Fatimah Al-Balkhiyah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Fatimah Al-Balkhiyah adalah anak seorang pemimpin negeri Balkh yang cerdas dan alim. Dia adalah seorang sufi wanita yang banyak memberikan bimbingan kepada wanita lain ke arah kesufian. Sebagai seorang wanita yang mementingkan akhirat, Fatimah ingin suaminya seorang yang sufi juga. Satu-satu lelaki sufi yang menarik perhatiannya di Balkh adalah Ahmad bin Khazruya Al-Balkhi. Lalu Fatimah menghantar utusan kepada lelaki pilihannya itu. 

"Ahmad! Pinanglah aku kepada ayahku." Pesan Fatimah kepada Ahmad bin Khazruya. Akan tetapi Ahmad bin Khazruya tidak menghiraukan permintaan puteri pemimpin negeri Balkh itu kerana sibuk dengan kesufiannya. Sekali lagi Fatimah menghantar utusan kepada Ahmad dengan disertai pesanan:" Ahmad! Aku ingat engkau seorang lelaki yang gagah perkasa daripada biasanya. Jadilah seorang pembimbing! Jangan berlumba seorang diri sahaja." 

Ahmad faham akan makna kata-kata sufi itu yang dikirim oleh Fatimah dan dia tahu mengapa dia ingin berkahwin dengannya. Maka Ahmad pun menghantar utusan untuk meminang Fatimah melalui ayahnya senata-mata mencari keredhaan kepada Allah. Ayah fatimah menerima lamaran Ahmad ini maka berkahwinlah kedua-dua sufi ini. Fatimah meninggalkan rumah ayahnya dan segala urusana dunianya untuk mencari ketenangan dengan beruzlah

Pada suatu hari Fatimah bersama suaminya pergi kepada Abu Yazid Al-Bustami untuk belajar lebih mendalam tentang kerohanian. Fatimah telah membuka purdah yang menutup mukanya dan berbincang tentang masalah kerohanian. Ahmad merasa kurang senang melihat isterinya begitu berani membuka wajah dihadapan lelaki ajnabi. 

"Fatimah kamu begitu berani ketika berhadapan dengan Abu Yazid." Tegur Ahmad. 

"Wahai Ahmad Engkau mengenaliku melalui susuk tubuh kasarku tapi Abu Yazid mengenaliku melalui batinku. Engkau membangkitkan hawa nafsuku, tapi Abu Yazid membawa aku kepada Tuhan. Buktinya beliau dapat beramal tanpa ditemani olehku sedangkan engkau sentiasa memerlukan aku,"jawab Fatimah.  

Sumber : Kisah Motivasi Hidup Tenteram & Bahagia.
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Fidah Shah
AUTHOR
January 25, 2015 at 5:59 PM delete

Assalamualaikum Mselim3

Kisah yang membawa pengajaran...Nice Sharing

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
January 26, 2015 at 4:31 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Subahaanallah..bertuahnya dikurniakan seorang isteri yang solehah..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 26, 2015 at 4:52 PM delete

Kisah yang hebat sebagai pengajaran buat saya...terima kasih

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon