Amalan Menabung Cara Nabi Yusuf As.

amalanmenabung
Amalan Menabung Cara Nabi Yusuf

Islam adalah agama yang cukup sempurna yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia dalam seharian. Baik daripada perancangan kewangan maupun bab-bab yang lain. Di dalam islam juga, mengajar umatnya dalam amalan menabung yang berkesan dalam menghadapi saat-saat getir atau kecemasan dalam kehidupan. Perkara ini sebenarnya telah diceritakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Di ambil daripada peristiwa seorang raja yang meminta Nabi Yusuf mentafsirkan mimpinya : 

Allah swt berfirman yang bermaksud: 

 " Raja berkata kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya :"Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Hai orang-orang terkemuka Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpi itu jika kami dapat mena'birkan mimpi. 
Mereka menjawab:"Itu adalah mimpi-mimpi kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu. Dan berkatalah orang yang selamat diantara mereka berdua dan teringat (kepada Nabi Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya. Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena'birkan mimpi itu, maka utuslah aku kepadanya. 
Setelah pelayan itu berjumpa dengan Nabi Yusuf dia berseru :"Hai Yusuf orang yang dipercayai, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi (lembu) betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi (lembu) betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering. Agar aku kembali kepada orang itu, agar mereka mengetahuinya. 
Nabi Yusuf berkata :" Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa ; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan. 
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit (susah) yang akan menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit) kecuali sedikit dari (gandum) yang kamu simpan. 
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberikan hujan (dengan cukup) dan manusia memeras anggur. 
(Surah Yusuf Ayat 43-49) 

Pada pandangan biasa kita, kita melihat perkara ini adalah rentetan perkara biasa yang berlaku kepada Nabi Yusuf dapat diketemukan dengan pemerintah Mesir pada masa itu. Hakikatnya jika kita selami ayat al-Quran ini ada maksud yang tersirat yang Allah bagi kepada kita agar kita berfikir tentang ayat-ayat Allah ini. Perkara tersirat dalam Surah Yusuf Ayat 43-49 ini , Allah mengajar kita secara tidak langsung mengajar kita amalan menabung cara Nabi Yusuf as. 

Allah juga mengajar kita tentang menabung dan membuat perancangan untuk masa depan dalam menghadapi persediaan menghadapi hari-hari sukar atau sulit.  

Cuba kita fikirkan, dalam kehidupan kita seharian ini banyak memerlukan wang dan umat islam perlu menabung untuk jangka panjang demi kepentingan demi kepentingan diri dan keluarga. Terutamanya anak-anak di zaman sekarang sangat-sangat memerlukan perbelanjaan yang tinggi dalam mendidik dan mengasuh menjadi manusia yang berguna di kemudian hari. Anak-anak memerlukan kos yang tinggi apabila dihantar belajar di institut-institut pengajian tinggi tempatan maupun luar negara. Fikir-fikirkan.. 
Apa yang akan terjadi jika tiba-tiba kita sakit? 

Panduan yang boleh kita ikut dalam Menabung Cara Nabi Yusuf : 

Pertama : Menyusun Semula Dasar Kewangan Keluarga 
Setiap keluarga sewajarnya merenung semula perbelanjaan dan gaya hidup yang telah ditetapkan. Adakah gaya hidupa yang kita nikmati sekarang adalah bersesuaian dengan kemampuan kita sekeluarga? 

Selepas itu, adakah kita mengagihkan wang lebihan kita untuk simpanan hari tua atau simpanan untuk masa-masa kecemasan. 
Jika perlu, setiap perbelanjaan itu tidak terlalu ber'mewah-mewah'. Hal ini perlu dikurangkan bagi menaikkan semula keupayaan kewangan sesebuah keluarga itu . 

Kedua : Menghidupkan Amalan Menabung
Bagi memastikan dalam kehidupan berkeluarga ini dapat hidup dalam harmonis masalah kewangan dalam keluarga perlulah ditangani dengan bijak. Bijak menabung cerah masa depan. Itulah moto perlunya kita menabung dalam kehidupan tidak kira samada kita bujang maupun sudah berkahwin. 

Bagi memastikan kita dapat menabung dengan displin yang tinggi pastikan perbelanjaan harian seisi rumah tidak melebihi pendapatan seisi keluarga. Itu adalah petuanya. 

Samada kita berpendapatan tinggi atau rendah itu bukan ukurannya. Orang yang kaya sekali manapun jika tidak menabung pasti mengalami kesulitan atau kesukaran dalam kehidupan berkeluarganya. Untuk keberkatan amalan kita, cubalah amalkan amalan menabung untuk jangka masa panjang 7 tahun .

Ketiga : Amalan Berjimat Cermat 
Bab-bab berjimat cermat ini, rasanya setiap keluarga mempunyai perancangan keluarga itu sendiri dalam berjimat. Berjimat pun banyak caranya yang boleh kita praktikkan. Dengan mengawal penggunaan air dan elektrik secara berhemah di rumah secara tidak langsung dapat menjimatkan kos. 

Tabiat-tabiat lain yang boleh dikurangkan ialah seperti amalan makan diluar atau perbelanjaan untuk hiburan seperti menonton wayang,membeli-belah dan merokok hendaklah dikurangkan. 


Maksudnya : Dan juga mereka (yang meredhi Allah itu ialah) yang apabila berbelanja , dia tidak melampaui batas dan tidak bakhil. (Sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah benar-benar sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. 
(surah al-Furqan : 67) 

Keempatnya : Elakkan Berhutang 
Amalan berhutang ini adalah tidak dituntut dalam islam ini kerana berhutang itu akan dituntut di akhirat nanti, tetapi jika terpaksa tidaklah menjadi salah. Jika boleh seboleh-bolehnya elakkan berhutang. Ini kerana dalam berbelanja itu kita perlu mengutamakan antara keperluan dan kehendak

Ingatlah perancangan kewangan yang baik dan bijak adalah memperuntukkan tidak lebih 1/4 daripada pendapatan bulanan untuk hutang atau bayaran ansuran. 
Fikirlah sebelum cuba membuat hutang baru dan displin dengan perancangan yang telah dibuat, catatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk. 

Ingatlah pesanan Rasullulah saw :"Ya Allah! Aku berlindung diri denganMu dari belenggu hutang dan dalam kekuasaan orang lain." 
(Riwayat Abu Daud)

Semoga tips-tips yang dikongsikan disini dapat dipraktikkan. Insaallah ... 

Daripada : 
mselim3 
Previous
Next Post »

30 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
August 13, 2014 at 2:56 PM delete

amalan ketiga dan keempat tu penting.
walaupun nmpk mudah tapi agak susah nk praktis :)

Reply
avatar
cikpinz
AUTHOR
August 13, 2014 at 3:01 PM delete

Assalammualaikum mselim3..
Perkongsian yang baik. Harus diikut amalan menabung ni lagi-lagi masa sekarang ni.

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
August 13, 2014 at 3:04 PM delete

tips yg sungguh praktikal...thanks for sharing mselim

Reply
avatar
August 13, 2014 at 3:28 PM delete

terima kasih di atas perkongsian ini mselim...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
August 13, 2014 at 3:36 PM delete

Assalammualaikum... naomie,

sebenarnya iklan google adsense ini muncul dah dekat seminggu lebih tanpa ada setting apa2.. dan display iklan google adsense ini agak berbeza2.. paparannya di laptop dan destop...
mselim3 tak pasti kenapa google adsense nie kuar.... ada error kat koding google adsense nie kot..

mselim3

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 13, 2014 at 5:11 PM delete

syukran tuan ustaz..amalan yang baik berjimat dan menabung..

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
August 13, 2014 at 5:30 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Segala2nya berakar-umbi dengan ketaatan dan ketaqwaan kita kpd Allah kan..

Reply
avatar
August 13, 2014 at 6:50 PM delete

ermm.. menarik. singgah petang di sini

Reply
avatar
August 13, 2014 at 7:24 PM delete

Perkongsian yg sangat bermanfaat msleim

Reply
avatar
adarain
AUTHOR
August 13, 2014 at 9:59 PM delete

Nak berjimat cermat ni yg macam payah skit bila nafsu menguasai diri.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
August 14, 2014 at 12:27 AM delete

Assalamualaikum MSelim3...

Sungguh bermanfaat entri ini. Ilmu yg patut kita semua contohi.. T kasih atas perkongsian ilmu ini...

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
August 14, 2014 at 7:17 AM delete

thanks atas info ni ya mselim..

tahniah ya.... http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-soal-selidik-4.html

Reply
avatar
Montana
AUTHOR
August 14, 2014 at 9:18 AM delete

terima kasih atas perkongsian mselim. Menabung tu amalan yang bagus kerana mengajar kita berdisplin dengan perbelanjaan kita ;-)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 14, 2014 at 10:49 AM delete

tq for sharing

Reply
avatar
August 14, 2014 at 11:03 AM delete

Islam itu sempurna..berbagai cara ditunjukkan Tuhan ke arah kehidupan yang sempurna. Cuma manusia ini berbagai ragam yang degil

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
August 14, 2014 at 2:09 PM delete

oh. itu hikmahnya ayat tu diturunkan

Reply
avatar
August 14, 2014 at 4:12 PM delete

Perkongsian yang berguna. Banyak kebaikan dlaam kisah Nabi Yusuf AS ini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 14, 2014 at 5:17 PM delete

Salam mselim...

Terima kasih atas perkongsian ini... insyaallah akan cuba mempraktikkannya...

Reply
avatar
Encik X
AUTHOR
August 14, 2014 at 6:19 PM delete

mesti ramai tak tahu cara nih rasanya.

Reply
avatar
August 15, 2014 at 1:40 AM delete

Menabung ni bagus untuk masa depan kita ..

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
August 15, 2014 at 9:11 AM delete

Perkongsian yang menarik Mselim :)

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
August 17, 2014 at 7:44 AM delete

Menabung untuk keselesaan dihari tua dan diwaktu2 yang memerlukan.
Menabung NN utk anda juga... :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 17, 2014 at 10:00 AM delete

perkongsian yang hebat! :)

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
August 18, 2014 at 12:06 AM delete

terima kasih berkongsi..boleh praktikkannya nanti :)

Reply
avatar
Shiro Usagi
AUTHOR
August 20, 2014 at 12:42 PM delete

kena praktikkan nii :D

thanks dah kongsi kat kite :3

Reply
avatar
August 20, 2014 at 4:54 PM delete

Salam Mselim

Dalam Islam memang ada contoh yang lengkap..cuma kita yang tidak kaji dan amalkan.

Reply
avatar
August 20, 2014 at 4:54 PM delete

Terima kasih perkongsian ini. ramai yang mendapat menfaat dari blog ini

Reply
avatar
Jas Elegant
AUTHOR
March 14, 2016 at 12:30 AM delete

Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon