Nama beliau yang sebenar ialah thaifur bin Isa bin Adam bin Sarusyan. Beliau juga dikenal dengan panggilan ringkas 'Ba Yazid'.
Beliau telah dikurniakan karamah yang banyak hingga diriwayatkan ada orang nampak beliau terbang di udara seperti burung. Bila orang bertanya: "Benarkan tuan dapat terbang di udara seperti burung?"Abu Yazid menjawab: "Apa yang kamu hairan tentang itu.
Tidakkah burung pemakan bangkai dapat terbang, mengapa kamu hairan jika hal ini terjadi pada seorang mukmin yang jauh lebih mulia di sisi Allah daripada burung itu."
Abu Yazid dikurniakan Kasyaf oleh Allah sehingga beliau mengetahui apa yang akan berlaku dan siapa yang akan datang ke rumahnya.
Al Qusyairi meriwayatkan dari Abdul Rahman bin Muhammad As-Sufi dari ayah saudaranya bahawa pada suatu hari mereka berada dalam majlis ilmu Abu Yazid, tiba-tiba beliau berkata:"Marilah kita keluar menyambut seorang yang dikasihi Allah."
Di pinggir kota, mereka nampak Abu Yazid menyambut Sayid Ibrahim bin Syaiban Al Harawi yang baru saja tiba. Abu Yazid seolah-olah tahu bahawa para muridnya sangsi apakah ertinya Sayid Ibrahim lebih mulia di sisi Allah daripada guru mereka sendiri.
Maka berkatalah Abu Yazid kepada Al Harawi:"Tergerak dalam hatiku untuk menyambutmu dan mengharap Harawi supaya kami diberikan keberkatan doamu." Syeikh Al Harawi menjawab:"Jika aku meminta keberkatan doamu dari Allah tidaklah sulit bagi Allah kerana engkau dijadikan-Nya daripada tanah."
Abu Yazid merasa terharu dan murid-muridnya pun demikian juga.
Abu Yazid pernah ditanya bagaimana beliau menyediakan diri untuk berzikir mengagungkan Allah?. Beliau menjawab :"Sudah 30 tahun aku amalkan setiap untuk berzikir menyebut nama Allah, lebih dahulu aku membersihkan mulut dan lidahku demi mengagungkan Allah."
Abu Yazid menghabiskan umurnya dengan beribadat dan bermunajat kepada Allah hingga ramai orang bertanya dari mana beliau mendapat rezekinya.
Diriwayatkan, pada suatu hari Abu Yazid solat di belakang imam bersama jemaah lain. Sesudah selesai solat imam solat itu menghampiri beliau ketika beliau berada seorang diri dan bertanya:"Aku nampak kamu tidak membuat apa-apa untuk mencari rezeki . Atas rezeki apa kamu hidup?".
Abu Yazid menjawab:"Saya dukacita tuan sebagai imam solat , tidak tahu siapa yang memberi rezeki kepada setiap hamba-Nya. Dialah yang memberikan rezeki kepada saya dengan ihsan-Nya.
Diriwayatkan pada suatu masa, dalam perjalanannya untuk menunaikan fardu haji, Abu Yazid bertemu dengan seorang miskin yang merayu supaya beliau berdoa semoga hidupnya dimewahkan oleh Allah kerana anak-anaknya hampir mati kebuluran kerana tiada makanan.
Abu Yazid menyerahkan kepadanya semua bekalan wang yang dibawanya hingga beliau sendiri tidak mempunyai apa-apa lagi. Kerana beliau tidak memerlukan bekalan 'kebendaan' kerana rezekinya sentiasa dijamin oleh Allah.
Diriwayatkan bahawa ada seseorang telah memfitnah Abu Yazid bahawa Abu Yazid telah dianggap syirik , lalu ditangkap dan dihukum bunuh. Ketika hukuman dijalankan iaitu hukuman pancung. Para pemancung menghayunkan pedangnya untuk memancung leher Abu Yazid, di melihat beratus-ratus Abu Yazid di hadapannya.
Abu Yazid dibebaskan kerana tiada siapa yang boleh menghukumnya.
Ketika berada di kampungnya, Abu Yazid tidak mahu makan buah. Bila ditanya mengapa, beliau menceritakan:
"Pada suatu hari aku mendapat sebuah epal yang baik rupanya. Aku berkata:Alangkah bagusnya buah ini! Tiba-tiba aku mendengar suara menegurku:"Tidakkah kamu malu memberi pujian kepada buah ini, padahal Allah yang sepatutnya menerima pujian itu."
Sebab itu, aku tidak mahu makan buah selama aku tinggal di Bustami.
Oleh kerana beliau sering berada dalam keadaan fana ketika mengingat Allah, kadang-kadang ramai orang tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Abu Yazid hingga beliau menjadi sasaran berbagai tuduhan dan fitnah.
Pada suatu hari, ada orang mengetuk pintu rumahnya. Dari dalam beliau bertanya : "Siapa yang kamu cari?" Orang itu menjawab:"Saya mencari Abu Yazid". Abu Yazid menjawab:"Sudah 30 tahun aku mencari Abu Yazid , tapi hingga sekarang pun aku belum bertemu dengannya."
Sumber :
Buku"Siapa Wali"
Halaman 123-126
12 comments
Write commentsoh.. best baca kisah ni, tak tahu pulak ada juga orang tak pandai makan buah ye
ReplyGOOD SHARING MSELIM..
Replyalhamdulillah terima kasih kongsi ceta ni..done hi shop
Replynice sharing
Replybez buku tu kan mselim \ada byk kisah yg mselim kongsi bersama kami dgn entry2 yg dahulu
ReplyMaha Suci Allah...sungguh besar kekuasaanNya
seglanya terjadi dgn izinNya
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
sangat bertauladan!
ReplyIka suka baca, mesti menarik segala isi buku tersebut yang mselim3 kongsikan ni :)
Perkongsian yang berpengajaran.
Assalammualaikum... terima kasih kepada kekawan yang sudi visit mselim3 di sini..
ReplySalam, semoga kita dikurniakan 'keistimewaan' seperti wali Allah ini..amiin
Replysubhanallah....
ReplyFarid Adam ajak kita terjah..Kembara Refinancing - Menunggu Letter Offer Daripada Bank
Orang yang paling hebat adalah orang yang rapat dengan Allah
Replykali pertama dengar tentang abu yazid nih..
Replytiada yang mustahil kalau Allah dah izinkan
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon