Bukti Hikmah Solat Secara Saintifik...

hikmahsolatsecarasaintifik


Kajian saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat islam  setiap hari, bukan hanya amalan keroahanian tetapi terbukti mepunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. 



Solat sebagai rukun islam yang wajib dilakukan setiap umat islam sudah banyak kajian dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk,sujud,duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Apakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. 



Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular,komposisi tubuh,isyarat otak dan aktiviti otot. 
Dr.Wan Abu Bakar ketika menjelaskan kajian ini berkata ,mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya , kajian itu cuba melihat apa yang sebenar yang berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat. 

Solat Terbukti Mempunyai Hikmah Tersirat Terhadap Fizikal Dan Mental Manusia. 

"Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot,isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat , dan mengkaji komposisi tubuh. Hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat. 

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr.Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. 

Beliau mengambil sampel darah , hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas 3 bulan melakukan solat , sampel darah diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. 


posisitubuh

Kajian lain, dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. 

Dr.Fatimah berkata antara bidang yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat orang biasa dan Ulama.

"Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat . Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,"katanya. 

Kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, kata kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. 

Mengambil Eraktil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu. 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
!eNa PnG
AUTHOR
January 16, 2013 at 3:14 PM delete

setuju.. salah satu senaman utk kesihatan..

Reply
avatar
January 16, 2013 at 6:59 PM delete

al quran dah buktikan, so apa yang perlu di ragui kan?

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
January 18, 2013 at 4:10 PM delete

Subhanallah...hebatnya hikmah solat

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon