Cara Solat Sunat Wuduk

wudhu
Wuduk Sebelum Solat 

Setiap kali apabila kita mahu solat samada solat fardu atau sunat ataupun membaca al-quran , kita terlebih dahulu diperintahkan agar membersihkan diri dengan cara yang disyariatkan iaitu dengan berwuduk. 



Solat Sunat Wuduk ini termasuk di dalam solat sunat 'muqayyad' iaitu solat sunat bersebab yang dikaitkan waktu dengan berwuduk. Sebab itu, solat sunat wuduk ini boleh dilakukan dalam waktu-waktu yang dilarang bersolat. Solat sunat wuduk ini dikenali dengan nama "Solat Syukur Wuduk". 

Daripada Abu Hurairah ra , Rasullulah saw bertanya kepada bilal r.a  pada waktu solat subuh: 
"Hai bilal ra ... ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di surga?
Bilal ra menjawab :"aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan kalau aku habis bersuci pada waktu malam atau siang, aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu. Sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk."
(Mutafaq'alaih) 


Rasullulah saw pernah menyebutkan bahawa apabila seseorang berwuduk dengan penuh keimanan (percaya) kepada janji Allah , maka gugurlah dosa-dosa kecilnya bersama titisan air wuduk yang jatuh ke bumi. Sesiapa pun akan merasa gembira apabila beban yang digalas selama ini dilepaskan. Demikianlah dengan perasaan orang-orang mukmin sekiranya dosa-dosa kecil yang ditanggungnya itu dapat dihapuskan. Maka sebagai tanda terima kasih, kita digalakkan agar kita mengerjakan solat sunat wuduk. Sebaik sahaja selesai wuduk maka segeralah berdoa : 

doalepaswuduk
Doa Lepas Wuduk
Lalu kita menuju ke tempat suci untuk mengerjakan solat sunat wuduk. Lafaz niatnya adalah seperti dibawah; 
Lafaz Niat Solat Sunat Wuduk
Maksuknya : Sengaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah ta'ala

Bacaan Surah Selepas Al-Fatihah ; 

Rakaat pertama : Surah Al-Ikhlas 
Rakaat kedua : Surah An-Nas. 

Marilah, sesama kita memperbanyakkan solat-solat sunat semoga diampuni oleh Allah swt dosa-dosa kita yang lampau dan dimasukkan di dalam syurga dengan limpah dan kasih sayangNya.
Insaallah...  

Daripada; 
mselim3
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
August 17, 2014 at 5:24 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Perkongsian yang baik dan bermanfaat..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 17, 2014 at 6:30 PM delete

ooo..ada lagi bacaan lepas wuduk n berdoa tu
nice sharing mselim
insha Allah akan dipraktikkan nanti

Reply
avatar
August 18, 2014 at 6:33 AM delete

terima kasih .. boleh mama merujuk sini nanti..

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
August 18, 2014 at 10:34 AM delete

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. terimakasih Mselim

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
August 18, 2014 at 11:36 AM delete

tq share. boleh buat lepas ni.

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
August 19, 2014 at 11:47 AM delete

Solat sunat umpama pelampung buat kita. Semoga kita diberi kekuatan dan dipermudahkan utk melakukan solat2 sunat.

Reply
avatar
August 19, 2014 at 12:06 PM delete

terima kasih atas perkongsian en m.selim

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
August 20, 2014 at 2:21 PM delete

terima kasih kongsi ilmu mselim..semoga jadi amalan buat kita semua..

Reply
avatar
August 20, 2014 at 4:53 PM delete

Salam

perkongsian ini amat penting untuk umat Islam

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon