Umrah binti Abdul Rahman dan Rabiah Khatun binti Najmuddin Ayyub

kisah-sahabat-rasullulah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Umrah binti Abdul Rahman bin Saad bin Zurarah Al Anshariyah Al-Madaniah adalah seorang ulama tabiin dari golongan wanita. Beliau belajar dan mendengar hadis dari Ummul Mukminin Aisyah Ra. Umrah wafat pada 97H tapi ada yang mengatakan pada tahun 106 H. 

Setelah Rasullulah saw wafat, Ummul Mukminin Aisyah ra banyak menjaga budak-budak samada lelaki maupun wanita yang kehilangan ibu atau bapa. Umrah binti Abdurrahman adalah salah seorang yang membesar di pangkuan Aisyah dab belajar di madrasah Ummul Mukminin itu. Berkat ketekunan dan kesabaran Aisyah ra, Umrah menjadi wanita alimah yang mewarisi ilmu daripada Aisyah. Umrah banyak menghafal hadis dari Aisyah ra dan menyebarkannya apabila gurunya wafat. 

Ibnu Hibban berkata:"Umrah binti Abdurrahman adalah orang yang paling mengetahui tentang hadis dari Aisyah ra." 

Diantara murid Umrah yang terkenal adalah Umar bin Abdul Aziz. Khalifah Bani Umaiyah yang zuhud dan warak ini pernah mengemukakan beberapa pertanyaan kepada Umrah binti Abdurrahman. Kemudian beliau menulis surat kepada Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Jazm:"Sila lihat! Mana-mana hadis atau hadis dari Umrah binti Abdurrahman kemudian tulis, kerana aku khuwatir akan hilangnya ilmu atau perginya para ilmu." 
Sebelum wafata, Umrah binti Abdurrahman berwasiat kepada anaknya agar dikebumikan di tanah milik keluarganya sendiri berhampiran perkuburan baqi' Madinah. Umrah binti Abdurrahman berkahwin dengan Abdurrahman bin Nu'man dan melahirkan anak lelaki bernama Muhammad yang terkenal dengan panggilan Abu Rijal. 

Rabiah Khatun binti Najmuddin Ayyub adalah adik beradik Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang wafat pada tahun 653H dalam usia lebih 88 tahun. Beliau seorang ulama wanita yang solehah dan berjuang dalam bidang pendidikan. Rabiah Khatun bermazhab Hanbali dan telah mendirikan beberapa madrasah mazhab Hanbali yang beliau sendiri termasuk salah seoang pengajarnya. Beliau juga seorang ulama wanita yang telah mengarang beberapa kitab. 


Seorang lagi wanita pelopor pendidikan adalah Khatun bin Izzuddin Mas'ud bin Zanki isteri kepada seorang sultan. Beliau telah mendirikan sekolah dan wafat ketika sedang giat dengan aktiviti mendidik kaumnya. 

Sunber : Cerita-cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
January 26, 2015 at 4:33 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Semoga umat Islam dikurniakan ramai lagi wanita-wanita karamah kepada kita dizaman yang penuh dengan kerosakan ini..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon