Hukum Bermain Catur?

hukummaincatur


Di antara corak hiburan yang terkenal ialah bermain catur . Para ulama telah berselisih pendapat tentang main catur ini, ada yang mengatakan hukumnya mubah (boleh), ada yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan haram.



Orang yang menghukum haram , mereka mengambil alasannya daripada beberapa Hadis Nabi saw akan tetapi menolak para penyelidik dan pengkritik hadis telah menolak hadis-hadis itu serta membatalkannya. Mereka mengatakan, bahawa main catur ini tidak dikenal melainkan pada zaman para sahabat Nabi, dan mereka yang warid , yakni di datangkan dari hadis-hadis memgenai main catur ini adalah batil dan tertolak. 

Adapun komentar para sahabat radhiallahu anhum, mereka masih berselisih pendapat dalam perkara main catur itu. Berkata Ibnu Umar ra, main catur itu lebih merbahaya daripada main dadu. Berkata Ali ra pula , main catur itu termasuk maisir, yakni perjudian barangkali yang dimaksudkan Saidina Ali itu bila bermain catur yang diiringi dengan judi. 

Manakala setengah sahabat yang lain mengatakan hukumnya makruh saja, tidak lebih dari itu. 

Juga diriwayatkan daripada setengah sahabat dan tabi'in , bahawa mereka telah membolehkannya. Diantara mereka ialah Ibnu Abbas,Abu Hurairah,Ibnu Sirin,Hisyam,Hisyam bin Urwah, Said bin Al-Musaiyib dan Said bin Jubair.  

Dari pendapat orang-orang yang kenamaan inilah , kami letakkan pendapat kami. Memanglah asalnya "boleh" sebagaimana yang telah kami mafhumkan , kerana tidak ada nas yang jelas tentang pengharamannya. Di sampinh ada padanya unsur-unsur hiburan dan menyenangkan hati, ada juga padanya semacam riadah m yakni pengasahan otak dan melatih pemikiran. Dan dia pula sama sekali tidak sama dengan bermain dadu. Sebab itulah mereka mengatakan :Yang digantungkan pada dadu itu adalah nasib , kerana itulah ia lebih menyerupai bertaruh dengan Azlaam , iaitu berundi nasib dengan batang-batang kayu atau sebagainya. Padahal yang digantungkan pada main catur itu ialah kecerdasan pemikiran dan kepintaran bertindak, jadi dia lebih menyerupai dengan lumba memanah.


Namun tentang kebolehan bermain catur itu ada 3 syarat , iaitu : 



1- Jangan sampai kerana sebab main catur itu maka sembahyang (solat) dilewatkan dari waktunya. Kerana besar bahayanya tergantung mencuri waktu. 

2- Jangan sampai ada campuran judi di dalam permainan catur itu . 

3- Hendaklah si pemain catur itu menjaga lidahnya ketika bermain catur itu, jangan sampai diucapkan kata-kata yang kotor, lucah dan ungkapan-ungkapan yang buruk . 

Apabila si pemain catur itu melanggar salah satu dari 3 syarat ini, atau kesemuanya, maka berubahlah hukumnya menjadi haram. 

Petikan : 

Buku "Halal dan Haram Dalam Islam" 
Halaman 487-488
Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Nadia Johari
AUTHOR
January 15, 2013 at 5:16 PM delete

nad x pnh main ctur..sebb x tu..main dam je..hehe

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
January 18, 2013 at 4:11 PM delete

M suka main catur...kiranya bleh main la kan..asalkan x buat 3 perkara tu kan

Reply
avatar
Wafa cw
AUTHOR
November 28, 2014 at 3:47 AM delete

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...
Melihat pada syarat pertama yang membatalkan keharusan bermain catur ni, teringat saya kepada pekerjaan berblog ni... mungkinkah juga keharusan untuk berblog juga boleh terbatal dan jatuh hukum selain dari harus atau hingga tahap dilarang sekiranya ia juga membawa kepada melewatkan solat atau hingga meninggalkan solat?

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
November 28, 2014 at 11:53 PM delete

waalaikummusalam... wafa,

memang benar... sesuatu perkara itu menurut fitrah adalah harus, tetapi andainya kita melampaui batas dalam melakukannya dan lalai maka adalah haram.. bersederhanalah dalam membuat sesuatu pekerjaan tanpa melupakanNya... dahulukan urusan kita denganNya daripada mendahulukan urusan dunia yang hanya melalaikan dan melekakan..

mselim3

pls: terima kasih saudara wafa atas pandangan anda.. pandangan wafa cukup mselim3 menghargainya.. terima kasih sahabat...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon