Waktu-waktu yang diharamkan solat

# Waktu-waktu yang diharamkan solat Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu- waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil] Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan. 

#Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu 

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit) Kadar tombak adalah 4 darjah Satu darjah bersamaan 4 minit 

2) Dari istiwa pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir). Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini. Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit 3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


# Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
 2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari Solat-solat yang diharamkan pada 

waktu yang diharamkan untuk

solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat
2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

# Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu. 1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan  untuk solat.  (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sebab muqaran (sebab bergandingan) seperti  solat gerhana Matahari dan
bulan
# Hukum solat ketika khutbah jumaat Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.
Petikan : Masjid Wilayah Persekutuan
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Mrs Velentine
AUTHOR
November 29, 2012 at 10:12 AM delete

tq for this entry..done nestum

Reply
avatar
November 29, 2012 at 10:43 AM delete

sebagai ingatan.. terlebih rajin nak solat sunat pun kena tengok waktu yg haram jugakan.

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
August 18, 2014 at 11:41 AM delete

oh. baru tahu. boleh jatuh hukum haram.
btw, ada sbghian post dalam entry ni x berapa faham :


Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk
solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

yg atas tu x phm. hee

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon