Akhirnya , pada hari jumaat 12 Rabiulawal pada tahun 241 hijrah bersamaan 855 Masihi , Imam Hanbali menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 77 tahun. Pemergiannya diratapi orang ramai . Khalifah Al Mutawakkil mengistiharkan hari itu hari berkabung bagi rakyatnya. Dianggarkan seramai 800 ribu orang datang datang menziarahi jenazahnya. Selepas sembahyang Jumaat, jenazahnya disembahyangkan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Bab Harb.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan enam anak, lima lelaki dan seorang perempuan . Dua daripada anak lelakinya menjadi ulama besar. Imam Hanbali tidak meninggalkan harta kepada warisnya. Tetapi beliau meninggalkan sesuatu yang paling berharga untuk umat islam seluruh dunia. Mazhab Hanbali masih dipakai oleh pengikutnya yang ramai dan kitab-kitabnya menjadi rujukan hingga ke hari ini.
Imam Abu Zu'rah seorang ulama pada masa itu berkata,"Ketika Imam Hanbali sakit dan sebelum nazak , beliau membacakan hampir satu juta hadis hafalannya. Apabila semua kertas catatan itu dikumpulkan cukup untuk dipikul oleh 12 ekor unta.
Nasihat Imam Hanbali :
1- Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal disini akan menyesal di sana.
2- Kemudian diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti .
3- Diam orang yang berilmu kerana takut dam takwa . Diam orang jahil kerana tidak berilmu.
4- Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan air.
5- Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.
6- Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.
7- Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan . Sesiapa yang mati dalam islam dan mengikut sunnah Rasullulah saw maka matinya dalam kebaikan.
8- Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana mereka (ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.
9- Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasullulah saw . Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasullulah saw.
Petikan :
Buku"Kisah 4 Imam Yang Benar"
1 comments:
Write commentskdg2 bnde senang kite susahkan..=(
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon