kecewa atas penolakan tersebut. 

Laila pernah berkata:"Tidak, demi Allah, Aku akan membuatkan Muhammad tidak akan menikahi wanita Ansar seumur hidupnya. Demi Allah aku akan datang kepadanya dan aku akan menyerahkan diriku kepadanya." 

Dia datang kepada Rasulullah saw ketika Rasulullah saw bersama dengan seorang sahabat. 

Rasulullah saw begitu terkejut apabila Laila meletakkan tangannya pada Nabi. Nabi berkata:"Siapakah ini, semoga dia dimakan singa!" 

Laila menjawab,"Aku Laila anak seorang pemimpin kaumku. Aku benar-benar mahu menyerahkan diriku kepadamu." 

Nabi menjawab:"Aku menerimamu tetapi pulanglah sehingga ada perintah daripadaku untukmu." 
Kemudian dia pulang kepada kaumnya. Seorang wanita bertanya kepadanya,"Kamu wanita yang tidak mempunyai kesabaran . Allah telah menghalalkan utusan-Nya untuk menikahi wanita yang dikehendakinya." 

Kemudian wanita itu berkata lagi,"Sesungguhnya Allah telah menghalalkan wanita yang tidak sabar." 

Laila kemudian meminta pembatalan atas pernikahannya. Nabi menyatakan kepada, Laila, "Aku telah membatalkan pernikahan denganmu." 

Ada yang menyebutkan, Ibnu Abbas pernah menyatakan Laila binti al-Khatim pergi menghadap Nabi saw. Ketika itu Nabi sedang tunduk, kemudian Laila al-Khatim datang memukul bahunya. Nabi berkata:"Siapakah ini, Semoga dia dimakan singa." Banyak kali Nabi ucapkan kepada Laila al-Khatim. 

Wanita itu berkata:"Aku adalah seorang anak perempuan pemberi burang makan burung dan penghalau angin. Aku Laila binti al-Khatim. Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Nikahilah aku." Nabi menjawab."Ya. 

Kemudian dia pulang kepada kaumnya dab berkata:"Rasulullah saw telah menikahinya . Orang ramai mengatakan "Sungguh buruk perkara yang kamu lakukan . Kamu wanita yang cemburu, sedangkan Nabi saw memiliki wanita-wanita lain (isteri) yang menjadikan kamu cemburu padanya. Nabi akan berdoa kepada kamu. Mintalah kamu batalkan pernikahan itu." 

Laila datang kembali dan bertemu dengan Nabi dan meminta dibatalkan pernikahannya dengan Rasulullah saw. Lalu pun membatalkan pernikahannya dengan Laila binti al-Khatim. Ibnu Abbas meriwayatkan pula bahawa kemudian Laila binti al-Khatim dinikahi oleh Masud bin Aus bin Wad bin Dzufr dan dikurniakan anak. Ketika Laila binti al-Khatim berada dipagar sempadan Madinah dan sedang mandi di sana dia diterkam oleh singa disebabkan daripada kata-kata Nabi saw. Sebahagian tubuhnya dimakan singa. Ketika ditemui , dia sudah mati. 


Ada yang meriwayatkan daripada Ibnu Aun selain Laila binti al-Khatim ada juga wanita-wanita lain yang menyerahkan diri mereka kepada Rasulullah saw untuk dinikahi tetapi Rasulullah saw tidak menerima mereka menjadi isteri.

Terima kasih kerana membaca Laila Binti Khatim - Lamarannya Ditolak Rasulullah Saw


Daripada ; 
http://mselim3.blogspot.com
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Jejari Menaip
AUTHOR
July 23, 2015 at 3:38 PM delete

sebuah perkongsian yg menarik...tq mselim3 :D

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
July 23, 2015 at 3:53 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Beruntungnya Rasulullah ramai wanita mahu bersuamikan baginda.. :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 23, 2015 at 4:52 PM delete

ASSALAMUALAIKUM
TQ SHARING.

ABG, BAGAIMANA BUAT DESIGN BLOG ?
SIMPLE DAN MENARIK?

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
July 24, 2015 at 4:19 PM delete

banyak kisah2 dan sejarah nabi yang Fiza tahu dr blog mselim nie.. Selamat hari raya mselim..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 27, 2015 at 10:06 AM delete

waalaikummusalam... JM,

sebenarnya JM pasal design belog nie ada banyak di carian google... pasal design nie ada dua cara :
1- design yang kita buat sendiri dengan cara edit coding xtml ....
2- design yang 'readymade' yang hanya perlu download untuk guna.. samada template itu mesra seo atau tidak...

Harap2 penjelasan mselim3 nie memuaskan k... pape reply komen nie...

Reply
avatar
Bunda_nora
AUTHOR
July 28, 2015 at 9:49 AM delete

Kisah yang mungkin tak ramai yang tahu...terima kasih berkonsi...Salam lebaran dari BUNDA..

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
July 29, 2015 at 3:49 PM delete

salam..


lama tidak datang ke sini..Alhamdulillah, design blog yang semakin cantik

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
July 29, 2015 at 3:49 PM delete

Dan juga design yang canggih

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
July 29, 2015 at 3:51 PM delete

baru faham kenapa Rasulullah SAW tidak terima lamarannya

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon