Air Minuman Untuk Rasulullah Saw

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

airminuman

Suatu hari Rasulullah saw pulang dari medan perang atau jihad fi sabillah. Rasulullah saw pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang Kota Madinah kelihatan Aisyah ra sudah menunggu dengan penuh rindu. Rasa rindu kepada Rasulullah saw sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah saw tiba di Kota Madinah, Aisyah ra dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. Tibanya Rasulullah saw di rumah dan berehat melepaskan lelah. Aisyah ra di dapur untuk membuat minuman buat suami tercinta. Lalu minuman itu diberikan kepada Rasulullah saw. 


Rasulullah saw meminumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tidak seperti biasa bekas minuman itu separuhnya diberikan kepada Aisyah untuk dihabiskan sebagaimana layanan romantik Rasulullah saw kepada isterinya. Lalu Aisyah ra berkata :"Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tetapi kenapa hari ini tidak?  

Akhirnya Rasulullah saw memberikan sebahagian air yang tinggal di dalam gelas itu. Aisyah ra meminum air itu dan dia terkejut dan terus memuntahkan air itu. Ini kerana air itu terasa masin bukannya manis seperti biasa yang dibuatnya. Aisyah ra baru tersedar bahawa minuman yang dia buat itu dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah ra meminta maaf kepada Rasulullah saw.

Sumber : Islampos

Daripada ; http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih membaca artikel Air Minuman Untuk Rasulullah Saw ini.
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
sitirohaida
AUTHOR
September 17, 2015 at 12:56 PM delete

thanks sharing mselim.mngingatkan sy tentang seseorang pulak...hehe

Reply
avatar
Misya
AUTHOR
September 17, 2015 at 1:10 PM delete

Menarik kisah ni... Bijak Rasulullah melayan isterinya. ^^

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 17, 2015 at 2:20 PM delete

Subhanallah..indahnya akhlakmu Ya Rasulullah..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
September 17, 2015 at 2:53 PM delete

Betapa penyabar dan tingginya akhlak baginda... Bayangkanlah kalau kita...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 17, 2015 at 9:41 PM delete

indahnya peribadi rasulullah :-)

Reply
avatar
Etuza
AUTHOR
September 20, 2015 at 6:42 AM delete

sangat indah budi pekerti Nabi Muhammad..tak macam kita kekadang nak marah pun ada jika isteri terbuat silap..walhal kita pun ada silap juga..
terbaik infor ni

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 20, 2015 at 9:23 AM delete

Tak sia-sia cik akka singgah...kalau zaman sekarang nie...di maki hamun kot kan..indahnya budi pekerti baginda....semoga kisah ini menjadi tauladan pasangan suami isteri kan...jangan waktu bercinta je berkongsi makan minum..lepas kawen tak mahu pula kan..romantik kisah nie

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 20, 2015 at 6:25 PM delete

Assalamualaikum MSelim... subhanallah... Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah saw.

Reply
avatar
ajax85
AUTHOR
October 1, 2015 at 2:20 AM delete

klu saya xtahu lah..bertapa tinggi akhlak nabi kita

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
October 1, 2015 at 2:10 PM delete

Assalamualaikum mSelim. Agaknya kalau sebahagian dari kita berlaku begitu, sepak terajang dah menyinggah tuju kepala isteri kan..

Reply
avatar
October 8, 2015 at 5:11 PM delete

ALLAH .. MULIANYA RASULULLAH S.A.W

Reply
avatar
Cikna
AUTHOR
October 20, 2015 at 10:25 AM delete

Mulianya baginda SAW, cuba klu suami2 skrg ni mau melenting siap lempar cawan tu kot....

Reply
avatar
Aini
AUTHOR
January 16, 2016 at 6:59 AM delete

Assalmualaikum tuan blog, salam perkenalan.... contoh suri taulan yang terbaik adalah rasulullah...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon