Sejak Imam Hanbali dibebaskan dari penjara orang ramai tidak putus-putus mengunjunginya. Mereka mahu mendengar sendiri kisah penderitaannya selam dikurung di dalam penjara . Namun Imam Hanbali tidak menggunakan kesempatan itu bagi mencaci mereka yang pernah menganiayanya . Beliau sering berkata, apa yang terjadi semua dengan kehendakNya jua.
Imam Hanbali membuka kelas pengajiannya semula di Masjid Jamek Kota Baghdad . Orang ramai memenuhi perkarangan masjid itu setiap kali diadakan kelas pengajian . Anak muridnya juga semakin ramai . Antara mereka adalah Imam Bukhari,Imam Muslim dan Abu Yazid Al Bustami.
Abu Yazid Al Bustami , lahir di Bustham wilayah Parsi. Sejak dalam kandungan ibunya lagi, beliau sudah menunjukkkan kelebihan yang luar biasa . Apabila ibunya termakan makanan yang diragui halalnya, anak dalam kandungannya akan memberontak sehingga makanan itu dimuntahkan semula. Kerana itu sejak lahir , ayah dan ibunya memastikan setiap makanan yang disuapkan ke mulut Abu Yazid al Bustami dipastikan daripada punca yang halal.
Apabila berumur 7 tahun Abu Yazid al Bustami dihantar ke sekolah untuk mempelajari al-Quran . Dia belajar dengan tekun. Pada suatu hari , gurunya membacakan ayat dari suruh Luqman yang bererti , " Berterima kasihlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. "
Ayat ini sangat mengetarkan hati Abu Yazid al Bustami , lalu beliau meminta izin gurunya untuk pulang ke rumah bagi menemui ayah dan ibunya.
"Kenapa kamu pulang ke rumah ?Apakah kamu sudah tidak berminat lagi mempelajari ilmu al- Quran?"tanya ibunya kehairanan.
"Wahai ibuku , hari ini saya mempelajari al-Quran yang memerintahkan agar berbakti kepadaNya dan juga kepada ibu dan bapa.
Tetapi saya tidak dapat melaksanakan perintah itu dalam satu masa, kerana itu saya berdoa kepada Allah semoga mengampunkan dosaku,"jawab Abu Yazid al Bustami.
"Wahai anakku , aku serahkan kamu kepada Allah dan aku bebaskan engkau daripada kesemua kewajipanmu terhadap ibu dan ayahmu. Pergiah kamu menuntut ilmu dan menjadi hambaNya ,"kata ibunya.
Barulah hati ibu Abu Yazid al Bustami senang dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Pada suatu hari, beliau pulang ke rumah kerana sudah lama tidak bertemu dengan ibunya . Pada malam itu, ibunya meminta diambilkan air untuk ibunya tetapi beliau mendapati air di dalam tempayan di rumahnya sudah kering . Abu Yazid al Bustami segera pergi ke sungai membawa sebuah bekas air. Apabila pulang ke rumah didapati ibunya sedang lena. Lalu dipeluknya bekas air minuman itu sehingga ibunya terjaga dari tidur.
"Kenapa kamu berdiri sambil memeluk bekas air minuman itu?,"tanya ibunya kehairanan.
"Sebenarnya tadi ibu minta diambilkan air minuman . Tetapi air dalam tempayan sudah kehabisan. lalu saya ke sungai mengambil air. Apabila pulang ibu sedang tidur. Saya terus berdiri dan memeluk bekas air minuman ini kerana takut saya tertidur sedangkan ibu memerlukan air minuman ini, "jawab Abu Yazid al Bustami.
Petikan :
Buku"Kisah 4 Imam Yang Benar"
4 comments
Write commentsKasihnya pada seoarang ibu..patut dicontohi..
Replygood sharing..:)
ReplyMulianya sifat Abu Zayid al-Bustami....kan bagus kalau ank2 zaman skrg nie sifatnya begitu..pentingkan ibu bapa tp skrg nie byk ank2 yg menderhaka pada org tuanya... Nauzubillah...
Replybeliau anak yg soleh..berbakti kpd ibunya..;-)..inilah sepatutnya dicontohi anak2 zaman sekarang..:-)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon