Dosa Berhutang Tidak Diampun Allah..



Assalammualaikum...kepada para pembaca blog mselim3.blogspot.com. Hari ini mselim3 nak kongsi "Pasal Dosa Berhutang Tidak Diampun Allah" dengar tajuk aje dah menyeramkan kan. 



Peringatan ini adalah sebenarnya untuk mselim3 dalam meniti hari-hari yang serba mencabar ini. Kehidupan perlu diteruskan dan dalam meneruskan kehidupan ini manusia memang tidak lepas daripada berhutang. Hari ini mselim3 ingin berkongsi kesan kita berhutang dalam kehidupan ini maupun kesan hidup di dunia ini hingga ke akhirat. 

Dalam islam membenarkan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan. 

Pada masa yang sama, islam memberikan galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka . Lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. 
Firman Allah : 
surahalmaidahayat2
Maksudnya : "Dan bertolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (surah al-Maidah ayat 2)

Namun, islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini dan hingga ke akhirat kelak. 

Mengapa Anda Berhutang? 

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah : 


1- Ingin memenuhi kehendak hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang. 

2- Pengaruh daripada sahabat handao arau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu kita berbuat demikian walaupun pada hakikat tidak memerlukan tetapi hanya untuk berbangga denga apa yang dimiliki. Orang ini akan memerlukan istilah "Biar Papa Asal Bergaya". 

3- Sikap tidak berpuas hati dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajat tanpa memikirkan akibat yang akan dialami.

4- Kemudahan pinjaman yang disedikan oleh beberapa pihak seperti institusi kewangan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang. 

5- Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kewangan segera walaupun hakikatnya kita tidak mampu. 

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asas (darurat) seperti makanan,minuman,pakaian,tempat tinggal, dan pelajaran . Maka islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud : 

"Daripada Abu Hurairah berkata : Ya Rasullulah , perkerjaan apakah yang paling baik? 

Baginda bersabda : Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya." 

Jika perkara yang ingin dimiliki itu perkara bukan asasi dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang . Ini kerana hanya akan menambahkan hutang atau beban untuk membayar lebih-lebih lagi melibatkan institusi kewangan perbankan  yang mengamalkan riba. 

Kesan Amalan Berhutang

1- Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan negatif kepada si pemiutang seperti muflis atau bankrap. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta sukar untuk melunaskan hutang. 

2- Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman hidupnya sering gelisah kerana dihantui bebanan hutang . 

3- Seseorang yang terbeban dengan hutang akan terikat hidupnya di dunia dan "tergantung" rohnya selepas meninggal dunia . 

4- Jika orang berhutang akan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri dan sebagainya semata-mata untuk melunaskan hutang yang ditanggunginya. 

Sabda Rasullulah saw :"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (tidak selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasullulah saw pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :"Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati.Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas." 

Amalan berhutang bukan sahaja membabitkan kehidupan dunia sahaja semata-mata tetapi berpanjangan hingga ke hari akhirat. 

Sabda Rasullulah saw : "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi." 

Sabda Rasullulah saw : "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis Bukhari,Tarmizi,An-Nasai dan Ibn Majah) . 

Rasullulah saw sendiri tidak akan solatkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasullulah saw satu jenazah, Baginda tidak bertanyakan apa amalan si mati tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang. Rasullulah menyuruh sahabat yang solatkan jenazah itu atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada siapa yang sanggup membayar, hutang itu dtanggung oleh pihak Baitulmal. 

Sumber : 
Majalah At-Takwa 
Petikan "Buku Budaya Berhutang:Amalan dan Akibatnya 
Terbitan JAIS
Di olah semula mselim3 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2013 at 3:33 PM delete

Orang yang liat nak bayar hutang patut baca N3 ni.

Maklong selalu terkena. Orang menalifon kita seronok, ingat dia ingatkan kita, rupanya kerana nak pinjam. Terutama duit.

Lepas tu terus hilang, janji nak pinjam seminggu dua jer, habis lama penghujung bulan, tapi berakhir dengan 'gone with the wind'.

Kalaulah mereka tahu betapa azabnya orang yang tak melangsaikan hutang, mesti mereka takut.

Reply
avatar
May 28, 2013 at 5:23 PM delete

thanks for sharing and the reminder mselim...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 23, 2014 at 8:02 PM delete

assalmualikum ustaz. ingin bertanyakan bagaimanakah seseorang yang tidak sempat untuk membayar hutang pembelajaran seperti PTPTN atau hutang dengan badan2 tertentu seperti MARA (pinjaman bagi memulakan perniagaaan) adakah berdosa seseorng org itu.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon