بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Safanah Binti Hatim Fasih Bertutur dan Sopan- Dialah antara beberapa wanita yang fasih dalam pertuturan dan sopan dalam akhlaknya. Hal ini tidak menghairankan kerana dia dibesarkan oleh seorang bapa yang terkenal dengan kemuliaannya, Hatim at-Tho'i. Pepatah mengatakan 'anak borek bapa rintik jelas sudah bahawa jika bapa mempunyai akhlak yang baik hal ini pasti akan diikuti oleh anaknya.
Suatu hari bapanya berkata kepadanya,"Wahai anak perempuanku sesungguhnya dua orang yang mulia jika sama-sama memegang harta jika dibahagikan samarata pasti tidak akan cepat habis."
Suatu hari ayahnya membahagikan harta dan terbukti bahawa ianya tidak cepat habis.
Kefasihan Safanah dapat dilihat ketika dia menjadi tawanan Rasulullah saw sebelum memeluk islam. Dala al-Maghazi Ibnu Ishaq berkata :"Ketika Rasulullah saw menawan Safanah bersama beberapa tawanan yang lain dia (Safanah) sangat diplomatik menghadapi Rasulullah saw. Dia meminta dibebaskan untuk mencari saudaranya (Adi bin Hatim) yang berjaya melepaskan diri daripada tawanan . Safanah berkata kepada Rasulullah saw bahawa dia ingin mencari saudara yang hilang iaitu Adi bin Hatim sedangkan bapanya Hatim at-Tho'i telah meninggal dunia. Hal ini mendapat simpati daripada Rasulullah saw yang sangat mencintai fakir miskin, membebaskan tawanan, menyayangi yang lebih kecil dan menghormati yang lebih tua. Hal ini telah membuatkan Safanah tertarik hati untuk memeluk islam. Kemuliaan dan ketinggian akhlak Rasulullah saw ini disaksikan oleh Safanah sendiri. Lalu ketika dibebaskan oleh Rasulullah saw , Safanah terus menemui saudaranya Adi bin Hatim yang berada di Dummatul Jandal.
Lalu Safanah berseru ,"Aku telah menyaksikan sifat-sifat Rasulullah saw yang begitu mulia. Aku melihat Rasulullah saw merupakan seorang yang sangat mencintai fakir miskin, membebaskan tawanan, menyayangi yang lebih kecil dan menghormati yang lebih tua. Aku tidak pernah bertemu dengan orang seramah dan semulia dia. Seandainya dia seorang Nabi mudah-mudah kamu mendapat kemuliaannya."
Mendengar kata-kata daripada Safanah itu, Adi bin Hatim membuatkan hatinya tersentuh dan tidak lama selepas itu Adi bin Hatim pun pergi menemui Rasulullah saw untuk memeluk islam seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hisyam dalam sirahnya, Hazimah.
Terima kasih kerana membaca Safanah Binti Hatim Fasih Bertutur dan Sopan
Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com
4 comments
Write commentssaya suka :) teruskan
Replybtl itu yg penting akhlak dulu
Replysedap namanya, tQ info, baru tahuu ade kisah sirah tentangnya, jarang dengar
Replyasalam..kita teruskan akhlak yang baik...tq peringatan ini ya
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon